Tuesday, June 28, 2022

Budaya melayu suka rosakan ibadah

 Budaya melayu suka rosakan ibadah.

Dah jadi kebiasan orang melayu sibuk bertanya ibadah seorang samada kawan,jiran atau orang yang baru jumpa.selalunya orang yang bertanya dah buat  dan tujuan tanya membandingkan ibadatnya dengan orang lain. 

Contoh

1. Bila hari raya haji, orang yang buat korban ,bertanya, dah buat korban?. Orang yg ditanya serba salah, 

a. Jika dah dan jawap ya , timbul riak dan akan dikuti soalan berikut spt kambing?,lembu,berapa bahgian,dimana ,berapa harga?

b. Jika dah dan jawab belum,ia bohong dan dapat dosa bohong 

c,.Jika belum dan jawab belum, kena kutuk dan takzirah, sinonim ucapan " apalah takbuat,korban itu sunat dituntut tanda kita bersyukur."

Dengan spontan ia menyambung tanpa siapa pun tanya " saya tiap tiap tahun buat korban."

d. Jika belum dan cakap dah. bohong dan dapat dosa bohong 

e. jika  ia diam, dikata sombong

2. Ada kalangan ahli kareah menjadi ketua secara sukarela. Mencari ahli kareah yang tak datang masjid waktu subuh.Ahli kareah masjid bertanya  pada kawan, si A yg selalu sembahyang berjemaah di masjid ,tidak ada nampak pada subuh tadi. Kawannya menjawab ya la. Mulalah berperangsangka yang buka  bukan dan mencipta  cerita karut, cerita lucah  dan buat joke. Spt terbabas kot,tak sempat mandi junub, ia kejut isterinya bangun solat tersentuh suis ,terusla...... sambil ketawa. Lepas itu beri tahu ia tanya isterinya isteri jamaah itu pun tak ada. Terus tanya kumpulannya,zohor pun tak ada dan jawabnya "tak kan terbabas hingga zohor". Sibuk tanya umurnya berapa.dan ada yang jawab baya siapa , oh dah tua, takkan dah menoupos  jadi uzur balik.

Bila tahu cerita sabenar jemaah tu pergi luar kawasan. Terus senyap tak pun istigfar. Ahli kariah masjid tiba dalam kumpulan borak automatik beritahu ia tak datang subuh tadi tanpa ditanya. Takut kena umpat

(Nota:ini berlaku lebih dari satu surau /masjid. Jalan cerita hampir sama. Idea sama. Orang berlainan,tempat berlainan,negeri berlainan,masa berlainan,hari berlainan,tahun berlainan. Assumption. Memang dah jadi amalan kebanyakan kariah semasa rewang).

Dan tidak pula jumpa jamaah itu minta maaf. 

Syarat minta maaf, beritahu detail dan spesific apa kesalahan padanya. Baru minta maaf. Berani ke beritahu detail  dan specific .apa kesalahannya.?  Tapi sekarang ni cara selamat iaitu jamaq dan umumkan semua kesalahan tanpa specifik apa kesalahnanya pada hari raya. Adakah cara meminta maaf ini sah? Tidak ikut rukun minta maaf.

Dosa kering dosa fitnah walaupun jadi bahan ketawa.


Maka ahli kariah masjid pergi masjid bukan kerana allah ,tapi takut jadi fitnah dan umpatan ahli kariah.

Bila ada orang nasihatnya. Buat muka tawaduk,selepas orang nasihatnya pergi. Ia selidik  siapa orang itu,kerja apa,kerja mana,tinggal mana siapa isteri dan anaknya. Ia dan setan dalam dirinya akan korek hingga dapat tahu keburukan dan kelemahan baru ia puas hati. Selepas dapat tahu keburukannya atau ahli keluarganya maka perkataan terakhir keluar dari mulutnya dgn megah dengan muka puashati . "Nasihat orang kononnya .  Sendiri pun tak betul.pasti kan  sendiri betul baru nasihat orang."


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Al-Hujuraat 49:12) Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam amat menganjurkan hal demikian, sebagaimana dalam sabdanya. "Ertinya : Barangsiapa menolak (ghibah atas) kehormatan saudaranya, nescaya pada hari kiamat Allah akan menolak menghindarkan api Neraka dari wajahnya". (Hadis Riwayat Ahmad) "Wahyu Pamungkas"-Dibawah Naungan Al-Quran

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

3. Pergi kedai rewang beli handphone anaknya,sedangkan handphone emaknya masih bolihguna tapi tidak berapa baik. Bapa pilih handphone anaknya dan seterusnya ganti handphone emaknya yang lebih canggih. Tanpa ditanya emaknya menjawab. "selalu solat duha".

4.Sinonim Pak haji jumpa orang yg balik haji bertanya,berapa kali buat umrah,katam quran, cium hajaraswad,solat di hijir ismail dan solat diraudah. 

Jika jawab kurang buat umrah dari yang dia buat, kena kutuk. Pernah dengar dialog spt dibawah 

A:" berapa kali buat umrah"

B: "2 kali"

A :"Apalah, pergi sana tidor ke?  disini pun bolih tidor. Membazir duit je. Saya tiap hari buat umrah.semua miqad saya pergi ."

Itu belum lagi tanya berapa kali khatam ngaji.

5.Puasa sunat syawal.

Ada kalangan ahli kumpulan sukarela jadi ketua kelas ,Sibuk tanya dan war warkan puasa sunat raya orang lain dan ia setiap hari. Ia tahu status puasa sunat gengnya spt setakat ini berapa hari dah buat,hari ini samaada puasa ke tidak. Tanya sebab,jika tidak dan war warkan pada orang lain  . Soalan sinonim, dah mula? Bila mula? Dan berapa ? Jika hujung syawal baru sedikit teruk kena kutuk oleh orang yang dah habis atau hampir habis.

6. Perli orang yang ia kenali tak pernah pergi masjid,tiba tiba muncul di masjid spt ahli syurga,dah taubat ke,baru nampak masjid ke,sebelum ni tak nampak masjid ke

Tindakan urusann ibadah seseorang  merosakan ibadah sesama saudara islam dan ibadahnya sendiri.Tidak patut bertanya ibadah orang lain dan war warkan ibadah sendiri. Hanya Allah yg layak bertanya ibadah sesorang. 

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau jahil atau memperbodohkan diri. Aaamiiin 




No comments: