Monday, March 18, 2024

Hutang

 Tak mampu bayar hutang dan tak nak bayar hutang. Kes tak nak bayar .Hutang pada sesiapa.kawan kawan,saudara mara adik beradik. Berjanji dgn tempoh diberkan  diikuti perkataan isyaallah .bila sampai masa itu allah sediakan duit untuk bayar hutang. Pada masa yang sama dugaan yang ada spt modify kenderaan, offer barang murah.offer pakage murah.

Ada 3 pilihan.

1.bayar hutang. Selesai kewajipan hutang. 

2. Tangguh dgn berbagai alasan. Maka menjadi satu sumpahan. Lepas ini memang tak bolih tunai hutang ,bila nak tunai hutang ada bala yang terpaksa guna duit spt kenderan rosak,peralatan rumah rosak,keluarga sakit.

3. Buat musuh. Maka seumur hidupnya susah dan macam macam masalah hidup keluarganya. 

Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.

Hadith riwayat al-Bukhari: (2387


Wednesday, February 07, 2024

Skill kanak kanak

 Kelebihan.

Skill ia dapat

1. Cara buat kerja dalam bidangnya. Skill leader dan skill operation leader

2. Pemantauan. Monitoring. Dgn menengok kelililing ia tahu mana tempat kotor, tak selesai, pinggan kotor.skill leader

3. Tindakan. Ia bertindak cepat spt lap meja bila pelanngan dah seselai makan, bawa gelas ke singki dan basuh.skill operation people

4.awereness dan pemerhati mana yang kurang ditambah,mana ada kelemahan dan dipebaiki .skil leader

5. Tidak ada perasaan malu dan berani bertindak dan bergaul dgn orang ramai ,tahu kerenah pelanggan dan bolih hadapi kerenah pelanggan. Skill sale

6. Ambil order. Menguatkan ingatan

Bila dewasa jika betul didikan dan berpelajaran ia ada kelebihan jadi leader.

Wednesday, January 31, 2024

Poligami. Menormalisasikan sebagai haram

 Poligami. 

Sekarang ni puak  menormalisasikan apa yang alquran larang sebagai perkara biasa dan dianggap sebagai bukan maksiat. Iaitu dinormalisasi perbuatan fasiq sebagai perbuatan biasa dan dijadikan budaya.


Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya

Dulu kawin ramai ikut sunah tapi dinormalisasikan hanya monogami saja. Dan dianggap pelik dan berdosa jika amalkan poligami. 


Strategic impression menagement ujudnya mind set yang poligami itu teruk,jahat, dan tidak elok diamalkan. Malahan serangan dibuat setiap penjuru orang yang poligami dengan penuh emosi mencopkan gila,sewel,tak betul,buang tabiat,tidak pernah dibuat orang.Dengan penuh marah emosi,dendam,tak puas hati poligami yang disyariatkan allah dan sunah nabi. Dimanakah iman kamu?


Mereka tidak berusaha mencegah kemungkaran malahan membiarkan kemungkaran berterusan sebab mereka dah anggap bukan mungkar.malahan sesiapa yang berusaha mencegahnya dianggap dan dispin jahat.

Friday, November 17, 2023

Drama tv melayu

  Tajuk cerita berlainan tapi Thema sama, jantan rebut betina, betina rebut jantan, cinta tiga segi, gedik, bergaduh dgn madu,madu jahat,rebut suami,jika nak kawin bersyarat ceraikan bini pertama,membuli dan menidas adik beradik ,ipar dui, dengki,menghasut, memfitnah,rebut harta, mak mertua tak suka menantu, mak mertua ada pilihan lain. 

Suami tak menasihat emak, ikut kata emaknya walaupun emaknya salah, takut dicop derhaka(anak derhaka juga jika membiarkan emak buat jahat dan mengikut kehendaknya ternyata jahat).

 Isteri tak hormat suami serta isteri tengking dan maki hamun suami,suami penakut, tidak ada pendirian,cadangan isteri merupakan arahan yang mesti dipatuh.  

Jiran membawang.Gadis kampung tak melawan dianggap baik tapi gadis bandar jahat selalu membuli dan menghina gadis kampung.

 Cerita bersiri setiap episod watak dengki menang dan watak yang jadi mangsa setiasa kalah.Watak yang dengar tuduhan bertindak tanpa usul periksa dan menyerang mangsa. Hingga menjadi lumrah hidup sekarang, berdengki dan buat fitnah untuk berjaya. Dibudayakan lelaki perempuan halal bercampur berdua duan spt camping,berkelah,bercuti.

Tema cerita drama yang punahsihat sejak dulu hingga sekarang  menghasilkan budaya generasi yang buruk akhlak dan menjadikan ikutan dari satu generasi ke generasi berikutmya.

Wednesday, September 27, 2023

Parasit dalam keluarga

A. Ambil kesempatan

 Dalam keluarga ipar ,mertua,menantu, ada yang ambil kesempatan.walaupun macam mana buat baik pun ia tidak menghargai malahan ia akan pergunakan sebab ia anggap orang luar.  Perangai malas timbul bila ada yang ringan tulang yang sanggup buat. Elok lah dah ada orang buat dan mereka buat tak tahu malahan tidak menolongnya.

Begitu juga dgn adik beradik,ibu bapa,saudara mara mengambil kesempatan diatas kelemahan dan bersikap tolak ansur.Jika tidak buat baik atau tidak ikut kehendaknya .ia akan memusuhi dengan umpat,fitnah dan membuat andaian melalut. Ini lah perasit dalam keluarganya. Selalunya perasit ini menjadi dominan dan berani dan muka tak malu mengatakan ia betul walaupun ia salah.perasan dengki.irihati dendam dah sebati dalam dirinya. Jika tegur dan nasihat pun tak guna,malahan dispin dan difinah dikatakan jahat.

Selalunya dgn orang luar  cukup baik dan berakhlak, pijak semut pun tak mati, tapi bila dgn adik beradik,ipar pijak gajah pun penyek. 

Ibubapa kena peka dan perhatian anak anaknya dari mula. Bolih kenal siapa yang mungkin jadi perangai perasit.

1. Nampak menunjukan baik dengan memburukan adik beradik

2. Terasa irihati bila  adik beradiknya dipuji didepannya

3. Suka dan sokong dgn mereka reka cerita mengarut untuk memburukan adik beradiknya.

4. Bila dengar cerita keburukan adik beradiknya. Buat pengesahan samaada cerita itu betul melalui adik beradik lain atau bersemuka dgn orang yang buat cerita dan orang yang jadi mangsa. 

5. Ibu bapa kena pandai menilai perangai anak anaknya.

6. Bolih pujian keatas anak anak yang berjaya membuat sesuatu yang baik.tapi kena adil tidak memilih atau berat sebelah.

7.  Buat hukuman dan peraturan sama semua adik beradik kecuali kes terpencil. 

Contoh bila ikut pergi mall. Hanya satu barang makanan je, larang jika ada yang ambil lebih atau ambil mainan walaupun adik yang bongsu buat.

8. Buat test senario kes ia dituduh  dan selidik . Contoh adik beradik tuduh ia mencuri. Sepahkan duit dan tengok, jika ia ambil jangan terus bertindak tapi tunggu 1 atau 2 hari. Mungkin ambil duit untuk ia simpan.

B. Adik beradik buat perangai

Jika ada seorang adik beradik buat perangai tidak mahu kerjasama,maka menambahkan masalah dalam keluarga samaada tamak harta dengki atau tidak puas hati. Padanya jika aku tak dapat,semua tak dapat.

Contoh pemberian harta pusaka. Pembahagian tanah Semuanya dah dapat dulu  sebelum ibu bapa meninggal. Bahagiannya dah jual. Maka ia tuntut juga bahagian adik beradik lain untuk beri padanya.

Bertambah susah bila nama dalam grant masih nama ibu bapa dan anak anak tidak sepakat menukar pada satu nama untuk urusan penjualan harta. Urusan tukar nama dipejabat tanah tidak selesai selagi tiada yang sepakat atau tidak hadir diwaktu membuat persetujuan.

Maka susahlah nak bahagikan. Maka terpaksa ikut faraid. Persoalannya satu tanah  rumah terpaksa dibahagikan dengan semua adik beradik.

Jika harga pasaran rumah 600k maka ikut 4  adik beradik 2 lelaki 2 perempuan. Maka

Pembahagian (2×2+1+1) = 6

Iaitu setiap adik lelaki dapat 2/6 =1/3 dan perempuan dapat 1/6

Maka pembahagian ikut harga rumah  rm600k

2 Lelaki 600k/3 =setiap orang  200k dan 200k

2 perempuan setiap orang 100k dan 100k

Mahu ke seorang  adik lelaki membeli dgn harga 600k-200k iaitu rm400k

Atau adik perempuan membeli harga 600k-100k iaitu rm500k.

Cara senang ialah jual pada orang lain dan harta tanah pusaka dapat pada orang luar,atau bangsa asing sebab lebih untung,baru puas hati dan padan muka. Maka tidak mustahil tanah pusaka tergadai ke bangsa asing.

Realitinya bukan tunjuk baik. Perangai bangsa melayu yang dengki sesama sendiri sama ada beradik. Sanggup jual tanah waris ibu bapa pada bangsa lain.

1. Sebab harga tinggi. Kata perjuangkan melayu. Jika perjuangkan melayu jual je pada harga rendah demi melayu. Anggaplah amal jariah. Dapat pun free dari ibubapa.

2. Perangai dengki adik beradik. Berpegang "jika aku tak dapat semua tak dapat".




Sunday, September 24, 2023

Doa Rasulullah memohon cahaya.

  Doa Rasulullah memohon cahaya.

Ya Allah

Jadikanlah penglihatanku cahaya 

Jadikan pendengaranku cahaya 

Jadikan lisanku cahaya

Jadikan hatiku cahaya 

Jadikan kananku cahaya 

Jadikan kiriku cahaya 

Jadikan depanku cahaya 

Jadikan belakangku cahaya 

Jadikan atasku cahaya 

Jadikan bawahku cahaya 

Jadikan hari Kiamat untukku cahaya 

dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.

Aamiin Ya Rabbal 'alamiin..

Friday, September 15, 2023

Menaikan xport mengurangkan import

  Ekonomi kukuh dengan menaikan ekport dan menurunkan import secara langsung memasukan wang dalam negara dan bolih mengukuhkan wang negara. Sekurang kurangnya nisbah export dan import 70% export dan 30% import.


Perancangan dan tindakan serampang dua mata mengurangkan import dan menambahkan export dengan membuat projek hasil tani.


Negara malaysia mempunyai tanah yang subur tapi kosong tanpa diusahakan. Kadang kadang terfikir ayat alquran, jika kamu bersyukur kami tambah nikmat, jika kamu kufur azab kami amat pedih.


Besyukur bukan saja ucap syukur malahan mengunakan nikmat allah beri sebaikbaiknya spt mengusahakannya.

Pekerjaan malaysia lebih tertumpu kepada pentadbiran dan tidak menumpukan penghasilan dan pengeluaran produk. Jualan industri kereta tidak kearah export dan menyebabkan tidak ada kemasukan pendapatan dari luar negara.

Contoh Projek lembu katakan budget RM250 juta.


Katakan setiap penternak mendapat RM100,000 maka bolih menjayakan 2,500 penternak yang sedia ada d 70% dan pentenak baru 30%


Jika diberi peruntukan setiap negeri 200 penternak.


Dengan sumbangan RM100,000 katakan 70% beli anak lembu dan 30% belanja lain spt kandang, air, dan,makanan dan upah pekerja. Maka dengan harga anak lembu RM300 bolih menternak 200 ekor anak lembu setiap penternak dan menghasilkan 200×2,500 iaitu 500,00 ekor lembu dalam masa 2 tahun. Beri anak lembu bukan duit. Tidak digalaklan menubuh syarikat sebab nisbah hasil dan kos rendah dengan kos pengurusan yang tak perlu .


Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10% pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan, pemantauan.


Begitu juga projek ternakan lain spt ayam,itek,kambing,ikan dlll

Projek ternak ayam dan itik, digalakan penternak ayam secara kecilan dikampung diberi 10-20 ekor anak ayam kepada penduduk yang sediaada membela ayam dan yang dah ada kemudahan bela ayam dpt reban atau pagar. Kursus ringkas perlu di beri melalui jabatan pertanian dengan kerjasama jkkk,penghulu dan masjid di dewan serbaguna dan bangunan KEMAS kampung.

Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10% pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan dan pemantauan dari beri sumbangan hingga pengeksportan melalui komputer

Harga makanan ternakan melambung disebabkan import. Sementara mengunakan makanan import Kerajaan dengan bantuan jabatan pertanian, MARDI UPM membuat penyelidikan dan membuat kilang memproses makanan ternakan setiap zon.

Makanan ternakan kambing dan lembu berasaskan rumput lalang,daun kelapa,pokok pisang. Rumput dan lalang sepanjang tepi jalan kawasan kena potong oleh majlis penbandaran setiap dua minggu atau tingga minggu, rumput dan lalang yang dah dipotong dihantar ketempat pemprosesan makanan ternakan menukar kpd palet makanan. Tak perlu kilang yang besar memadai dibuat dikawasan rumah dikampung dgn mengunakan mesin pemprosesas sebesar mesin perah kelapa iaitu feed making machine yang bolih dibeli di negara cina.

Pertanian

Sepanjang jalan dari kampung ke bandar banyak tanah kosong yang ditumbuhi lalang ,rumput dan belukar.

Dicadangkan jabatan pertanian melalui ketua kampung,penghulu, mengkaji tanaman yang sesussi untuk kegunaan harian dan lebihnya diposess dan diexport mentah atau diperoses spt kelapa, serai,cili,keladi,keledek,kentang ,jagung pisang ,buah buahan yang ada potensi export dan lain lain tanaman kontang.

Sekarang ini sepanjang jalan kiri dan kanan dibawah seliaan majlis perbandaran dan rezab majlis dan rezab jalan ditanam tanaman yang tidak ada hasil yang diguna. Dicadangkan menanam tananam yang mendatangkan hasil spt cili, serai,kunyit, sawi, bayam, pokok buah buahan, kelapa(jauh sedikit dari jalan raya) dll. Hasilnya ssmaada majlis uruskan untuk jualan atau sesiapa bolih ambil samaada kegunaan sendiri atau jual.

Jadikan budaya, rakyat membuang atau menanam biji buah buahan ditanah kosong ,belukar, hutan salepas memakan buahnya. Tanpa memperdulikan tanah kepunyaaan siapa.

Urusan jualan dan export melalui jabatan kerajaan dengan berbincang orang /syarikat yang dah ada pengalaman terus memguruskan pengedaran dalam negara dan export. 

Kartel, import berbincang dengannya atau ambil pekerja dalam urusan export jika berlebihan. Kartel walupun jahat tapi ia ada pengalaman urusan perniagaan dan mempunyai asset dalam urusan import dan export. 

Rancangan Jangka panjang , mengalakan anak petani dan nelayan mengambil bidang sains pertanian ,perikanan atau berkaitan dengan kerjaya ibubapanya di kolej atau universiti untuk kesinambungan kerja ibu bapanya.

Dan juga mengutamakan kemasukan universiti putra bidang pertanian dan peternakan dimana ibubapanya mempunyai tanah sekurang kurang 1 ekar supaya lepasan universiti bidang ini tidak menganggur sebab tidak ada tanah yang hendak diusahakan.