Ekonomi kukuh dengan menaikan ekport dan menurunkan import secara langsung memasukan wang dalam negara dan bolih mengukuhkan wang negara. Sekurang kurangnya nisbah export dan import 70% export dan 30% import.
Perancangan dan tindakan serampang dua mata mengurangkan import dan menambahkan export dengan membuat projek hasil tani.
Negara malaysia mempunyai tanah yang subur tapi kosong tanpa diusahakan. Kadang kadang terfikir ayat alquran, jika kamu bersyukur kami tambah nikmat, jika kamu kufur azab kami amat pedih.
Besyukur bukan saja ucap syukur malahan mengunakan nikmat allah beri sebaikbaiknya spt mengusahakannya.
Pekerjaan malaysia lebih tertumpu kepada pentadbiran dan tidak menumpukan penghasilan dan pengeluaran produk. Jualan industri kereta tidak kearah export dan menyebabkan tidak ada kemasukan pendapatan dari luar negara.
Contoh Projek lembu katakan budget RM250 juta.
Katakan setiap penternak mendapat RM100,000 maka bolih menjayakan 2,500 penternak yang sedia ada d 70% dan pentenak baru 30%
Jika diberi peruntukan setiap negeri 200 penternak.
Dengan sumbangan RM100,000 katakan 70% beli anak lembu dan 30% belanja lain spt kandang, air, dan,makanan dan upah pekerja. Maka dengan harga anak lembu RM300 bolih menternak 200 ekor anak lembu setiap penternak dan menghasilkan 200×2,500 iaitu 500,00 ekor lembu dalam masa 2 tahun. Beri anak lembu bukan duit. Tidak digalaklan menubuh syarikat sebab nisbah hasil dan kos rendah dengan kos pengurusan yang tak perlu .
Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10% pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan, pemantauan.
Begitu juga projek ternakan lain spt ayam,itek,kambing,ikan dlll
Projek ternak ayam dan itik, digalakan penternak ayam secara kecilan dikampung diberi 10-20 ekor anak ayam kepada penduduk yang sediaada membela ayam dan yang dah ada kemudahan bela ayam dpt reban atau pagar. Kursus ringkas perlu di beri melalui jabatan pertanian dengan kerjasama jkkk,penghulu dan masjid di dewan serbaguna dan bangunan KEMAS kampung.
Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10% pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan dan pemantauan dari beri sumbangan hingga pengeksportan melalui komputer
Harga makanan ternakan melambung disebabkan import. Sementara mengunakan makanan import Kerajaan dengan bantuan jabatan pertanian, MARDI UPM membuat penyelidikan dan membuat kilang memproses makanan ternakan setiap zon.
Makanan ternakan kambing dan lembu berasaskan rumput lalang,daun kelapa,pokok pisang. Rumput dan lalang sepanjang tepi jalan kawasan kena potong oleh majlis penbandaran setiap dua minggu atau tingga minggu, rumput dan lalang yang dah dipotong dihantar ketempat pemprosesan makanan ternakan menukar kpd palet makanan. Tak perlu kilang yang besar memadai dibuat dikawasan rumah dikampung dgn mengunakan mesin pemprosesas sebesar mesin perah kelapa iaitu feed making machine yang bolih dibeli di negara cina.
Pertanian
Sepanjang jalan dari kampung ke bandar banyak tanah kosong yang ditumbuhi lalang ,rumput dan belukar.
Dicadangkan jabatan pertanian melalui ketua kampung,penghulu, mengkaji tanaman yang sesussi untuk kegunaan harian dan lebihnya diposess dan diexport mentah atau diperoses spt kelapa, serai,cili,keladi,keledek,kentang ,jagung pisang ,buah buahan yang ada potensi export dan lain lain tanaman kontang.
Sekarang ini sepanjang jalan kiri dan kanan dibawah seliaan majlis perbandaran dan rezab majlis dan rezab jalan ditanam tanaman yang tidak ada hasil yang diguna. Dicadangkan menanam tananam yang mendatangkan hasil spt cili, serai,kunyit, sawi, bayam, pokok buah buahan, kelapa(jauh sedikit dari jalan raya) dll. Hasilnya ssmaada majlis uruskan untuk jualan atau sesiapa bolih ambil samaada kegunaan sendiri atau jual.
Jadikan budaya, rakyat membuang atau menanam biji buah buahan ditanah kosong ,belukar, hutan salepas memakan buahnya. Tanpa memperdulikan tanah kepunyaaan siapa.
Urusan jualan dan export melalui jabatan kerajaan dengan berbincang orang /syarikat yang dah ada pengalaman terus memguruskan pengedaran dalam negara dan export.
Kartel, import berbincang dengannya atau ambil pekerja dalam urusan export jika berlebihan. Kartel walupun jahat tapi ia ada pengalaman urusan perniagaan dan mempunyai asset dalam urusan import dan export.
Rancangan Jangka panjang , mengalakan anak petani dan nelayan mengambil bidang sains pertanian ,perikanan atau berkaitan dengan kerjaya ibubapanya di kolej atau universiti untuk kesinambungan kerja ibu bapanya.
Dan juga mengutamakan kemasukan universiti putra bidang pertanian dan peternakan dimana ibubapanya mempunyai tanah sekurang kurang 1 ekar supaya lepasan universiti bidang ini tidak menganggur sebab tidak ada tanah yang hendak diusahakan.
No comments:
Post a Comment