A. Ambil kesempatan
Dalam keluarga ipar ,mertua,menantu, ada yang ambil kesempatan.walaupun macam mana buat baik pun ia tidak menghargai malahan ia akan pergunakan sebab ia anggap orang luar. Perangai malas timbul bila ada yang ringan tulang yang sanggup buat. Elok lah dah ada orang buat dan mereka buat tak tahu malahan tidak menolongnya.
Begitu juga dgn adik beradik,ibu bapa,saudara mara mengambil kesempatan diatas kelemahan dan bersikap tolak ansur.Jika tidak buat baik atau tidak ikut kehendaknya ia akan memusuhi dengan umpat,fitnah dan membuat andaian melalut. Ini lah perasit dalam keluarganya. Selalunya perasit ini menjadi dominan dan berani dan muka tak malu mengatakan ia betul walaupun ia salah dengan perasan dengki. irihati dendam dah sebati dalam dirinya. Jika tegur dan nasihat pun tak guna,malahan dispin dan difinah dikatakan jahat.
Bahayanya bila mereka ini dominan atau cakapnya diikuti dan percaya maka ia akan mempengaruhi orang lain dgn membuat fitnah,mengadu domba,menghasut orang lain membenci orang yang ia tak suka.
Cara mengatasinya lawan balik,terangkan perkara sebenar kepada semua secepat mungkin supaya tidak lagi teruk yang tak berkesudahanwalupun yangvsalah itu peringkat ibubapa atau mertua Jika diam dengan alasan untuk menjaga silaturahim adalah salah dan ia akan bermaharaja lela. Bukan alasan menderhaka pada ibu bapa atau mertua menasihat jika ia buat salah. Bolih juga dikatakan menderhaka pada ibu bapa atau mertua jika membiarkan ia buat salah atau mungkar.
Surah al asr memberi peringatan demi masa menyuruh memberi tahu secepat mungkin supaya tak berlarutan. Bila dah beritahu terserah pada yang lain samaada percaya atau tidak. Lagi bagus masukkan dalam whatapps gtoup keluarga.
Selalunya dgn orang luar cukup baik dan berakhlak, pijak semut pun tak mati, tapi bila dgn adik beradik,ipar pijak gajah pun penyek.
Ibubapa kena peka dan perhatian anak anaknya dari mula. Bolih kenal siapa yang mungkin jadi perangai perasit.
1. Nampak menunjukan baik dengan memburukan adik beradik
2. Terasa irihati bila adik beradiknya dipuji didepannya
3. Suka dan sokong dgn mereka reka cerita mengarut untuk memburukan adik beradiknya.
4. Bila dengar cerita keburukan adik beradiknya. Buat pengesahan samaada cerita itu betul melalui adik beradik lain atau bersemuka dgn orang yang buat cerita dan orang yang jadi mangsa.
5. Ibu bapa kena pandai menilai perangai anak anaknya.
6. Bolih pujian keatas anak anak yang berjaya membuat sesuatu yang baik.tapi kena adil tidak memilih atau berat sebelah.
7. Buat hukuman dan peraturan sama semua adik beradik kecuali kes terpencil.
Contoh bila ikut pergi mall. Hanya satu barang makanan je, larang jika ada yang ambil lebih atau ambil mainan walaupun adik yang bongsu buat.
8. Buat test senario kes ia dituduh dan selidik . Contoh adik beradik tuduh ia mencuri. Sepahkan duit dan tengok, jika ia ambil jangan terus bertindak tapi tunggu 1 atau 2 hari. Mungkin ambil duit untuk ia simpan.
Ibubapa menganggap dan berharap anaknya akan belanya menjaganya dan beri duit padanya bila anak dan dewasa. Bila anak dah kerja maka ibubapa memaksa anak beri duit walaupun jatuh wajib dikalangan anak lelaki sebab ibubapa ada sifat menindas pada anaknya. Sepatutnya ibu bapa meminta duit pada anak dan berharap keberkataan hidup anaknya serta berdoa anaknya perkataan yang baik spt berjaya dalam hidup.
Beruntung jika ada ahli keluarga yang dominan,dan pandai mempengaruhi adik beradik dan kekuarga yang baik hati dan cepat sedar perangai ahli keluarga adik beradik,ibu bapa dan bertindak cepat spt teguran,nasihat dan tindakan kearah kebaikan supaya tidak menjadi bertambah teruk.
B. Adik beradik buat perangai
Jika ada seorang adik beradik buat perangai tidak mahu kerjasama,maka menambahkan masalah dalam keluarga samaada tamak harta dengki atau tidak puas hati. Masalah berlarutan hingga timbul permusuhan adik beradik dan memutuskan silaturahim berlarutan hingga ke anak cucu.Padanya jika aku tak dapat,semua tak dapat. Adik beradik akan bercakap selagi ia hidup masalah ini tak kan selesai seolah olah ia lain suka jika orang yang buat perangai meniggal dunia.
Malahan tidak merasa malu pada masyarakat bila masyarakat sekeliling dapat tahu. Orang sekeliling akan tanya apa jadi pada harta pusaka arwah.
Contoh pemberian harta pusaka. Pembahagian tanah Semuanya dah dapat dulu sebelum ibu bapa meninggal. Bahagiannya dah jual. Maka ia tuntut juga bahagian adik beradik lain untuk beri padanya.Sanggup turun naik mahkamah walaupun ia dah setuju semasa pembahagian harta dibuat dipejabat tanah.
Bertambah susah bila nama dalam grant masih nama ibu bapa dan anak anak tidak sepakat menukar pada satu nama untuk urusan penjualan harta. Urusan tukar nama dipejabat tanah tidak selesai selagi tiada yang sepakat atau tidak hadir diwaktu membuat persetujuan.
Maka susahlah nak bahagikan. Maka terpaksa ikut faraid. Persoalannya satu tanah rumah terpaksa dibahagikan dengan semua adik beradik.
Jika harga pasaran rumah 600k maka ikut 4 adik beradik 2 lelaki 2 perempuan. Maka
Pembahagian (2×2+1+1) = 6
Iaitu setiap adik lelaki dapat 2/6 =1/3 dan perempuan dapat 1/6
Maka pembahagian ikut harga rumah rm600k
2 Lelaki 600k/3 =setiap orang 200k dan 200k
2 perempuan setiap orang 100k dan 100k
Mahu ke seorang adik lelaki membeli dgn harga 600k-200k iaitu rm400k
Atau adik perempuan membeli harga 600k-100k iaitu rm500k.
Cara senang ialah jual pada orang lain dan harta tanah pusaka dapat pada orang luar,atau bangsa asing sebab lebih untung,baru puas hati dan padan muka. Maka tidak mustahil tanah pusaka tergadai ke bangsa asing.
Realitinya bukan tunjuk baik. Perangai bangsa melayu yang dengki sesama sendiri sama ada beradik. Sanggup jual tanah waris ibu bapa pada bangsa lain.salah satu sebab tanah pusaka jatuh ke bangsa cina.Lepas tu mereka salahkan bangsa cina. Macam cerita lagu bangau oh bangau.
1. Sebab harga tinggi. Kata perjuangkan melayu. Jika perjuangkan melayu jual je pada harga rendah pada orang melayu demi melayu.Anggaplah amal jariah.
Selalunya yang bising dgn cogan kata hidup melayu yang menjadi juara mengadai tanah pusaka pada bukan melayu.Harta pusaka dapat pun free dari ibubapa.
2. Perangai dengki adik beradik. Berpegang "jika aku tak dapat semua tak dapat".
Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? (47:29)
Dan kalau Kami kehendaki, Niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya melalui pecakapan,tulisan dan berbuatan) . Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu (47 :30)