Tuesday, March 01, 2011

Berkelah di Pulau Pangkor

Pada waktu pagi, kami bersiap segala peralatan termasuk sepasang sorang pakaian masuk ke dalam kereta, bertolak dari hotel pada pukul 8.00 pagi.Kami bercadang breakfast di Bandar Lumut.

 Saya on GPS kearah Pekan Lumut. Suasana sibuk di pekan Lumut, dengan traffic jam dan orang ramai sibuk disekitar pekan lumut, Hujan renyai dah turun dan saya agak hujan dah lama dengan keadaan jalan raya basah. Satelah sampai saya menuju ketempat parking yang telah pergi semalam, tapi pintu pagar tutup dan tiada yang menjaganya menunjukan parking penuh,

Saya pandu kedepan cadang nak round sekali lagi, anak saya nampak ada budak lingkungan 20 an sabelah tangan kanan melambai dan tangan sebelah kiri menunjukan kearah kawasan padang,

"Abah, sana ada parking",
Jadi saya mengikut deretan kereta menuju kearah jalan masuk, Ada 3 orang menjaga kawasan parking, Saya tanya pada yang pegang tikit ."berapa?"
Ia tanya, "berapa hari?"
Saya jawab ,"balik petang ni".
Ia jawab," 10 ringgit"
saya bayar dan ambil tiket.
Jadi saya menuju kearah paking dan berhenti kereta kerana menunggu giliran kereta depan parking,
Suasana disekililing sibuk, Ada yang keluar kereta, ada yang sedang berbincang ,dan ada yang mencari tempat parking.

 Giliran saya parking, mengikut susunan yang diarahkan oleh penjaga parking. Satelah parking, Saya turun dan terpijak tanah lecak dan basah, saya tengok tayar belakang kereta masuk sikit ke dalam tanah yang berair,  rasa tak sedap hati. Semua keluar dari kereta.

"Dik, macam terpuruk, " saya beritahu penjaga
"tak apa, kita tolak nanti" jawabnya
"saya nak alih kan kereta ketempat lain" kata saya.

Saya masuk semula kedalam kereta, dan start injin, Saya masuk gear dan tekan minyak, kereta tak bergerak walaupun tekan minyak lama, Bunyi tayar belakang berpusing kedengaran,  Parking atendance memangil kawannya menolak kereta. Satelah mereka bersedia  saya tekan minyak sekali lagi dan kereta meluncur kedepan. Saya menuju ketempat lain yang berhampiran jalan masuk.

Saya keluar dari kereta dan memangil anak dan isteri untuk mengambil barang di dalam. kereta.  Saya tengok tempat parking tadi kosong tiada kereta yang parking di situ.

Dari tempat parking ke Jeti lebih kurang 300 meter dengan mengikut tepi jalan, Sampai ke warung tepi jalan dan kami berbincang dan setuju makan disitu.
"kita makan disini. pilih apa yang nak"
Masing masing memilih apa yang ia nak makan termasuk air minum.
Lebih kurang 20 minit satelah selesai makan dan bayar, kami bertolak ke jeti.

Sepanjang jalan ke jeti ada beberapa kedai menjual makanan kering saperti keropok, sotong kering, barang hadiah,  souvenir dan Jam tangan dan ada menjual baju. kebanyakkan baju t bergambar dan bertulis Pangkor Island atau Pulau Pangkor.

Setiba di dataran Jeti, saya cari counter tiket dan nampak kauter di sebelah kanan,  Ada dua Kaunter disitu. Nampak juruwang memangil , Saya menuju ke kaunter sebelah kiri dan tanya pada juruwang. "7 orang berapa"?,
"70 ringgit  pergi balik." jawabnya
Saya hulur 100 ringgit dan juruwang hulur 7 tiket dan baki 30 ringgit.


Disekeliling sibuk dengan orang dan kebanyakan pelancung dari singapor dan Taiwan. Kami menuju ke Pintu masuk dan hulur tiket pada penjaga perempuan umur lingkungan 30 an.
Penjaga tiket memotong tiket dan tiba ke Muhammad Amin, Penjaga terpotong tiket dan
berkata. " Ini tiket dewasa, rugi ni cik ,kena tukar tiket kanak-kanak".
saya terpegun.
"Berapa orang kanak-kanak ?" Ia bertanya.
"Dua, ini dan ini" saya menunjuk Muhammad Amin dan Syahindah.
Tiket yang terpotong ditukarkan dengan tiket yang belum dipotong pelancung lain yang kebetulan lalu disitu. Pelancung perempuan terpegun.
Penjaga tiket memberi memulangkan 2 tiket kepada saya .
berkata. "En. pergi ke kauter dan tukarkan tiket kanak-kanak".
"Yang lain tunggu dulu" , kedengar penjaga tiket memberi arahan pada ahli keluarga saya.
Saya pergi ke kaunter tiket tadi untuk memulangkan tiket,
"Cik. Tukar dua orang kanak-kanak",
Mereka mengambil 2 tiket dan mengantikan tiket kanak-kanak dan memulangkan 10 ringgit.
Saya pergi ke pintu masuk jeti dan keluarga saya menunggu di pintu masuk.
" Abah. Penjaga tu kata setiap orang pegang tiket masing-masing. " Saya hulurkan tiket kepada setiap orang.

Kami masuk ke laluan ke arah jeti mengikut orang sepanjang laluan ke Feri. Laluan selebar muat untuk 6 orang lalu beriringan, nampak beberapa feri penumpang berlabuh di jeti.  Kami  mengikut penumpang lain menuju kearah Feri .Kami masuk ke dalam Feri. Di dalam feri  nampak luas dan kerusi bersusun kiri kanan dan laluan jalan di tengah. Muatan feri lebih kurang 250 orang. Lebih  kurang 20 minit, Feri mula bergerak menuju ke Pulau Pangkor.

Sampai ke jeti Pulau Pangkor pukul 11.00 pagi. Kami keluar beramai-ramai, Satelah naik keJeti, menyusur laluan keluar. Dilaluan keluar  menyusur kedai ke perhentian teksi. Di perhentian teksi sibuk dengan pemandu teksi dan penumpang berbincang harga dan tempat. kebnyakan teksi jenis van.

Saya berbincang dengan isteri samada nak sewa kereta atau naik teksi . Saya beri alasan sewa kereta lebih mudah untuk pergi ke mana tempat yang kita suka, boleh menyimpan pakaian dan barang lain dan boleh tukar pakaian.

Kami sepakat nak sewa kereta. Saorang dalam lingkungan umur 40 an datang dan tanya
"Nak pergi mana"
" Encik. saya nak sewa kereta, macam mana". Tanya saya.
"Encik nak sewa kereta pergi ke sana tapi jika apa-apa berlaku , tak bertangung jawab, sewa secara haram". jawabnya sambil menunjuk kearah kereta parking.
Saya pergi ketempat yang di tunjukan yang sama arah dengan tandas. Saya tercari-cari sekitar jika ada yang nak menyewa kereta.
"En. ada tak yang nak sewa kereta" saya tanya penjaga tandas.
"Tak tahula. cuba tanya cik ni." jawabnya menunjukan pada saorang lelaki kebetulan berdiri disitu.
"Encik, Ada tak sesiapa nak sewa kereta"
"Tunggu kejap, tadi dia ada", sambil matanya liar mencari sasaorang.
"Itu pun dia" . Sambil melambai dan menujuk kepada lelaki.
"Encik ni nak sewa kereta" , sahutnya.
"Kereta jenis apa?. berapa sewa?, tanya saya.
"Proton iswara, 80 ringgit" jawabnya
"Saya ada ramai, 7 orang " jawab saya.
"Boleh Muat,'"jawabnya.
"Tak apalah, saya tak mahu, kalau kereta besar, nak" saya jawab balik.
Saya menuju ketempat tadi dan berselisih dengan anak yang tua , Mohd Aliff
"Abah, nak pergi tandas", katanya.
"Ok" .

Sampai di tempat tadi isteri dan yang lain menunggu saya.
Saya tanya kepada salah saorang mungkin ketua
"Encik, Dimana tempat sesuai yang ada kedai, tempat salin pakaian, mandi laut ",
"Di Teluk nipah". Jawabnya.
"Berapa tambang? " .saya tanya.
"Berapa orang? ".ia tanya balik.
" 7 orang " . jawab saya
"20 ringgit" ,
"OK"
Penjaga  pergi pada van dan berkata pada pemandu.. "ke Teluk Nipah"
"OK". Jawab pemandu.

Kami naik Van, dan Van mula berjalan menyusur dicelah kesibukan jalan dan orang ramai keluar dari perhentian teksi .
"Teluk Nipah, OK ke? Cik , " tanya saya.
" OK. Banyak pelancung di sana dan banyak aktiviti saperti mandi tepi pantai, snorkeling, speedboat, ada kedai makan, barang antik dan pakaian, dan ada perhentian teksi."  berkata sambil membawa van. Drebar membawa van dengan laju melalui jalan yang kecil dan berliku-liku.Ia membawa dengan selamba bila berselisihan dengan kereta dari sebelah hadapan. Isteri saya menjadi takut dengan keadaan van yang dibawa dengan laju.
"Lajunya, tak takut eksiden"
"Dah biasa, jalan dia" ,kata saya
Saya melihat pemandangan sekeliling, Ramai pelancung beristirehat di sekitar pantai dan makan di kedai makan di tepi pantai.
"Selalu ke ramai macam ni?.".
"Pada cuti sekolah je, pada hari lain lengang, nak dapat satu van penumpang pun susah". katanya.
Sampai di Teluk Nipah, Suasana sibuk dengan hiruk pikok orang ramai dan deretan kedai sepanjang pantai teluk Nipah memeriahkan suasana Pekan ni.

Kami turun dan menuju kearah pantai . Kami melihat di sekeliling mencari tempat.
"Meja sana tak ada orang"
"jom pergi sana"
Kami pergi sana dan mengemaskan atas meja yang bertaburan bekas makanan dan minuman memasukan kedalam tempat sampah yang berdekatan.
"macam mana nak tukar pakaian ? "
"Cik, dimana tempat jual kemah " saya tanya penjual kain .
"Tak ada, Sewa adalah 10.00, Pergi kesebalah sana" , katanya.
Saya menyusur jalan pergi kearah yang ditunjukan.
Sampai disitu ada beberapa kemah Igloo sudah dipasang, Saya nampak 2 orang budak bujang sedang bersantai diatas beranda rumah dua tingkat.
keadaan rumah macam terbengkalai dengan dinding batubata yang tidak berpelaster dan tingkap berjeriji tanpa cermin.
Dihadapan rumah ada kemah igloo sudah siap dipasang.
"Dik, disini ada tak yang nak sewa kemah?. tanya saya.
"Ada, tapi tokey dia keluar, tak tahu mana pergi" , jawab salah saorang budak tu.
"nanti saya call", katanya sambil mendail hanset.
"tak angkat, boleh tunggu kejab". satelah mendail banyak kali.
"OK"
Setelah 15 minit tidak ada sesiapa datang.
"Encik, bolih ambil kemah ni, kalau encik nak, kita tak pakai lagi, malam tadi kami tidur atas" katanya satelah melihat saya mundar mandir disitu.
"OK laa."
Mereka membuka kemah igloo dan memasukkan kedalam sarung termasuk besi rangka lalu memberikan pada saya.
Saya bayar 10 ringgit dan membawa kemah igloo ketempat tadi.
Sampai di tempat tu, saya menyuruh Muhammad Afifi dan Mohd Alif memasang kemah.
Satelah dipasang, segala pakaian dan peralatan disimpan didalan kemah. Mereka menukar pakaian untuk mandi di  dalam kemah.
Syahindah dah pergi kegigi air bermain dengan pasir, nampak betul sukanya dia.
Muhammad Afifi sibuk ambil gambar emaknya, persekitaran, syahindah dengan bermacam-macam posting.

Tuesday, February 15, 2011

Pergi makan di Pekan Lumut

Pada malam tu, saya cadang bawa keluarga makan , Pada pukul 8.00 malam , semua ahli keluarga keluar ,  Saya pergi kebahagian penyambut tetamu di lobi, kawasan lobi ramai orang sibuk dengan hal masing-masing, ada yang duduk di kerusi saperti menungu sasaorang. Ada yang berdiri di pintu luar. Saya tengok Penyambut tetamu sedang sibuk melayan pelawat, Saya tunggu salepas habis mereke berurusan dengan pelancung,Saya tanya penyambut tetamu , dimana ada kedai makan yang terdekat.. Ia menerangkan dibahagian bawah ada kedai makan tapi harga standard hotel.. tiada pilihan lain kecuali kedai makan di Lumut.

So saya berbincang dengan isteri dan buat keputusan kita pergi makan di Lumut atau jika jumpa  kedai makan sepanjang jalan ke Lumut singgah makan.  Saya mengaktifkan GPS dari Hotel ke Lumut.  Persekitaran yang sunyi sepanjang jalan dari Hotel ke jalan keluar ke jalan Senangin dan seterusnya ke Jalan Besar. Kereta tidak banyak dari Jalan Besar ke Bandar Lumut kecuali dari simpang pelabuhan ke Bandar Lumut baru banyak kereta.. 

Ketika melalui jambatan  nampak lampu bergemelapan dan ada berapa buah kapal dihujani cahaya lampu menambahkan kecerian pada malam tu, Anak ku nombor tiga Muhammad Afifi  , menjerit foo yoo, cantik betul.. Saya tanya Afifi, "Ada bawa kamera?," ,Fifi jawab "Tak ada",  saya menyambung,  "rugi laa".

Tiba di pekan Lumut pada pukul 9.00 Malam. Melihat keindahan pekan Lumut dengan lampu yang bergelapan sementara cari parking.  Dari jauh nampak deretan lampu disepanjang kedai makan.Saya  dapat parking berhampiran kedai makan.

Semua turun dan bergerak satu kumpulan dari satu warung ke warung lain. Saya berbincang dengan isteri dan anak-anak setuju warung ke dua dari parking dan masing- masing mengambil tempat duduk.  Sementara tunggu pelayan datang mengambil oder, saya melihat disekitarnya. Pelayan lelaki dalam linkungan umur 30 tahun  saya agak tokey kedai datang menanya pesanan. Semua membuat pesanan masing masing. Satelah pelayan memcatitkan pesanan,

saya tanya "  Encik, macam mana nak ke Pulau Pangkor".
Pelayan reply " Encik, Bot Malam tak ada"
Saya tak berniat nak pergi malam ni
Saya" Saya nak pergi besok"
Pelayan reply'. 'Bot dari pukul 6.00 pagi hingga 8.00 malam, setiap sejam."
"Paking sini macam mana" .Saya tanya.
"Parking sepanjang jalan kena bayar ikut jam dengan dewan Majlis.Ada banyak parking tertutup, satu hari   10 ringgit"" reply.

Saya cakap dengan isteri nak round sekeliling. saya berjalan menyusur jalan ke arah Jeti . Lebih kurang 100 meter saya nampak kawasan parking yang berpagar sabelah kanan. Saya menghampiri pondok jaga. Ada dua orang pengawal keselamatan di dalam pondok.

"Assalamuaikum" .Saya ucap salam
"Mualaikumussalam". Jawab salah saorang Guard.
"En. Parking disini buka pukul berapa? Saya tanya
"Pagi, dah buka dan dijaga 24 jam", Jawabnya
" berapa harganya" . Saya tanya.
"Satu hari 10 ringgit." Saya jawab.
"Kearah mana Jeti" Saya tanya
" Kesana, Ia tunjukkan "Jawabnya
"Encik ni dari Mana". Tanya Pengawal keselamatan.
"Dari Seremban. datang sini nak bawa keluarga berjalan". Jawab saya.
"Oooo. Saya pun dari N. sembilan. Dari Seri Menanti " jawabnya
"Wah, jauh merantau" kata saya
"Cari rezeki cik". Jawabnya
"Oklah . terimakasih" . Saya nak pergi tengok Jeti.
"Sama-sama" , reply nya.
Saya menyusur bahu jalan kearah jeti. Banyak kereta bersimpang siur pada waktu malam.

Saya nampak beberapa penjaja kecil menjual di kaki lima kedai. Saya menghampiri warung menjaja kuih pau, ada dua orang, saorang lelaki  lingkungan umur 30 an dan saorang perempuan remaja lingkungan 15 tahun.
"Assalamualaikum" . Saya mengajukan salam.
"Mualaikumusalam". jawab Lelaki tu,
"Nak tanya. Mana arah Jeti." Saya tanya.
"Sana". ia tunjukkan
"Dah lama berniaga", saya tanya.
"Dah lama, lebih kurang 5 tahun. Meniaga parttime, waktu 5.00 petang sampai 12.00 malam, saya kerja dengan jabatan, kastam." Jawabnya,
"Encik ni, dari mana", Ia bertanya.
" Saya dari Seremban. bawa keluarga berjalan." . Jawab saya
"Saya asal Rembau", Dapat kerja sini." jawabnya
"Ini sapa?. saya tanya perempuan tu.
"Anak saya yang tua", jawabnya.
"Tingkatan berapa?. saya tanya budak tu.
"Darjah 5. " jawabnya
"AAA."   Saya terkejut, kerana hampir sama dengan tinggi saya.

Saya mengucap salam pada mereka, dan berlalu kearah kedai makan.

Sampai di kedai makan , saya tengok keluarga saya sedang menikmati makanan, saya duduk di bangku yang disediakan dan isteri saya tanya, "Pergi mana?.
"Round cari parking, dan  tanya arah jeti" Jawab saya.
"Banyak kawasan parking tertutup disebelah sana, dan bayaran 10 ringgit sehari' .jawab saya.
Kami makan.
Makanan sedap tapi pedas betul, berpeluh dahi kerana kepedasan walaupun berkipas,  saya fikir dah tak tahan pedas, isteri saya suka pedas pun tak tahan.  nak cover kepedasan, saya order nasi putih sepinggan dan masukan kedalam nasi yang dah pedas.

Satelah habis makan, saya panggil pelayan dan membayar harga makanan.

Sunday, February 06, 2011

Perjalanan ke Swiss garden Damai Laut

Pada Rabu  2/2/2011. Kami bertolak  ke Lumut pada pukul 8.30 pagi dari Seremban ke Swiss Garden Damai Laut..  Singgah Di R & R  Seremban makan Pagi. Satelah makan ,saya mengisi minyak penuh RM 45.00 Lebih kurang 23 Litter. Salepas Behrang saya berhenti untuk memasukkan duit ke akaun agent takaful. tapi tak boleh. kerana ATM kios RHB bank .

Sementara tu saya pasang GPS baru beli 2 minggu lepas murah made in Taiwan.. Kata Jurujual. Garmin problem kerana reciver combine dengan handset received. Garmin boleh digunakan GPS dalam handphone.. 

Saya gunakan PAPAGO. Receiver clear dan ada Speed trap  indicator (ikon kamera blink lampu merah). saya set current location to Swiss Garden Damai Laut. Sepanjang perjalanan berpandukan GPS. Set suara perempuan dalam bahasa melayu.  bagusnya ada skren tambahan jika melalui banyak simpang.Jika silap masuk jalan. GPS memberi petunjuk baru . Singgah di perhentiah Sg Buluh dan isi minyak lagi RM35.00 . Saya teruskan perjalan ke utara .

Sepanjang perjalanan. GPS memeri amaran ada Speed trap di hadapan, jadi saya slow kan kenderaan. Pada speedometer menunjukan 110 Km /h. tapi GPS menunjukan 91 KM/H. tak tahu mana satu betul. Singgah di tol Tapah berehat sekejap dan pindah duit insurance di petronas Tapah melalui pindahan ke akaun ke 3.

Saya teruskan perjalanan ke Toll Gopeng. saperti yang ditunjukkan dalam GPS  .Isteri saya kata ia pernah melalui jambatan panjang semasa perjalanan keutara dulu.. tapi sepanjang perjalalan ke Gopeng tak ada , mungkin Gopeng ke Ipoh. 

Melalui bandar Gopeng melintas ke bandar Batu Gajah teringat kepada makcik sebelah Arwah emak di kampung Pisang. cadang nak singgah tapi kedudukan rumah tak berapa ingat dan   lambat ke distinasi. so batalkan niat tu..

Sepanjang perjalanan pemandangan lebih kepada hutan dan ladang kelapa sawit.Singgah makan di bandar Sri Iskandar dan GPS reroute to new current location. kawasan perkampungan kurang  dari Sri Iskandar melalui setiawan hingga ke Manjung.

Jalan masuk dari Luar sejauh 7 Km melalui jalan Senangin memasuki kawasan hutan. Dari persimpangan Senagin ke Hotel melalui hutan, kebun dan ladang kelapa sawit dimana jalan yang berliku-liku. Sepanjang perjalanan dari Jalan Manjung boleh di katakan tiada kedai runcit atau kedai makan. Ada sebuah warung di persimpangan Manjumg dan Jalan Senangin, Isteri saya kata makanan sedap tapi tak banyak pilihan.  .

Kami selamat tiba di Swiss Garden Damai Laut pada Pukul 3.30 petang.  Saya menunjukkan surat tempahan  untuk  hotel dua bilik. Tapi dapat bilik selang 2 bilik antara satu dengan lain.  Saya minta bilik bersebelahan, tapi tak dapat.  Receptionist beri jaminan tapi sampai balik tak bertukar bilik.  Saya cadangkan lain kali minta apartment.

 Anak yang bongsu, Sahindah tak sabar nak mandi kolam, Jadi abangnya  dan isteri saya bawa. ke kolam.. Saya. bantai .tidur.. penat.

Tuesday, January 25, 2011

Budaya Tak kisah : Bas

Saya berpindah ke Seremban sejak tahun 2007. Saya menaiki bas Dari Seremban Ke Kuala Lumpur setiap hari kerana saya kerja kuala Lumpur . Setap pagi waktu kerja  bertolak dari rumah ke terimal I pada pukul 5.30 pagi ,Pada masa itu,syarikat A menyediakan   lima buah BAS dari Termina 1 ke  KLCC. dan perjalanan mengikut jadual yang ditetapkan   1 bas 6.15 pagi, 2 bas pada 6.25 pagi dan 2 bas pukul 6.30 pagi..

 Penumpang berebut menaiki bas pada pukul 6.15 pagi dan siapa yang tidak memiliki  pas bulanan kena turun menaiki bas lain kerana diutamakan yang ada pas bulanan.harga pas bulalan pada masa itu  RM 200.  Kemudian pas bulanan naik ke RM 220 dan akhir sekali RM 250. Harga tiket sekali lalu  pada masa tu  RM 6.50 naik ke RM 7.00 dan akhir sekali naik ke RM8.00.

Pada tahun 2009, Syarikat Bas Plus Liner menyediakan perhidmatan bas dari terminal 2 ke KLCC melalui jalan yang sama dengan syarikat SKS. Dari satu buah bas menjadi 3 buah bas iaitu 2 bas bertingkat dan satu bas biasa. Masa perjalanan lebih kurang sama iaitu pukul 6.15 pagi pukul 6.30 pagi pukul 6.45 pagi. Tambang yang dikenakan RM5.30 pergi dan RM10.00 pergi balik.


 Kos perbelanjan bulanan  satu bulan  pada bas Plus Liner ialah waktu bekerja 20 hari jadi 20 X RM10.00 menjadi RM200 dan Parking percuma.

Kos perbelanjaan Bas SKS ialah Pas bulan RM250 dicampur parking RM40.00(parking 2.00 sehari selama 20 hari) menjadi RM290.00.

Jadi dari hari kehari Penumpang bertukar haluan dari Syarikat Bas SKS ke Syarikat Bas Plus Liner walaupun pada mulanya operator syarikat bas B mempunyai masalah saperti derebar tak tahu jalan ,lambat sampai dan derebar tidak mahir keadaan jalan dan derebar tidak boleh membuat angaran masa perjalanan yang tepat untuk saampai ke destinasi pada masa yang ditetapkan. Kebanyakan penumpang ini kerja kerajaan dan swasta dimana mereka terikat dengan peraturan pejabat tidak boleh lambat.

Akhir Akhir ini kapasiti penumpang syarikat bas SKS menjadi separuh dan kadang kadang terpaksa berkongsi perjalanan; Jika Syarikat bas SKS menurunkan tambang ia masih untung lagi. tapi operator syarikat bas tidak kisah apa yang berlaku

Jika Operator Syarikat SKS berindak cepat mungkin meraka dapat mengurangkan penghijrahaan kesyarikat B kerana saya perasaan penghijrahan penumpang secara perlahan purata dalam sebulan 2 penumpang kerana mereka belum yakin lagi kelancaraan operator syarikat bas SKS



 contoh pengiraan


Syarikat Bas SKS
Pas Bulanan
Tambang dahulu
40 penumpang X RM250.00MYR 10,000.00
      20 Penumpang xRM250.00=MYR 5,000.00
Jika diturun kan tambang ke RM200
dapat 30 penumpang XRM200.00=MYR 6,000.00
dapat 35 penumpang XRM200.00=MYR 7,000.00
dapat 40 penumpang XRM200.00=MYR 8,000.00


Budaya tak kisah dikalangan operator bas dan kakitangan syarikat Bas  menyebabkan ia rugi .

Dengan tambang masih lagi kekal syarikat bas SKS membawa separuh penumpang dengan hasil  RM5,000 dari satu Bas. Jika ini berterusan merka kemungkinan akan mengurangkan perjalanan dari 5 bas ke 2 atau satu bas sahaja dan syarikat bas SKS mungkin menambahkan bilangan bas.

Pertukaran waktu terawal  pada 6.15 pagi kepada 6.25 pagi menyusahkan penumpang yang masuk pada pukul 8.00 pagi kerana tak sempat sampai kedistinasi.

Sikap kakitangan SKS KL mementingkan kehendak pihak pengurusan dari kepentingan pelanggan menyebabkan ia rugi dan menjadi sukar untuk mendapatkan balik kesetiaan pelanggan pada masa yang akan datang. 




.


.

Budaya Tak Kisah:broadband

Saya pergi mendaftar dengan syarikat pembekal servis  internet di Malaysia dengan menjajikan pelayaran internet yang lancar dan laju. Satelah mengisi borang dan mendaftar. Penjual memberi peralatan pelayaran internet iaitu Modem dan lain- lain alat tambahan. Penjual berjanji akan mengaktifkan  internet pada hari berikutnya. Pada malam esok saya mencuba mengaseskan internet tapi tidak berjaya. saya cuba berhubung dengan talian bantuan("hoteline:).. satelah dering beberapa kali, talian itu dusambungkan kepada suara machine. suara komputer dengan mengucapkan perkataan yang lembut menerangkan produk baru.. satelah habis menerangkan produk baru ia.mengarahkan menekan butang yang dikehendaki. Satu persatu suara dari komputer menerangkan butang apa yang perlu ditekan untuk servis yang dikehendaki.. Saya mahu bercakap dengan operator dan menekan butang yang di kehendaki. satelah 3 kali deringan suara komputer memberi tahu talian sibuk dan mencadangkan buat pilihan lain samaada tunggu. Saya menunggu lebih dari 15 minit. tapi tak ada jawapan dari operator. frust. tension.  Satelah beberapa kali call dan mengambil masa hampir 1 jam baru dapat juga bercakap dengan operator. Saya tanya operator kenapa lambat jawab, alasanya tak cukup kakitangan. Tak cukup  kakitangan  masalah syarikat bukan masalah pelanggan kenapa menyusahkan kakitangan , jika tak cukup kakitangan kenapa tak tambah kakitangan, Syarikat telco yang mengaku pelayaran internet terpantas. Bahagian jabatan dan sumber manusia mengkaji keperluan syarikat dan mendapat pandangan orang bawah keperluan kakitangan.

Negara lain dah maju kedepan dalam industri broadband, malaysia masih lagi jauh kebelakang dengan mengwarwarkan bahawa broadband terpantas.


Layar internet terlalu lama untuk mendapakan muka penuh laman yang dilayari. Jika kita makan masa tu . mula makan dan klik butang. laman penuh masih belum dipaparkar walaupun kita dah habis makanan.. broadband, buruk band atau teruk band.

Sifat tak kisah membuat pemberi servis dan tidak membuat apa perubahan untuk memperbaiki mutu perhidkmatan. dan mutu perkidmatan masih ditakuk lama.