Saya pergi kawasan kampung dan didapati pemandangan yang menyedihkan kerana tanah begitu luas tidak digunakan sepenuhnya oleh orang kampung. Contohnya tanah rumah penuh dengan tumbuhan tak mendatangkan hasil saperti lalang dan semak. Saya difahamkan kelapa mahal hari sehingga RM2.50 sebiji dan terpaksa mengimpot dari Indonesia. Pokok yang ada terlalu tinggi dan terpaksa membayar upah kepada yang mengambilnya.Pokok kelapa dah menjadi tinggi pada masa sekarang kerana ditanam oleh generasi atok dan nenek dan tidak ada usaha menaman semua pada generasi ibu bapa.
Kenapa tidak ada usaha menanam semula pokok di tempat lain yang berdekatan tanpa menebang pokok yang baru. Dengan menaman semula pokok baru akan menambahkan hasil dan mengurangkan kos upah memanjatnya kerana pokok masih rendah lagi. Malaysia ada badan penyelidik saperti Mardi yang boleh menyelidik benih kelapa menghasilkan buah pada pokok rendah dan pada masa yang singkat.
Jika satu rumah menanam sekurangnya 2 pokok kelapa boleh mengurangkan pengimportan buah kelapa dan mengurangkan harga kelapa.
Ayam
Saya terbaca satu artikal di surat khabar penduduk di Sungai Buluh protes kesan dari perternakan ayam menyebabkan bau busuk. Yang peliknya orang yang komplen itu memakan ayam sebagai makanan utama termasuk telur ayam.
Harga ayam mahal marah dan bila bela ayam marah juga. Jika marah peternak bela ayam jangan makan ayam..
Jika Orang kampung bela ayam 5 ekor satu penduduk boleh menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam dan Negara tidak perlu mengimport ayam. tapi yang peliknya kampung dah istiharkan dalam kawasan majlis daerah dan tidak dibenarkan bela ayam. Ada juga jiran sanggup naik tangga majlis perbandaran buat komplen bila penduduk bela ayam dan orang yang sama makan ayam dan telur ayam sebagai makanan utamanya dan tidak bising ke kementerian bila harga ayam naik.
Makanan ternakan
Makanan ternakan kambing dan lembu berasaskan rumput lalang,daun kelapa,pokok pisang. Rumput dan lalang sepanjang tepi jalan kawasan kena potong oleh majlis penbandaran setiap dua minggu atau tiga minggu, rumput dan lalang yang dah dipotong boleh hantar ketempat pemprosesan makanan ternakan menukar kpd palet makanan. Tak perlu kilang yang besar memadai dibuat dikawasan rumah dikampung dgn mengunakan mesin pemprosesas sebesar mesin perah kelapa iaitu feed making machine yang bolih dibeli di negara cina.