Monday, July 06, 2026

Budaya buli

 Bukan di sekolah sahaja, sebenarnya buli di tempat kerja ni pun wujud. Walau tak ada lebam di badan, tapi emosi terluka. Disabotaj, direndahkan, dimalukan.

Pembulian Di tempat kerja 

1. Staff yang pandai cakap,dominan, ada pengaruh dalam kumpulan membuli staff yang ia tak suka dgn memfitnah,Mereka cerita keburukan,kelemahan staff yang ia tak suka sebab staff itu nampak ada kredibiliti lebih darinya supaya staff ni tak dapat naik pangkat.

2. Bos buli staff dgn kata kutukan dan sekat kenaikan pangkat  jika staff  itu nampak lebih cemerlang darinya. Ia pergunakan kepandaian staff untuk kepentingan dirinya. Hasil kerja staffnya yang cemerlang di katakan kepunyaan nya. Jika hasilkerjanya teruk dia kata staffnya buat.

3. Orang mendengar termasuk bos terima bulat bulat tanpa tabayun.

4. Isteri orang sesama sendiri membuli janda dan anak dara tua dgn mereka reka cerita karut dan fitnah dan memulaukan janda. 

a. Jika janda atau anak dara tua pergi makan bersama sama dgn  lelaki termasuk suami orang mengatakan nak mengoda

b. Jika janda atau  anak dara tua pergi makan bersamanya dikata nak bermadu

c. Jika ada aktiviti keraian isteri isteri pergi dengan kumpulan dalam kereta yg sama dan fobia jika janda atau anak dara tua ikut

d, pergi makan luar mereka tak bawa janda atau anak dara tua.

e. Lagi teruk mereka tak kongsi sudu,garpu dan makanan satu pinggan dgn janda dan anak dara tua takut bermadu atau bermimpi nya.

No comments: