Thursday, January 29, 2026

Serbuan peniaga asing /ambil pekerja

 Serbuan peniaga asing /ambil pekerja 

Tempat yang diserbu adalah tempat perniagaan kakitangan warga asing. Bila diserbu maka perniagaanya terganggu dan kesan jangka panjang pada ekonomi. Peniaga ni hati kental terus berniaga dan ambil balik walaupun dah diserbu. Persoalannya adalah pihak terlibat berusaha untuk mengantikan pekerja tempatan yang masih mengganggur.perlu buat buat kaji selidik spt 

1. Kenapa ia ambil warga asing tak mengambil warga tempatan.

2. Apakah cara terbaik mengambil warga tempatan.

jika peniaga asing berniaga tempat itu maknanya tempat ada potensi untuk berniaga, maka pihak berwajib memilih rakyat tempatan berniaga disitu dgn menyediakan lesen maka dengan sendiri peniaga asing tak berniaga disitu.

3, pelanggan warga tempatan maka warga tempatan menyokong warga asing.

4. Tak ada nak report walaupun mereka tahu dan nampak.

5. Jika report pun tapi tak ada tindakan.

Friday, January 23, 2026

Syarikat vs staff



Aku pernah percaya satu benda bodoh. Aku fikir… kalau aku bayar gaji mahal, manusia boleh dibeli.

Aku naikkan gaji. Aku tambah allowance. Aku bagi bonus.

Aku fikir: “Dah bayar mahal, confirm loyal.”

Tak jadi.

Ada yang resign juga. Ada yang stay… tapi kosong. Ada yang hadir badan, tapi jiwa dah keluar lama.

Masa tu aku marah. Aku rasa tak dihargai. Aku rasa staff ni “tak kenang budi”.

Sampai satu hari aku tanya diri sendiri soalan yang aku paling takut: “Aku sebenarnya bayar gaji… atau aku menyewa manusia?”

Jawapan dia pahit.

Staff tak stay sebab gaji. Gaji cuma buat mereka masuk.

Yang buat mereka kekal ialah rasa:

✅ dipercayai

✅ dihormati

✅ didengar

✅ diberi ruang berfikir

✅ diberi peluang mencuba

✅ dibenarkan silap & belajar

✅ nampak growth diri, bukan sekadar KPI

Staff yang betul-betul bernilai bukan operator kilang.

Mereka bukan tunggu arahan.

Mereka bukan hidup ikut SOP semata-mata.

Mereka bukan mesin yang kau boleh tekan butang.

Mereka adalah:

✅ thinker

✅ builder

✅ problem solver

✅ manusia yang nak berkembang

Masalah aku dulu? Aku treat staff macam:


👉 tools untuk output

👉 kos untuk dikawal

👉 risiko untuk diminimumkan

Aku nak mereka ikut. Tapi aku tak beri trust.

Aku nak mereka perform. Tapi aku tak beri ownership.

Aku nak mereka setia. Tapi aku tak beri makna.

Aku nak mereka creative. Tapi aku marah bila idea berbeza.

Aku nak mereka proactive. Tapi aku micromanage setiap benda.

Aku nak mereka berfikir. Tapi aku tak benarkan mereka buat keputusan.

Aku nak mereka grow. Tapi aku takut mereka jadi lebih hebat dari aku.

Dan yang paling buat aku diam lama…

.

Kalau staff kau stay sebab mereka takut hilang kerja. 

itu bukan loyalty.

Itu survival.

Kalau staff kau senyap, tak bagi idea, tak challenge keputusan kau itu bukan respect. Itu self-protection.

Dan kalau kau bangga cakap: “Staff aku ikut je apa aku suruh.”

Sebenarnya itu tanda paling jelas mereka dah berhenti berfikir.

Sedangkan aku sendiri yang:


❌ tak bina culture

❌ tak bina trust

❌ tak bina psychological safety

❌ tak bina ownership

❌ tak bina sense of purpose

Gaji mahal tak pernah beli loyalty.

Gaji mahal cuma sewa masa.

Loyalty datang bila:

✅ kau percaya sebelum mereka sempurna

✅ kau beri ruang sebelum mereka layak

✅ kau pertahankan mereka masa mereka silap

✅ kau bangunkan mereka, bukan tekan mereka

✅ kau lead manusia, bukan kawal mesin

Staff yang stay lama bukan sebab tak ada pilihan. Mereka stay sebab: “Aku pilih untuk ada di sini.”

dan bila orang cakap: “Staff sekarang tak setia.”

Aku senyum.

Bukan staff berubah. Cara kita memimpin yang ketinggalan zaman.

Kalau kau nak orang yang:

- fikir sama-sama

- fight sama-sama

- tanggung risiko sama-sama

berhenti fikir pasal berapa kau bayar.

Mula tanya: siapa mereka jadi bila bekerja dengan kau?

Gaji tarik orang datang. Kepercayaan buat orang tinggal.

Aku belajar benda ni lambat.

✅ Dengan turnover.

✅ Dengan kecewa.

✅ Dengan ego yang pecah.

.

.

Hari ni aku faham satu benda simple:

✅ Staff bukan tinggal sebab duit.

✅ Mereka tinggal sebab rasa mereka penting.


Hariz Rosli

Jangan Biarkan Esok Menyesal Dengan Hari Ini.

Tuesday, January 13, 2026

Penternakan

 Sebab orang melayu malas menghasilkan makanan halal spt bela ayam,itik,lembu kambing.ikan, jadi tanah terbiar mereka ambil peluang menghasilkan makanan.Sekadar pandangan.

Silapnya melayu juga tak ambil peluang dan menghalang penternak ambil peluang , tanah terbiar tak ada usaha besar besaran dari kementerian hingga ke kampung bela lembu,ayam itik,ikan,tanaman.


 Jika usahakan melibatkan jkk,pengulu, jabatan pertanian secara kumpulan ujudkan setiap kampung seramai 30 orang membolihkan rakyat kalangan melayu dah maju. Bila cina usahasama dgn kementerian ternak babi besar besaran marah. Tapi tak marah kurang orang terlibat mengambil peluang bela lembu,ayam itik,ikan,tanaman.

Lagi pelik ada sanggup pergi majlis perbandaran komplen bila ada orang kampung ternak ayam itik,ikan alasan busuk dan tak bolih menternak kawasan kampung kena alihkan di pinggir kampung.Mereka ternak pun tak sampai 50 ekor.Setakat bawah 50 ekor tak berbaloi dipinggir kampung dgn kos jagaan,reban, sewa tanah,dll. Lagi pelik yang komplen tu makan ayam,makan telur ayam, makan itik , makan telur itik. Marah bila bekalan ayam, itik telur kurang atau harga mahal.


Ternakan lembu kambing.


 Mereka tahu marah penternak bila lembu kerbau masuk kawasannya tapi beri idea membina pada penternak. Marah Bila harga daging mahal.