Saturday, March 21, 2026

JANGAN ‘HAMBA’KAN MAK AYAH DI HARI RAYA

 JANGAN ‘HAMBA’KAN MAK AYAH DI HARI RAYA

Antara bentuk derhaka anak anak di hari raya adalah, kita biarkan mak kita yang dah tua nak mati itu bersusah payah masak didapur, kita laki bini membungkang tidor tak ingat dunia. Bangun bangun, terus cari makan isi tembolok kita macam tuan besar. 

Itu menunjukan kita tidak berperibadi islam. Tidak beradab. Dan tidak berakhlak islam. Kalau tak malu pada ibu ayah, malulah pada Allah.

Orang dulu dulu, anak anak perempuan dan lelaki amat menjaga adab dan rasa malu bila berkunjung dan berziarah kerumah orang tua. 

Awal pagi dah bangun, kemas tempat tidur, mandikan anak anak dan memasak serta membantu ibu ayah di dapur. Terkadang melarang ibu mereka memasak dan malah merekalah yang memasakan untuk ibu mereka kerana itulah masanya mereka berbakti untuk ibu ayah. 

EmK ayah pergi kedai beli lauk keperluan bila anak menantu ,cucunya balik. Mereka buat tak tahu. Sepatutnya ikut sekali atau sekurang kuragnya hukur duit, bukan anggap emak ayah badan kebajikan.

Kebanyakan anak anak sekarang sudah tak macam dulu. Mereka hilang malu. Dan malu sudah tiada dalam akhlak mereka. Mereka hanya malu buka aurat saja tapi tidak malu membuka pekung akhlak buruk mereka dihadapan orang tua. Malah ada yang bangun lambat dan tak semayang subuh pun. Tempat tidur berselerak. Anak anak  mereka yang bangun pagi dibiar macam anak anak ayam kelaparan. Ibu ayah merekalah yang kelam kabut nak uruskan makan minum kencing berak anak anak mereka. Zalimkan?

Jangan dihairankan! Di mana mana pun kita pergi, kita akan jumpa situasi ini dan species anak anak yang begini. Malah terkadang berlaku dalam keluarga kita sendiri. Itulah akhir zaman. 

Mak ayah bukan tak nak tegur, tapi takut nak menegur kepada anak anak. Takut ditengking anak anak. Maklum lah anak anak dah bagi duit raya pada mak ayah. Kalau ditegur nanti, mencukalah muka anak anak menantu dan tak nak balik lagi. Mak ayah pun takut kena gossip oleh anak anak menantu mereka bila anak anak menantu berkumpul sesama mereka.

Sebab itu mak ayah ni kalau nak pilih menantu, pilihlah yang berakhlak dan dari keturunan yang baik baik. Jangan nampak pakai tudung dan pakai lebai serta cium tangan saja, dah rasa bakal menantu ni ahli syurga. Jangan sekali kali.

Zaman sekarang ni ramai ‘scammer’. Bakal menantu pun boleh jadi scammer. Berpura pura bagus sebelum kahwin.

Mana yang dah dapat menantu scammer tu, nasihat nasihatlah mereka. Jangan biar mereka berakhlak begitu nanti keturunan kita pun akan ikut apa yang mak ayah nya buat.

Kalau mak ayah nya tak semayang subuh, keturunan pun akan jadi begitu. Kalau mak ayah nya menghambakan mak atu mertua mereka, anak anak mereka pun akan perlakukan kepada mereka juga. Ingat perpatah orang putih, “What you give, you get back.”

Jangan sedap hati dapat menghambakan mak ayah dan mertua walau dalam sedar atau tak sedar. Ia tetap dosa. Bukan dosa kecil tapi dosa besar. 

Bagi yang lelaki, wajib mereka menasihati anak bini supaya menghormati mak ayah dan mertua serta bertimbang rasa dengan mereka. Jangan fikir keluarga kamu nak mudah dan senang lenang saja. Rumah mak ayah atau mertua bukan hotel atau homestay atau untuk ‘me time’ anak bini kamu tapi adalah tempat kamu berbakti kepada ibu ayah. 

Ingat! Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Moga manfaat untuk renungan

Maaf andai terkasar bahasa.

Sunday, March 01, 2026

Dosa tanpa sedar

 Dusta paling besar menuduh nabi saw berdusta menyembunyikan amalan ,ajaran.tertentu urusan tauhid ,tasauf,alam ghaib,ketuhanan,zikir bukan dari nabi saw dan alquran . Mereka taksub amalan ajaran tauhid ketuhanan alam ghaib yang dituliskan oleh ulama dalam hal tasauf ,ketuhanan alam ghaib,zikir bukan dari alquran dan nabi saw .Sabenar Ulama tak tahu lansung tauhid,tasauf,ketuhanan dan alam ghaib tapi dianggap lebih tahu dari nabi saw dgn alasan kasaf,makrifah terus dari tuhan. Contoh sebutan nur muhammad dlm zikir munajat dan sifar 20 .istiqsah pada kubur orang di anggap wali ,dll tanpa alquran dan rujukan hadis yang sahih malahan bertentangan dgn alquran dan hadis. Alquran tulis allah di arasy tapi mereka allah tak bertempat. Nabi saw sabda mula dicipta kalam, tapi mereka kata mula cipta nur muhammad.Wahai Rabb), sungguh mereka bagian dari pengikutku.” Lalu, Allah berfirman, “Sungguh engkau tidak tahu bahwa sepeninggalmu mereka telah mengganti ajaranmu.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan, “Celaka, celaka bagi orang yang telah mengganti ajaranku sesudahku.” Tidaklah suatu kaum melakukan suatu perkara yang diada-adakan dalam urusan agama mereka (bid’ah) melainkan Allah akan mencabut suatu sunah yang semisal dari lingkungan mereka. Allah tidak akan mengembalikan sunah itu kepada mereka sampai kiamat.” 


(Lammud Durril Mantsur, hal. 21).