Thursday, October 17, 2024

Ruu mufti wilayah

 Ruu mufti 

Nabi saw bersabda umat islam berpecah 73 golongan.satu sahaja masuk syurga.

Maksudnya: “Dan demi jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Satu kumpulan sahaja yang akan ke syurga dan 72 kumpulan lagi akan dimasukkan ke dalam neraka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: al-Jamaah.” [Riwayat Ibn Majah (3992)]


 Masalahnya bila ulama ,pakar ugama menjuzuk juzuk dan membahagikan ajaran dalam aliran tertentu. Bila dah taksub sesuatu aliran dgn sendiri menolak ajaran selainnya tanpa dalil dan hujah dan dgn sendirinya melabelkan aliran selainya sesat.

Mereka maksud al jamaah adalah ahli sunah waljamaah. Lagi bahaya mereka membuat akta hanya asyairah maturidiah sebagai ahli sunah waljamaah.

Tujuan ruu ini diadakan mengarahkan pemikiran,cara dan peraturan dalam satu aliran mengelakan berbagai pandangan, aliran pemikiran dan peraturan ibadah. Cara ini tidak menerima pandangan  selain dari alirannya dan menganggap selain dari nya sebagai bukan ahli sunah alwajamaah dan secara tak langsung masuk neraka.

Cara ini menyempitkan pemikiran umat islam dan tidak ada ruang membuat hujah dan dalil. Apa yang ada dalam ajaran asyairah maturidiah kena ikut tanpa banyak soal dan hasilnya menjumudkan pemikiran islam dan melayu. Sedangkan ulama bukan maksum dan sepatutnya meraikan berbagai pendapat.

Hasil tafsiran Alquran berbagai mengikut kaedah tafsiran. Hasil tafsiran dalam fahaman asyairah maturidiah mungkin terhad sebab cara pemikiran zaman 200 hijrah tidak sama cara pemikiraan sekarang. 

Maknanya sesiapa dimalaysia tidak mengamalkan atau tidak aliran pemahaman asyairah maturidiah di labelkan sesat , maka apa tindakan majlis ugama. Adakah menangkap mereka 

Maka secara tak langsung ruu mufti ini mengiktirafkan selain ajaran dari asyairah maturidiah sebagai masuk neraka. Secara tak langsung Mufti yang tentukan golongannya yang masuk syurga bukan allah.

Dengan sendiri orang islam di luar negara dianggap masuk neraka.

 Maka terjadi lah senario membuat keputusan iaitu sumber rujukan utama asyairah maturidiah dan sumber rujukan sekunder adalah hadis nabi dan alquran.


Ada berlaku senario 

1. Ada dalam asyairah maturidiah dan tidak ada dalam hadis dan alquran,maka bolih digunapakai atau sah

2. Ada dalam asyairah maturidiah dan ada dalam hadis dan alquran. Maka bolih diguna pakai atau sah

3. Tidak ada dalam asyairah maturidiah dan ada dalam hadis nabi saw dan alquran, maka tidak ada bolih diguna pakai atau tak sah

4. Tidak ada dalam asyairah maturidiah dan  tidak ada dalam hadis nabi dan alquran maka tidak diguna pakai atau tak sah. 

5.Ada dalam asyairah maturidiah tapi bertentangan dgn alquran dan hadis nabi saw diterima pakai dan sah.

6. Ada dalam alquran dan sunah nabi saw bertentangan dengan asyairah dan maturidiah maka tidak digunapakai atau tak sah.

Bahayanya senario 1 ,3  ,5 dan 6.

 Ayat dibawah menempelak 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Al-Hujuraat 49:1) 

Begitu juga alhujurat ayat 7

Dengan menyempitkan aliran asyairah maturidiah maka pendidikan segala sekolah mengunakan hanya satu aliran sahaja tanpa memberi ruang berbagai aliran dan berhujah. Risikonya jenerasi akan datang terlahirnya pemimpin berkuasa yang taksub dgn asyairah maturidiah membuat undang undang yang zalim dimana memenjarakan dan membunuh orang yang menentang asyairah maturudiah walaupun kemukakan hujah logik dalil alquran dan sunah nabi saw.

Ini pernah berlaku kalifah memenjarakan ulama yang tak sependapat dalam isu alquran samaada makhluk atau kalam.

 .

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau jahil atau memperbodohkan diri. Aaamiiin