Thursday, October 17, 2024

Ruu mufti wilayah

 Ruu mufti 

Nabi saw bersabda umat islam berpecah 73 golongan.satu sahaja masuk syurga.

Maksudnya: “Dan demi jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Satu kumpulan sahaja yang akan ke syurga dan 72 kumpulan lagi akan dimasukkan ke dalam neraka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: al-Jamaah.” [Riwayat Ibn Majah (3992)]


 Masalahnya bila ulama ,pakar ugama menjuzuk juzuk dan membahagikan ajaran dalam aliran tertentu. Bila dah taksub sesuatu aliran dgn sendiri menolak ajaran selainnya tanpa dalil dan hujah dan dgn sendirinya melabelkan aliran selainya sesat.

Mereka maksud al jamaah adalah ahli sunah waljamaah. Lagi bahaya mereka membuat akta hanya asyairah maturidiah sebagai ahli sunah waljamaah.

Tujuan ruu ini diadakan mengarahkan pemikiran,cara dan peraturan dalam satu aliran mengelakan berbagai pandangan, aliran pemikiran dan peraturan ibadah. Cara ini tidak menerima pandangan  selain dari alirannya dan menganggap selain dari nya sebagai bukan ahli sunah alwajamaah dan secara tak langsung masuk neraka.

Cara ini menyempitkan pemikiran umat islam dan tidak ada ruang membuat hujah dan dalil. Apa yang ada dalam ajaran asyairah maturidiah kena ikut tanpa banyak soal dan hasilnya menjumudkan pemikiran islam dan melayu. Sedangkan ulama bukan maksum dan sepatutnya meraikan berbagai pendapat.

Hasil tafsiran Alquran berbagai mengikut kaedah tafsiran. Hasil tafsiran dalam fahaman asyairah maturidiah mungkin terhad sebab cara pemikiran zaman 200 hijrah tidak sama cara pemikiraan sekarang. 

Maknanya sesiapa dimalaysia tidak mengamalkan atau tidak aliran pemahaman asyairah maturidiah di labelkan sesat , maka apa tindakan majlis ugama. Adakah menangkap mereka 

Maka secara tak langsung ruu mufti ini mengiktirafkan selain ajaran dari asyairah maturidiah sebagai masuk neraka. Secara tak langsung Mufti yang tentukan golongannya yang masuk syurga bukan allah.

Dengan sendiri orang islam di luar negara dianggap masuk neraka.

 Maka terjadi lah senario membuat keputusan iaitu sumber rujukan utama asyairah maturidiah dan sumber rujukan sekunder adalah hadis nabi dan alquran.


Ada berlaku senario 

1. Ada dalam asyairah maturidiah dan tidak ada dalam hadis dan alquran,maka bolih digunapakai atau sah

2. Ada dalam asyairah maturidiah dan ada dalam hadis dan alquran. Maka bolih diguna pakai atau sah

3. Tidak ada dalam asyairah maturidiah dan ada dalam hadis nabi saw dan alquran, maka tidak ada bolih diguna pakai atau tak sah

4. Tidak ada dalam asyairah maturidiah dan  tidak ada dalam hadis nabi dan alquran maka tidak diguna pakai atau tak sah. 

5.Ada dalam asyairah maturidiah tapi bertentangan dgn alquran dan hadis nabi saw diterima pakai dan sah.

6. Ada dalam alquran dan sunah nabi saw bertentangan dengan asyairah dan maturidiah maka tidak digunapakai atau tak sah.

7. Percanggahan ajaran  antara semasa sendiri  dalam asyairah disenyapkan,tidak diwar warkan dan tidak dibahaskan dikalayak ramai.

8. Mana satu ajaran, amalan perlu diguna, jika sesuatu perkara bertentangan antara asyiarah dgn maturidiah.

Bahayanya senario 1 ,3  ,5 dan 6.

Mereka mengenepikan hadis nabi saw 

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).”

(Hadis Riwayat Imam Malik)

Ayat dibawah menempelak 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Al-Hujuraat 49:1) 

Begitu juga alhujurat ayat 7

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


(An-Nisaa' 4:59)

Sekarang ni siapa yang beriman iaitu  nak kembali pada alquran dan sunah. 

Dengan menyempitkan aliran asyairah maturidiah maka pendidikan segala sekolah mengunakan hanya satu aliran sahaja tanpa memberi ruang berbagai aliran dan berhujah. Risikonya jenerasi akan datang terlahirnya pemimpin berkuasa yang taksub dgn asyairah maturidiah membuat undang undang yang zalim dimana memenjarakan dan membunuh orang yang menentang asyairah maturudiah walaupun kemukakan hujah logik dalil alquran dan sunah nabi saw.

Ini pernah berlaku kalifah memenjarakan ulama yang tak sependapat dalam isu alquran samaada makhluk atau kalam.

 .Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau jahil atau memperbodohkan diri. Aaamiiin 


Monday, September 02, 2024

Perbalahan antara melayu

 Melayu berbalah sesama sendiri dapat apa?

Mentaliti melayu sekarang dari bawah hingga peringkat tinggi ulama ,ahli politik berbalah sesama sendiri isu politik,

Isu kilaf,ibadat,tauhid,mazhab tanpa kesudahan.sibuk tuduh sesat menyesatkan sesama sendiri,kafir mengkafir sesama sendiri.rakyat akan berfikir apakah jenis manusia ni.

Rakyat Malaysia dan pemimpinnya terutama melayu sibuk bergaduh selepas pilihan raya berlarutan hingga pilihanraya berikutnya. Tak ada masa untuk memajukan diri,memajukan negara.

Sebahagian orang gemar berdebat dan bertelagah dalam pelbagai isu misalnya isu agama, fahaman mazhab, politik, perubatan dan sebagainya. Jika diteliti, kata-kata mereka ibarat tin kosong tiada isi yang berfaedah. Mereka tidak meletakkan kebaikan sebagai matlamat tetapi suka menimbulkan perbalahan dalam masyarakat. Akhirnya tindakan mereka ini tidak membawa manfaat, malah sekadar menambah kekusutan tanpa nilai positif yang sebenar. 

Mereka tak memfokus kearah menyelesaikan masalah.

IQ rendah memfokuskan masalah, bila tanya apa cara penyelesaikan, apa tindakan. Jawapannya bukan kerja nya.

IQ tinggi memfokuskan cara penyelesaikan, beri idea cara penyelesaikan,buat tindakan dan pemantauan. 

Melayu juga  sibuk berbalah sesama sendiri hingga ke jiran,rakan sekerja, dalam keluarga,saudara mara ,adik beradik,rakan sekolah,rakan universiti, maktab sehingga sanggup berbunuhan isu perebutan pengaruh,kuasa,jawatan, harta, harta tanah  pusaka, pasangan, rebut lelaki, rebut perempuan ,mempertahankan ego,dan lain lain tanpa kesudahan dari dulu hingga sekarang. 

Berbagai cara digunakan dan sanggup sia sia emosi fikiran,masa,wang dan tenaga. 

Sia siakan emosi  fikiran, masa,wang ,tenaga untuk mendapatkan kehendaknya  dan pihak lawannya sia siakan fikiran,masa, wang dan tenaga untuk menghalangnya. 

Dan pihak yang ingin berdamai sibuk sia sia siakan emosi masa,fikiran ,wang,tenaga untuk mendamaikan.

Orang yang tahu sibuk sia siakan emosi fikiran ,masa,tenaga, dan wang untuk berbincang sesama sendiri,beri komen dan mewar warkan pada orang lain.

Perbalahan berlaku sebab

1. Orang bodoh mempertahankan kebodohannya malahan bangga dgn  sikap bodoh sombongnya

2. Orang keliru mempertahankan kekeliruannya

3. Orang taksup mempertahankan ketakasupannya

4. Orang jahat mempertahankan kejahatannya

4. Tidak terima pendapat orang lain walaupun hujah dgn fakta ,kebenaran,hadis dan alquran,ijmak ulama.

5. Dengki dan tak puas hati.

6. Tamak dan Mendapatkan kehendaknya.

7.Orang menipu mempertahankan penipuannya

8. Yang ego pertahankan keegoannya.batu api mengapi apikan perbalahan tanpa membuat perdamaian.

9. Cakap merapu tanpa hujah yang logik,bukan fakta,berita tidak sahih,cerita karut,melalut, andaian dijadikan hujah. Spin isu. Cakapnya berlegar pada masalah dan menyalahkan orang lain tanpa buat cadangan atau tindakan untuk menyelesaikan masalah.

10. Pengikut mempertahankan bosnya.ahli kumpulan mempertahankan kumpulannya. Ikut majoriti walaupun ternyata salah.ujud berpuak puak dalam kumpulan dan tanamkan permusuhan dalam kumpulan.penyingkiran dalam kumpulan.

11.  Dah pasti ia salah masih pertahankan kesalahannya.

12. Mempengaruhi orang lain percaya padanya dan memaksa orang lain ikut kehendaknya walaupun ternyata salah dan mengarut.Mengapi apikan permusuhan

13. 0rang benar mempertahankan kebenarannya.

Perbalahan akan reda jika setuju dan mengikut kemahuannya.

 Malahan lagi teruk jika kemahuan pihak salah kearah kerosakan dan kebinasaan iaitu kriteria no 1 hingga 12 dominan dan kalahkan kriteria no 13.

Bangsa lain dan PATI ambil peluang memajukan diri dan nengkayakan dirinya, pati hantar duit hasil malaysia ke negara nya.

Cina sibuk berniaga hingga bertapak di malaysia spt speedmart, 7 eleven,kk mart,familystore eon, lotus,lazada,shoopee,alpro farmasi, big farmasi, restoran mamak.

Pekerjaan sendiri pun dah dibolot PATI spt ambil upah potong rumput,carwash,kontraktor,jaga, meniaga tepi jalan.

Melayu jadi peragurut,pencuri,samun, berbunuhan semasa sendiri,buli sesama melayu,scamner,kena scam,

Ya Allah! Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil. Pencipta langit dan bumi, Zat Yang mengetahui perkara ghaib dan nampak. Engkaulah yang menetapkan keputusan apa yang diperselisihkan di antara hamba-hamba-Mu. Tunjukkanlah aku kepada kebenaran yang diperselisihkan (manusia) dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus."  

Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau jahil atau memperbodohkan diri. Aaamiiin 



Friday, August 30, 2024

Idea kalah hujah

Idea orang kalah hujah

   Orang matang hujah dijawab hujah, bila dah taksub dan kebencian melampau serta kalah hujah dijawab dgn kutuk,mengeji, mencarut, melalut,lakaran kartun. Teringat perangai tak matang semasa budak budak, bila kalah hujah dijawab mengeji,mencarut,mengutuk memfitnah,menuduh dan akhirnya bergaduh dgn ajak gengnya yang tak matang join bergaduh. Rupanya perangai tak matang terbawa ke dewasa dan diikuti sokongan geng tak matang.puak ini bangga idea tak matangnya disokong dan tak senang hati bila idea tak matangnya dibangkang.Mereka hanya tahu cipta masalah tapi tak buat penyelesaian masalah.

Mereka mengadili sesuatu isu berdasarkan tanggap dan pemikiran yang dismpan dalam otak mereka yang terkeluar melalui emosi, dengki ,tak puashati dan mengenepikan logik akal dan hujah.Segala isu yang sesuai dgn pemikiran mereka dianggap benar walaupun tak logik,melalut,mengarut,fitnah dan bukan fakta.Maka terkeluarlah jawapan melalut,mengarut,emosi marah,kutukan,penghinaan.

Mereka gembira jika ada orang meyokongnya walaupun melalut,merapu dan bila ada membangkangnya walaupun betul disediakan fakta dan logik akal menjadi marah dan tenggelam dalam kebodohannya menjadi bebal,bengap dengan mengeluarkan perkataan lebih merapu dan melalut. 

Lagi bahaya jika mereka dominan,dihormati atau ada kuasa mempengaruhi orang dalam kumpulannya. Ahli kumpulan terpaksa jadi bodoh untuk menjaga hati dan perasaannya samaada diam atau menyokongnya. Ahli kumpulan inilah penghianat kumpulan walaupun nampak macam setia sebab membiarkan mereka dalam kejahilan.

Jika ada pendirian kebenaran dalam hatinya membangkang idea bodohnya maka kena pulau atau disingkirkan dari kumpulannya.Mereka dianggap penghianat atau pengacau.

Orang tak matang tak perlu dilayan, sebab ia akan bertambah dunggu dan menjadi bertambah bebal malahan akalnya menjadi kurang.Jangan berdebat dengan orang bodoh, dia akan mengheret anda dalam tahap kebodohannya.Ia bangga sebagai orang dunggu dan tak bolih halang kedunguannya. Niatnya hanya nak menang dalam perbalahan.Cara hadapinya dengan diam tanpa respon.Bila kalah hujah mereka melabelkan ,memfitnah,mereka kata dusta pada orang lawan hujahnya.Jiwa mereka tak tenteram jika tak respon sebab IQ zero emosi 100%. Mereka rela jadi pencacai tanpa upah sebab percaya pada fitnah,tak tabayun, percaya kata pemimpinnya walaupun bodoh,melalut,andaian tanpa fakta. Musuh mereka adalah fakta,bukti dan logik akal.

Lagi peliknya mereka ni lulusan melebihi spm, degree,master dan phd malahan jawatan tinggi dalam kerjaya spt guru,professor, eksekutif atau pengarah. 

Orang IQ rendah sibuk berbincang berlegar pasal masalah sebab masalah dan menyalahkan orang . Orang IQ tinggi akan sibuk menyelesaikan masalah atau sekurang kurangnya memberi idea cara menyelesaikan masalah. Selidik sendiri Setakat mana IQ anda.

Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau diperbodohkan atau memperbodohkan diri. 

Aaamiiin 

Friday, August 02, 2024

Skill perniagaan kalangan kanak kanak

 Skill perniagaan perlu ditanam sejak kecil,bukan dihalang. Spt untung dgn beli harga murah ,jual harga tinggi, pengurusan stok,pengurusan wang keluar,masuk,buat kajian kehendak penguna.

 Pilihan barangan popular,pilihan dan tetapkan harga. Tindakan jika barang dipilih kurang laku,mengkaji pasaran, strategy harga.

komunikasi, cara negotiation,memujuk,bercakap dgn baik. Memasarkan melalui media social.

Friday, July 19, 2024

Pintu Rezeki

 Di z͟a͟m͟a͟n͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ A͟S͟, a͟d͟a͟ s͟e͟p͟a͟s͟a͟n͟g͟ s͟u͟a͟m͟i͟ i͟s͟t͟er͟i͟ y͟a͟n͟g͟ h͟i͟d͟u͟p͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ p͟e͟n͟u͟h͟ k͟e͟m͟i͟s͟k͟i͟n͟a͟n͟ n͟a͟m͟u͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟g͟h͟a͟d͟a͟p͟i͟n͟y͟a͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ p͟e͟n͟u͟h͟ k͟e͟s͟a͟b͟a͟r͟a͟n͟.


S͟u͟a͟t͟u͟ k͟e͟t͟i͟k͟a͟, t͟a͟t͟k͟a͟l͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ b͟e͟r͟i͟s͟t͟i͟r͟a͟h͟a͟t͟, s͟a͟n͟g͟ i͟s͟t͟r͟i͟ b͟e͟r͟t͟a͟n͟y͟a͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ s͟u͟a͟m͟i͟n͟y͟a͟:

_"W͟a͟h͟a͟i͟ s͟u͟a͟m͟i͟k͟u͟, b͟u͟k͟a͟n͟k͟a͟h͟ M͟u͟s͟a͟ a͟d͟a͟l͟a͟h͟ s͟e͟o͟r͟a͟n͟g͟ N͟a͟b͟i͟ y͟a͟n͟g͟ b͟i͟s͟a͟ b͟e͟r͟b͟i͟c͟a͟r͟a͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ T͟u͟h͟a͟n͟n͟y͟a͟ (A͟l͟l͟a͟h͟)..?"


L͟a͟l͟u͟ s͟a͟n͟g͟ s͟u͟a͟m͟i͟ m͟e͟n͟j͟a͟w͟a͟b͟ : 

_"Y͟a͟, b͟e͟n͟a͟r͟."_


S͟a͟n͟g͟ i͟s͟t͟r͟i͟ b͟e͟r͟k͟a͟t͟a͟ l͟a͟g͟i͟:

"K͟e͟n͟a͟p͟a͟ k͟i͟t͟a͟ t͟i͟d͟a͟k͟ p͟e͟r͟g͟i͟ s͟a͟j͟a͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟-n͟y͟a͟ u͟n͟t͟u͟k͟ m͟e͟n͟g͟a͟d͟u͟k͟a͟n͟ k͟eadaan k͟i͟t͟a͟ y͟a͟n͟g͟ p͟e͟n͟u͟h͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ k͟e͟m͟i͟s͟k͟i͟n͟a͟n͟ d͟a͟n͟ m͟e͟m͟i͟n͟t͟a͟n͟y͟a͟ a͟g͟a͟r͟ i͟a͟ b͟e͟r͟b͟i͟c͟a͟r͟a͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ R͟a͟b͟b͟-n͟y͟a͟, a͟g͟a͟r͟ D͟i͟a͟ m͟e͟n͟g͟a͟n͟u͟g͟e͟r͟a͟h͟k͟a͟n͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ k͟i͟t͟a͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ ?"


A͟k͟h͟i͟r͟n͟y͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟g͟a͟d͟u͟k͟a͟n͟ k͟e͟m͟i͟s͟k͟i͟n͟a͟n͟n͟y͟a͟ i͟t͟u͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ A͟S͟.


L͟a͟l͟u͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ b͟e͟r͟m͟u͟n͟a͟j͟a͟t͟ m͟e͟n͟g͟h͟a͟d͟a͟p͟ A͟l͟l͟a͟h͟ S͟W͟T͟ d͟a͟n͟ m͟e͟n͟y͟a͟m͟p͟a͟i͟k͟a͟n͟ k͟e͟a͟d͟a͟a͟n͟ k͟e͟l͟u͟a͟r͟g͟a͟ t͟e͟r͟s͟e͟b͟u͟t͟.


A͟l͟l͟a͟h͟ S͟W͟T͟ p͟u͟n͟ b͟e͟r͟f͟i͟r͟m͟a͟n͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ M͟u͟s͟a͟:

_"W͟a͟h͟a͟i͟ M͟u͟s͟a͟, k͟a͟t͟a͟k͟a͟n͟l͟a͟h͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟, a͟k͟u͟ a͟k͟a͟n͟ m͟e͟m͟b͟e͟r͟i͟k͟a͟n͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟, t͟e͟t͟a͟p͟i͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ i͟t͟u͟ a͟k͟u͟ b͟e͟r͟i͟k͟a͟n͟ h͟a͟n͟y͟a͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟, d͟a͟n͟ s͟e͟t͟e͟l͟a͟h͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟, a͟k͟a͟n͟ a͟k͟u͟ k͟e͟m͟b͟a͟l͟i͟k͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ m͟i͟s͟k͟i͟n͟ semula."


L͟a͟l͟u͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ m͟e͟n͟y͟a͟m͟p͟a͟i͟k͟a͟n͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ b͟a͟h͟w͟a͟s͟a͟n͟y͟a͟ A͟l͟l͟a͟h͟ t͟e͟l͟a͟h͟ M͟e͟n͟g͟a͟b͟u͟l͟k͟a͟n͟ p͟e͟r͟m͟o͟h͟o͟n͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟, d͟e͟n͟g͟a͟n͟ s͟y͟a͟r͟a͟t͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ i͟t͟u͟ h͟a͟n͟y͟a͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟ l͟a͟m͟a͟n͟y͟a͟. 


M͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟e͟r͟i͟m͟a͟ k͟a͟b͟a͟r͟ t͟e͟r͟s͟e͟b͟u͟t͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ p͟e͟n͟u͟h͟ k͟e͟b͟a͟h͟a͟g͟i͟a͟a͟n͟ d͟a͟n͟ k͟e͟g͟e͟m͟b͟i͟r͟a͟a͟n͟.


B͟e͟b͟e͟r͟a͟p͟a͟ h͟a͟r͟i͟ k͟e͟m͟u͟d͟i͟a͟n͟ d͟a͟t͟a͟n͟g͟l͟a͟h͟ r͟i͟z͟q͟i͟ y͟a͟n͟g͟ m͟e͟l͟i͟m͟p͟a͟h͟ ruah d͟a͟r͟i͟ j͟a͟l͟a͟n͟ y͟a͟n͟g͟ t͟a͟k͟ d͟i͟k͟e͟t͟a͟h͟u͟i͟ d͟a͟r͟i͟ m͟a͟n͟a͟ datangnyaa.*

D͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟p͟u͟n͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ t͟e͟r͟k͟a͟y͟a͟ p͟a͟d͟a͟ ketika i͟t͟u͟.


K͟e͟a͟d͟a͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ p͟u͟n͟ b͟e͟r͟u͟b͟a͟h͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ y͟a͟n͟g͟ b͟e͟r͟l͟i͟m͟p͟a͟h͟. 


L͟a͟l͟u͟ s͟a͟n͟g͟ i͟s͟t͟r͟i͟ b͟e͟r͟k͟a͟t͟a͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ s͟u͟a͟m͟i͟n͟y͟a͟: 

"W͟a͟h͟a͟i͟ s͟u͟a͟m͟i͟k͟u͟, s͟e͟l͟a͟m͟a͟ s͟e͟t͟a͟h͟u͟n͟ i͟n͟i͟ k͟i͟t͟a͟ a͟k͟a͟n͟ m͟e͟m͟b͟e͟r͟i͟ m͟a͟k͟a͟n͟ o͟r͟a͟n͟g͟-o͟r͟a͟n͟g͟ m͟i͟s͟k͟i͟n͟ d͟a͟n͟ m͟e͟n͟y͟a͟n͟t͟u͟n͟i͟ a͟n͟a͟k͟-a͟n͟a͟k͟ y͟a͟t͟i͟m͟ sementara k͟i͟t͟a͟ m͟a͟s͟i͟h͟ p͟u͟n͟y͟a͟ k͟e͟s͟e͟m͟p͟a͟t͟a͟n͟, k͟a͟r͟e͟n͟a͟ s͟e͟t͟e͟l͟a͟h͟ s͟e͟t͟a͟h͟u͟n͟ k͟i͟t͟a͟ a͟k͟a͟n͟ k͟e͟m͟b͟a͟l͟i͟ m͟i͟s͟k͟i͟n͟."


S͟a͟n͟g͟ s͟u͟a͟m͟i͟ m͟e͟n͟j͟a͟w͟a͟b͟:"B͟a͟i͟k͟l͟a͟h͟, k͟i͟t͟a͟ a͟k͟a͟n͟ m͟e͟n͟g͟g͟u͟n͟a͟k͟a͟n͟ h͟a͟r͟t͟a͟ i͟n͟i͟ u͟n͟t͟u͟k͟ m͟e͟m͟b͟a͟n͟t͟u͟ o͟r͟a͟n͟g͟-o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ m͟e͟m͟erluk͟a͟n͟n͟y͟a͟."


K͟e͟m͟u͟d͟i͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟m͟b͟a͟n͟t͟u͟ o͟r͟a͟n͟g͟-o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ m͟e͟m͟erluk͟a͟n͟, d͟a͟n͟ m͟e͟m͟b͟a͟n͟g͟u͟n͟ t͟e͟m͟p͟a͟t͟-t͟e͟m͟p͟a͟t͟ s͟i͟n͟g͟g͟a͟h͟ p͟a͟r͟a͟ M͟u͟s͟a͟f͟i͟r͟, s͟e͟r͟t͟a͟ m͟e͟n͟y͟e͟d͟i͟a͟k͟a͟n͟ m͟a͟k͟a͟n͟ istimewa b͟a͟g͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ m͟e͟m͟erluk͟a͟n͟.


S͟e͟t͟e͟l͟a͟h͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟ b͟e͟r͟l͟a͟l͟u͟, m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟a͟s͟i͟h͟ t͟e͟t͟a͟p͟ s͟i͟b͟u͟k͟ m͟e͟n͟y͟e͟d͟i͟a͟k͟a͟n͟ m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ s͟a͟m͟p͟a͟i͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ l͟u͟p͟a͟ b͟a͟h͟w͟a͟s͟a͟n͟y͟a͟ s͟u͟d͟a͟h͟ s͟e͟t͟a͟h͟u͟n͟ l͟e͟b͟i͟h͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ k͟a͟y͟a͟ d͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ l͟u͟p͟a͟ b͟a͟h͟w͟a͟ a͟k͟a͟n͟ k͟e͟m͟b͟a͟l͟i͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ m͟i͟s͟k͟i͟n͟.


N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ p͟u͟n͟ h͟e͟r͟a͟n͟ m͟e͟l͟i͟h͟a͟t͟ k͟e͟a͟d͟a͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ y͟a͟n͟g͟ t͟e͟t͟a͟p͟ k͟a͟y͟a͟.

K͟e͟m͟u͟d͟i͟a͟n͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ b͟e͟r͟t͟a͟n͟y͟a͟ k͟p͟d͟ A͟l͟l͟a͟h͟ S͟W͟T͟ : 

"Y͟a͟ R͟a͟b͟b͟, b͟u͟k͟a͟n͟k͟a͟h͟ E͟n͟g͟k͟a͟u͟ b͟e͟r͟j͟a͟n͟j͟i͟ m͟e͟m͟b͟e͟r͟i͟k͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ h͟a͟n͟y͟a͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟ s͟a͟j͟a͟, k͟e͟m͟u͟d͟i͟a͟n͟ s͟e͟t͟e͟l͟a͟h͟ i͟t͟u͟ E͟n͟g͟k͟a͟u͟ a͟k͟a͟n͟ k͟e͟m͟b͟a͟l͟i͟k͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ p͟a͟d͟a͟ k͟e͟m͟i͟s͟k͟i͟n͟a͟n͟?"


A͟l͟l͟a͟h͟ S͟W͟T͟ p͟u͟n͟ b͟e͟r͟f͟i͟r͟m͟a͟n͟:

_"W͟a͟h͟a͟i͟ M͟u͟s͟a͟, A͟k͟u͟ t͟e͟l͟a͟h͟ m͟e͟m͟b͟u͟k͟a͟ s͟a͟t͟u͟ p͟i͟n͟t͟u͟ r͟i͟z͟q͟i͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟, t͟e͟t͟a͟p͟i͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟m͟b͟u͟k͟a͟ b͟e͟b͟e͟r͟a͟p͟a͟ p͟i͟n͟t͟u͟ r͟i͟z͟k͟i͟ u͟n͟t͟u͟k͟ h͟a͟m͟b͟a͟-h͟a͟m͟b͟a͟ K͟u͟."


_"W͟a͟h͟a͟i͟ M͟u͟s͟a͟, m͟a͟k͟a͟ A͟k͟u͟ t͟i͟t͟i͟p͟k͟a͟n͟ l͟e͟b͟i͟h͟ l͟a͟m͟a͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ i͟t͟u͟ p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟."


W͟a͟h͟a͟i͟ M͟u͟s͟a͟, A͟k͟u͟ s͟a͟n͟g͟a͟t͟ m͟a͟l͟u͟ j͟i͟k͟a͟l͟a͟u͟ a͟d͟a͟ h͟a͟m͟b͟a͟-K͟u͟ y͟a͟n͟g͟ l͟e͟b͟i͟h͟ m͟u͟l͟i͟a͟ d͟a͟n͟ l͟e͟b͟i͟h͟ p͟e͟m͟u͟r͟a͟h͟ d͟a͟r͟i͟p͟a͟d͟a͟ A͟k͟u͟.

N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟w͟a͟b͟:


سبحانك اللهم ماأعظم شأنك وأرفع مكانك


"M͟a͟h͟a͟ S͟u͟c͟i͟ E͟n͟g͟k͟a͟u͟ Y͟a͟ A͟l͟l͟a͟h͟, b͟e͟t͟a͟p͟a͟ M͟a͟h͟a͟ M͟u͟l͟i͟a͟ u͟r͟u͟s͟a͟n͟-M͟u͟ d͟a͟n͟ M͟a͟h͟a͟ T͟i͟n͟g͟g͟i͟ k͟e͟d͟u͟d͟u͟k͟a͟n͟-M͟u͟."


HIDUP BUKANLAH BAGAIMANA MENJADI YG TERBAIK TETAPI BAGAIMANA KITA BANYAK BERBUAT BAIK

SUBHANALLAH SEMOGA BERMANFAAT

 Aaminnn Aaminnn Ya Robbal 'Alaminnn....

SubhanALlah


Bukan setakat hanya memberi makan dan minum fakir miskin. Rezeki tidak berkembang dgn hanya membantu memberi makan dan minum saja.

Cara menghasilkan beberapa pintu rezeki adalah dengan buat perniagaan , memberi bantuan/ modal perniagaan/pertanian/penternakan, memberi pekerjaan, membuka banyak kedai,ladang dengan ini menambah bilangan penduduk berniaga dan menjadi kaya.Orang kaya yang menafaatkan kekayaan /ilmunya pada masyarakat adalah diistilahkan pintu rezeki.


Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orangramai, kalau nak di simpan sendiri juga tak apa tapi rugi serugi ruginya* 😃

Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)


SHARE = DAKWAH = PAHALA 😊


*SEMOGA BERMANFAAT🤗*

Saturday, June 29, 2024

Surah asr

 Surah Al-'Asr

 Allah bersumpah demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Bermakna menyuruh buat baik dan mencegah kemungkaran tidak bolih tangguh bila tengok,atau dengar atau tahu. Kena cegah pada masa itu juga untuk mengelak kerugian yg lebih besar.

Jika tangguh atau lambat menyebabkan kerugian yang besar dan kesan buruk pada manusia.

Contoh. 

1. Membuat bangunan

Jika jurutera tahu ada masalah kerosakan tapak.

a. Jika ia beritahu pada masa itu. Kerosakan bolih dibaiki pada masa itu

b. Jika beritahu selepas bangunan didirikan. Maka bangunan dirobohkan dan dibuat semula menyebabkan kerugian masa dan kos merobohkan dan bina semula.

C. Jika beritahu selepas bangunan siap menyebabkan pembaziran dan bangunan tidak bolih diduduki

D. Jika tidak diberitahu menyebabkan bahaya dan kehilangan nyawa.

2. Menyebarkan fitnah atau mengumpat.

A. Jika tegur pada masa buat fitnah ,fitnah terhenti masa itu.

B. Jika tegur selepas satu hari. Dah terlambat, fitnah dah tersebar oleh yang mendengarnya.

C. Jika biarkan maka semua orang dengar,tahu memandang serong pada yang kena fitnah.

3. Lauk kedai basi

Pergi kedai makanan ambil lauk. Bila rasa lauk terasa basi.

A. Kerugian sebab diam tanpa beritahu pemilik kedai, pelanggan sakit perut dan pembeli selepas dapat lauk dan war warkan pada orang lain dan pelanggan lain tak datang dan menyebab kerugian pada pekedai iaitu kedai tutup.

B. Lambat beritahu. Kerugian yang menyebabkan pelanggan selepasnya sakit perut dan musibah pada pelanggan dan penjual.

C. Beritahu penjual cepat ,penjual rasa untuk kepastian, dan buang jika pasti lauk basi.

4. Ajaran Sesat. 

Dapat bukti kukuh selepas menyelidik dan berjumpa saksi saksi.

A.  jika bertindak cepat.

Ajaran ini akan terbantut. Lagi mudah membendung kegiatan mereka.

B. Jika biarkan lama baru bertindak.

Pengikut dah ramai dan susah untuk hapuskan dan membendung sebab

i. Fahaman  dah lama tertanam dalam fikiran mereka sehingga mereka taksub dgn fahaman itu hingga susah memulihkan akidah mereka  memerlukan polis pihak autoriti masa,wang , tenaga  dll.

ii. Jadi isu dan mendapat maklumat yang bercampur baur antara salah dan benar. Dan banyak komen netizen menyokong ajaran ini.

iii. Rata ajaran ini kearah sex, sex songsang, dan ramai jadi mangsa dan ada yang menjadi ketagih menyebabkan susah memperbaiki akhlak dan moral mereka. kemungkinan perkahwinan tak sah dan susah untuk uruskan dan memperbaiki masalah mereka.

iv. Banyak duit dihabiskan pengikut hingga menyebabkan keluarga porak peranda dan menjadi fakir miskin.

C. Jika biarkan

Sambungan dari i hingga iv diatas

v.Maka bertambahlah banyak pengikutnya

vi. Jadi kebal , dan mengunakan undang undang untuk melindungnya

vii.menjadi ajaran baru yang diterima masyarakat.

viii. Bertelagah sesama dalam ugama, dan membuat andaian ajaran selainnya sesat.

ix. Dah terlambat dan menyebabkan kos,masa  tenaga yang banyak dan bolih mengancam keselamatan masyarakat sebab mereka dah bertambah ramai dan bersatu bolih  menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.



Pengajaran pergi haji dan umrah

 Salam,Pandangan saya, dari hadis ni.

Pengajaran tunai haji dan umrah

Daripada Abi Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga”. (Sahih Bukhari No: 1773) Status: Hadis Sahih

Allah beri jalan dengan membuat  pilihan samaada hendak menghapuskan dosa diri sendiri dengan  Allah hapuskan dosa dengan  ujian yg dikenakan samaada sedar atau tidak.Sebelum buat umrah atau haji muhasabah diri dengan selidik dulu apakah perbuatan dan percakapan menjadi habit  yang kita buat menjadi berdosa,jahat sejak kecil hingga buat umrah dan haji.

 Allah kumpulkan semua tabiat,habit  buruk,jahat seseorang dalam masa menunaikan umrah  atau antara  umrah atau semasa menunaikan haji dengan  mencipta senario,keadaan yang menjadikan melakukan perbuatan dosa ,amalan buruk yang menjadi amalan/habit walaupun kecil.Jika sedar masa itu cepat cepat hindari maka tidak akan lakukan selepas itu selepas balik malaysia. Jika tak sedar dan buat juga, maka menjadi habit perangai buruk dan berdosa dan kekal hingga akhir hayat.

Sebagai Contoh dari banyak perbuatan dosa dan jahat.

A.spt perangai mengumpat,memburukkan orang jadi amalan sebelum ini, allah cipta senario dan suasana menyebabkan seseorang mengumpat.

Jika ia nampak keburukan atau mencipta andaian seorang pada masa itu.

1. Cerita pada orang keburukan dan mencipta andaian  seseorang. Maka kekal menjadi amalan selepas itu.

2. Tidak cerita keburukan orang atau buat andaian buruk . Maka selepas itu bukan jadi tabiatnya menceritakan keburukan  pada orang dan allah hapuskan dosa mengumpat.

3. Ia sedar dan bertaubat selepas menceritakan keburukan pada orang.Allah uji dgn mencipta senario lagi hingga ia tak lakukan.

B. Bangga diri

Allah cipta  senario keadaan menyebabkan bolih membangga diri spt bangga dengan ibadah dan perlekehkan orang.

Dimadinah perlekehkan jemaah yang kurang pergi raudah dan kurang baca alquran.

Dimekah, perlekehkan orang yang kurang pergi umrah,kurang baca alquran,kurang tawaf sunat, tidak solat sunat dalam hijir ismail,kurang kucup hajarul aswad dan membadingkan dirinya lebih dari orang lain.

Ayat sinonim.

a.Berapa kali solat diraudah?

b. Berapa kali buat umrah?

c. Berapa kali kucup hajarul aswad

d. Berapa kali khatam alquran dimekah dan madinah

e.berapa kali tawaf sunat

1.jika ia memperlehkan ibadat sesorang maka perangainya membangga diri kekal dalam dirinya hingga akhir hayat.

2. Jika ia sedar dan bertaubat selepas buat, allah uji lagi dgn cipta senario,suasana yang hampir sama hingga ia tak buat lagi.

3. Jika ia sedar dan tidak buat lagi , maka allah hapuskan dosanya dan ia tidak akan buat lagi selepas itu.

C Dengki

spt perangai dengki, jadi amalan sebelum ini, allah cipta senario dan suasana menyebabkan dengki.

Jika nampak seseorang menyebabkan ia dengki seorang pada masa itu.

1. Membuat ucapan dan perbuatan pada orang yang ia dengki . Maka kekal menjadi amalan selepas itu.

2. Tidak dengki . Maka selepas itu bukan jadi tabiatnya dengki pada orang dan allah hapuskan dosa dengki.

3. Ia sedar dan bertaubat selepas ucapkan atau lakukan dengki pada orang.Allah uji dgn mencipta senario lagi hingga ia tak dengki.


D. Mulut celupar,maki hamun,sumpah seranah ,kutuk orang ,perlekehkan orang

spt perangai mulut celupar , jadi amalan sebelum ini, allah cipta senario dan suasana menyebabkan ia mulut celupar


Allah cipta suasana membolihkan keluar perkataan celupar .

1. Membuat ucapan dan perbuatan celupar  . Maka kekal menjadi amalan selepas itu.


2. Tidak keluar perkataan celupar  . Maka selepas itu bukan jadi tabiatnya mulut celupar pada orang dan allah hapuskan dosa keceluparannya


3. Ia sedar dan bertaubat selepas ucapkan celupar pada orang.Allah uji dgn mencipta senario lagi hingga ia tak ucap perkataan celupar.


Moga kita semua dirahmati allah.

Monday, March 18, 2024

Hutang atau pinjaman

 Tak mampu bayar hutang/pinjaman atau tak nak bayar hutang /pinjaman dua isu yang berbeza. Ada juga sanggup berhutang dan membuat pinjaman semata mata tak mahu keluar dalam simpanannya saperti pelaburan harapkan dividen tidak terjejas atau mengelakan keuntungan terjejas spt simpanan harga berubah spt emas atau saham.

 Kes liat bayar hutang/pinjaman pada sesiapa samada kawan kawan,saudara mara adik beradik. Berjanji dgn tempoh diberikan  diikuti perkataan isyaallah .Bila sampai masa itu ALLAH sediakan duit untuk bayar hutang. Pada masa yang sama dugaan yang ada spt modify kenderaan, offer barang murah.offer pakage murah.

Ada 3 pilihan.

1.bayar hutang. Selesai kewajipan hutang. 

2. Tangguh dgn berbagai alasan. Maka menjadi satu sumpahan. Lepas ini memang tak bolih tunai hutang/pinjaman ,bila nak tunai hutang/pinjaman ada bala yang terpaksa guna duit spt kenderan rosak,peralatan rumah rosak,keluarga sakit.

3. Buat musuh dan mereka fitnah  menghasut orang lain membenci pemiutang. Maka seumur hidupnya susah dan macam macam masalah hidup keluarganya. 

Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.

Hadith riwayat al-Bukhari: (2387


Wednesday, February 07, 2024

Skill kanak kanak

 Kelebihan.

Skill ia dapat

1. Cara buat kerja dalam bidangnya. Skill leader dan skill operation leader

2. Pemantauan. Monitoring. Dgn menengok kelililing ia tahu mana tempat kotor, tak selesai, pinggan kotor.skill leader

3. Tindakan. Ia bertindak cepat spt lap meja bila pelanngan dah seselai makan, bawa gelas ke singki dan basuh.skill operation people

4.awereness dan pemerhati mana yang kurang ditambah,mana ada kelemahan dan dipebaiki .skil leader

5. Tidak ada perasaan malu dan berani bertindak dan bergaul dgn orang ramai ,tahu kerenah pelanggan dan bolih hadapi kerenah pelanggan. Skill sale

6. Ambil order. Menguatkan ingatan

Bila dewasa jika betul didikan dan berpelajaran ia ada kelebihan jadi leader.

Wednesday, January 31, 2024

Poligami. Menormalisasikan sebagai haram

 Poligami. 

Sekarang ni puak  menormalisasikan apa yang alquran larang sebagai perkara biasa dan dianggap sebagai bukan maksiat. Iaitu dinormalisasi perbuatan fasiq sebagai perbuatan biasa dan dijadikan budaya.


Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya

Dulu kawin ramai ikut sunah tapi dinormalisasikan hanya monogami saja. Dan dianggap pelik dan berdosa jika amalkan poligami. 


Strategic impression menagement ujudnya mind set yang poligami itu teruk,jahat, dan tidak elok diamalkan. Malahan serangan dibuat setiap penjuru orang yang poligami dengan penuh emosi mencopkan gila,sewel,tak betul,buang tabiat,tidak pernah dibuat orang.Dengan penuh marah emosi,dendam,tak puas hati poligami yang disyariatkan allah dan sunah nabi. Dimanakah iman kamu?

Mereka tidak berusaha mencegah kemungkaran malahan membiarkan kemungkaran berterusan sebab mereka dah anggap bukan mungkar.malahan sesiapa yang berusaha mencegahnya dianggap dan dispin jahat.

Jahatnya Isteri sanggup suaminya gay dari suami kawin dari satu. Maknanya ia sanggup suaminya jadi umat nabi lut dari umat nabi muhammad. Ia sanggup suaminya dilaknat allah dari mendapat rahmat allah. Ia mengharamkan perkara allah halal. Dan menghalalkan apa yang allah haram.

Memusuhi janda  dan menghasut orang supaya tak mendekati janda dgn andaian rekaan. tak pasal pasal dapat kifarah . Menjadi janda.

Memusuhi anak dara tua, dan membuat andaian fitnah memburukan anak dara tua dapat kifarah anaknya menjadi anak dara tua. Jika anak kamu anak dara tua, fikir balik kesah dulu pernah memusuhi dan membeci anak dara tua. Patutlah ramai anak dara tua kerana ibunya memusihi anak dara tua

Ayat alquran dibawah ini tidak diikuti malahan di bangkang setiap penjuru dgn berbagai andaian,ramalan melalut

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, serta ulil amri diantara kalian. Jika kalian berselisih dalam suatu hal, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir.Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” (QS. An nisa:54)

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

(Nisa:4)

Malahan pihak bekuasa membuat peraturan yang ketat dan  menambah rukun nikah iaitu perlu mendapat kelulusan /kebenaran isteri pertama. Adakah nabi saw kahwin lagi meminta kebenaran isteri pertama?. Sekarang ini dinormalisasi suami kena patuh pada isteri. Menyebabkan masyarakat melayu menuju kebinasaan dengan berlaku kejadian jenayah dikalangan melayu. 

Pihak ustaz dan ustazah beri pendapat poligami dan suami kearah poligami adalah berdosa maka secara tak lansung mewar warkan dan menanam difikiran orang islam melayu mengikut kehendak dalam alquran dan nabi saw adalah haram dan berdosa. Ia yang tentukan dosa seseorang bukan allah yang tentukan

Banyak banyak . Kalangan melayu

Jarang jarang. Kalangan Bangsa cina,india dan pendatang.

Pembunuhan dikalangan melayu bolih katakan selalu. Pembunuh melayu dan mangsa melayu . kakak bunuh adik, anak bunuh ibu bapa, anak saudara bunuh emak saudara. Cucu bunuh nenek. Adik beradik berbunuhan.  Kes  kebakaran dan bunuh sekolah  tahfiz 100%  melayu  yang dilakukan orang melayu.Kejadian buli dan pembunuhan  dikalangan melayu dalam sekolah ugama, sekolah asrama dan tentera. Adakah bala tuhan melupuskan bangsa melayu kerana mencabar hukum dan peraturan allah tetapkan.
Bala dan kerutuhan akhlak dan moral terus menimpa bangsa melayu walaupun berdoa, solat hajat dan minta ampun 
Yang peliknya malaysia juga banyak bangsa cina,india, bagla dan indon tapi kes kemalangan maut dan berbunuhan sendiri bolih dikatakan hampir tidak berlaku. 

Hebahan media sosial spt facebook,tittok,youtube,istagram dan electrik paper yang mana kes kecurian kebanyakan melayu yang mencuri dan meragut.

Jika ikut logik statistik dan kebarangkalian  peratus penduduk orang melayu 60%  bangsa lain 40% maknanya setiap 2 pembunuh melayu berlaku 1 pembunuh bukan melayu. Setiap 2 kematian eksiden orang melayu maka terjadinya 1 kematian eksiden bukan melayu.contoh kematian 23 pelajar melayu  sekolah tahfiz  dlm kianat kebakaran Tapi ia tidak berlaku kematian 12 orang pelajar bukan melayu. Begitu juga kematian kemalangan 2 orang melayu tapi tidak berlaku kematian kelalangan 1 orang bukan melayu. Tapi kejadian itu tidak berlaku saperti yang dijangka kan.

Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.

Aaamiiin


Friday, November 17, 2023

Drama tv melayu

  Thema Drama melayu adalah sampah , menghasilkan melayu mentaliti sampah. mTajuk cerita berlainan tapi tema sama, jantan rebut betina, betina rebut jantan, cinta tiga segi, gedik, bergaduh dgn madu,madu jahat,rebut suami,jika nak kawin bersyarat ceraikan bini pertama,membuli dan menidas adik beradik ,ipar dui, dengki, menghasut,  memfitnah,rebut harta, mak mertua tak suka menantu, mak mertua ada pilihan lain. Pak mertua terlampau lemah malahan takut isteri.

Suami tak menasihat emak, ikut kata emaknya walaupun emaknya salah, takut dicop derhaka(anak derhaka juga jika membiarkan emak buat jahat dan mengikut kehendaknya ternyata jahat).

 Isteri tak hormat suami serta isteri tengking dan maki hamun suami,suami penakut, tidak ada pendirian malahan cadangan isteri merupakan arahan yang mesti dipatuh.  

Jiran membawang mereka cipta dan menyebarkan andaian andaian buruk dan fitnah malahan ada geng dalam group dengan relahati mengiyakan andaian dan fitnah.Gadis kampung tak melawan dianggap baik tapi gadis bandar jahat selalu membuli dan menghina gadis kampung.Janda atau anak dara tua dimusuhi.

 Cerita bersiri setiap episod watak dengki menang dan watak yang jadi mangsa setiasa kalah.Watak yang dengar tuduhan bertindak tanpa usul periksa dan menyerang mangsa. Lagi pelik dalam drama bekerjaya pangkat tinggi tapi tak ada sifat integriti  dan tak reti amalan tabayun. Bertindak ikut emosi,percaya cakap orang lain,foto diedit tanpa selidik.

Hingga menjadi lumrah hidup sekarang, berdengki ,melaksanakan perbuatan dengki dan buat fitnah untuk berjaya. Dibudayakan lelaki perempuan halal bercampur berdua duan spt camping, berkelah dan bercuti.

Tema cerita drama yang punahsihat sejak dulu hingga sekarang menghasilkan budaya generasi yang buruk akhlak ,rosak akhlak dan menjadi ikutan dari satu generasi ke generasi. .Bila ibu mengandung tengok cerita ini maka tertanam perangaibburuk aklak kepada bayi dalam kandungan, Tak mustahil terlahir jenerasi sampah.

 Tema sampah, rendah akhlak, maki hamun,dendam,sumpah seranah menghasilkan generasi mentaliti sampah dikalangan melayu.


Wednesday, September 27, 2023

Parasit dalam keluarga

A. Ambil kesempatan

 Dalam keluarga ipar ,mertua,menantu, ada yang ambil kesempatan.walaupun macam mana buat baik pun ia tidak menghargai malahan ia akan pergunakan sebab ia anggap orang luar.  Perangai malas timbul bila ada yang ringan tulang yang sanggup buat. Elok lah dah ada orang buat dan mereka buat tak tahu malahan tidak menolongnya.

Begitu juga dgn adik beradik,ibu bapa,saudara mara mengambil kesempatan diatas kelemahan dan bersikap tolak ansur.Jika tidak buat baik atau tidak ikut kehendaknya ia akan memusuhi dengan umpat,fitnah dan membuat andaian melalut. Ini lah perasit dalam keluarganya. Selalunya perasit ini menjadi dominan dan berani dan muka tak malu mengatakan ia betul walaupun ia salah  dengan perasan dengki. irihati dendam dah sebati dalam dirinya. Jika tegur dan nasihat pun tak guna,malahan dispin dan difinah dikatakan jahat.

Bahayanya bila mereka ini dominan atau cakapnya diikuti dan percaya maka ia akan mempengaruhi orang lain dgn membuat fitnah,mengadu domba,menghasut orang lain membenci orang yang ia tak suka.

 Cara mengatasinya lawan balik,terangkan perkara sebenar kepada semua  secepat mungkin supaya tidak lagi teruk yang tak berkesudahanwalupun yangvsalah itu peringkat ibubapa atau mertua Jika diam dengan alasan untuk menjaga silaturahim adalah salah dan ia akan bermaharaja lela. Bukan alasan menderhaka pada ibu bapa atau mertua  menasihat jika ia buat salah. Bolih juga dikatakan menderhaka pada ibu bapa atau mertua jika membiarkan  ia buat salah atau mungkar.

Surah al asr memberi peringatan demi masa menyuruh memberi tahu secepat mungkin supaya tak berlarutan. Bila dah beritahu terserah pada yang lain samaada percaya atau tidak. Lagi bagus masukkan dalam whatapps gtoup keluarga.

Selalunya dgn orang luar  cukup baik dan berakhlak, pijak semut pun tak mati, tapi bila dgn adik beradik,ipar pijak gajah pun penyek. 

Ibubapa kena peka dan perhatian anak anaknya dari mula. Bolih kenal siapa yang mungkin jadi perangai perasit.

1. Nampak menunjukan baik dengan memburukan adik beradik

2. Terasa irihati bila  adik beradiknya dipuji didepannya

3. Suka dan sokong dgn mereka reka cerita mengarut untuk memburukan adik beradiknya.

4. Bila dengar cerita keburukan adik beradiknya. Buat pengesahan samaada cerita itu betul melalui adik beradik lain atau bersemuka dgn orang yang buat cerita dan orang yang jadi mangsa. 

5. Ibu bapa kena pandai menilai perangai anak anaknya.

6. Bolih pujian keatas anak anak yang berjaya membuat sesuatu yang baik.tapi kena adil tidak memilih atau berat sebelah.

7.  Buat hukuman dan peraturan sama semua adik beradik kecuali kes terpencil. 

Contoh bila ikut pergi mall. Hanya satu barang makanan je, larang jika ada yang ambil lebih atau ambil mainan walaupun adik yang bongsu buat.

8. Buat test senario kes ia dituduh  dan selidik . Contoh adik beradik tuduh ia mencuri. Sepahkan duit dan tengok, jika ia ambil jangan terus bertindak tapi tunggu 1 atau 2 hari. Mungkin ambil duit untuk ia simpan.

Ibubapa menganggap dan berharap anaknya akan belanya menjaganya dan beri duit padanya bila anak dan dewasa. Bila anak dah kerja maka ibubapa memaksa anak beri duit walaupun jatuh wajib dikalangan anak lelaki sebab ibubapa ada sifat menindas pada anaknya. Sepatutnya ibu bapa meminta duit pada anak dan berharap keberkataan hidup anaknya serta  berdoa anaknya  perkataan yang baik spt berjaya dalam hidup.

Beruntung jika ada ahli keluarga yang dominan,dan pandai mempengaruhi adik beradik dan kekuarga yang baik hati dan cepat sedar perangai ahli keluarga adik beradik,ibu bapa dan bertindak cepat spt teguran,nasihat dan tindakan kearah kebaikan supaya tidak menjadi bertambah teruk.

B. Adik beradik buat perangai

Jika ada seorang adik beradik buat perangai tidak mahu kerjasama,maka menambahkan masalah dalam keluarga samaada tamak harta dengki atau tidak puas hati. Masalah berlarutan hingga timbul permusuhan adik beradik dan memutuskan silaturahim berlarutan hingga ke anak cucu.Padanya jika aku tak dapat,semua tak dapat. Adik beradik akan bercakap selagi ia hidup masalah ini tak kan selesai seolah olah ia lain suka jika orang yang buat perangai meniggal dunia.

Malahan tidak merasa malu pada masyarakat bila masyarakat sekeliling dapat tahu. Orang sekeliling akan tanya apa jadi pada harta pusaka arwah. 

Contoh pemberian harta pusaka. Pembahagian tanah Semuanya dah dapat dulu  sebelum ibu bapa meninggal. Bahagiannya dah jual. Maka ia tuntut juga bahagian adik beradik lain untuk beri padanya.Sanggup turun naik mahkamah walaupun ia dah setuju semasa pembahagian harta dibuat dipejabat tanah.

Bertambah susah bila nama dalam grant masih nama ibu bapa dan anak anak tidak sepakat menukar pada satu nama untuk urusan penjualan harta. Urusan tukar nama dipejabat tanah tidak selesai selagi tiada yang sepakat atau tidak hadir diwaktu membuat persetujuan.

Maka susahlah nak bahagikan. Maka terpaksa ikut faraid. Persoalannya satu tanah  rumah terpaksa dibahagikan dengan semua adik beradik.

Jika harga pasaran rumah 600k maka ikut 4  adik beradik 2 lelaki 2 perempuan. Maka

Pembahagian (2×2+1+1) = 6

Iaitu setiap adik lelaki dapat 2/6 =1/3 dan perempuan dapat 1/6

Maka pembahagian ikut harga rumah  rm600k

2 Lelaki 600k/3 =setiap orang  200k dan 200k

2 perempuan setiap orang 100k dan 100k

Mahu ke seorang  adik lelaki membeli dgn harga 600k-200k iaitu rm400k

Atau adik perempuan membeli harga 600k-100k iaitu rm500k.

Cara senang ialah jual pada orang lain dan harta tanah pusaka dapat pada orang luar,atau bangsa asing sebab lebih untung,baru puas hati dan padan muka. Maka tidak mustahil tanah pusaka tergadai ke bangsa asing.

Realitinya bukan tunjuk baik. Perangai bangsa melayu yang dengki sesama sendiri sama ada beradik. Sanggup jual tanah waris ibu bapa pada bangsa lain.salah satu sebab tanah pusaka jatuh ke bangsa cina.Lepas tu mereka salahkan bangsa cina. Macam cerita lagu bangau oh bangau.

1. Sebab harga tinggi. Kata perjuangkan melayu. Jika perjuangkan melayu jual je pada harga rendah pada orang melayu demi melayu.Anggaplah amal jariah. 

Selalunya yang bising dgn cogan kata  hidup  melayu yang menjadi juara mengadai tanah pusaka pada bukan melayu.Harta pusaka dapat pun free dari ibubapa.

2. Perangai dengki adik beradik. Berpegang "jika aku tak dapat semua tak dapat".


Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? (47:29)


Dan kalau Kami kehendaki, Niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya melalui pecakapan,tulisan dan berbuatan) . Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu (47 :30)





Sunday, September 24, 2023

Doa Rasulullah memohon cahaya.

  Doa Rasulullah memohon cahaya.

Ya Allah

Jadikanlah penglihatanku cahaya 

Jadikan pendengaranku cahaya 

Jadikan lisanku cahaya

Jadikan hatiku cahaya 

Jadikan kananku cahaya 

Jadikan kiriku cahaya 

Jadikan depanku cahaya 

Jadikan belakangku cahaya 

Jadikan atasku cahaya 

Jadikan bawahku cahaya 

Jadikan hari Kiamat untukku cahaya 

dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.

Aamiin Ya Rabbal 'alamiin..

Friday, September 15, 2023

Menaikan xport mengurangkan import

  Ekonomi kukuh dengan menaikan ekport dan menurunkan import secara langsung memasukan wang dalam negara dan bolih mengukuhkan wang negara. Sekurang kurangnya nisbah export dan import 70% export dan 30% import.


Perancangan dan tindakan serampang dua mata mengurangkan import dan menambahkan export dengan membuat projek hasil tani.


Negara malaysia mempunyai tanah yang subur tapi kosong tanpa diusahakan. Kadang kadang terfikir ayat alquran, jika kamu bersyukur kami tambah nikmat, jika kamu kufur azab kami amat pedih.


Besyukur bukan saja ucap syukur malahan mengunakan nikmat allah beri sebaikbaiknya spt mengusahakannya.

Pekerjaan malaysia lebih tertumpu kepada pentadbiran dan tidak menumpukan penghasilan dan pengeluaran produk. Jualan industri kereta tidak kearah export dan menyebabkan tidak ada kemasukan pendapatan dari luar negara.

Contoh Projek lembu katakan budget RM250 juta.


Katakan setiap penternak mendapat RM100,000 maka bolih menjayakan 2,500 penternak yang sedia ada d 70% dan pentenak baru 30%


Jika diberi peruntukan setiap negeri 200 penternak.


Dengan sumbangan RM100,000 katakan 70% beli anak lembu dan 30% belanja lain spt kandang, air, dan,makanan dan upah pekerja. Maka dengan harga anak lembu RM300 bolih menternak 200 ekor anak lembu setiap penternak dan menghasilkan 200×2,500 iaitu 500,00 ekor lembu dalam masa 2 tahun. Beri anak lembu bukan duit. Tidak digalaklan menubuh syarikat sebab nisbah hasil dan kos rendah dengan kos pengurusan yang tak perlu .


Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10% pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan, pemantauan.


Begitu juga projek ternakan lain spt ayam,itek,kambing,ikan dlll

Projek ternak ayam dan itik, digalakan penternak ayam secara kecilan dikampung diberi 10-20 ekor anak ayam kepada penduduk yang sediaada membela ayam dan yang dah ada kemudahan bela ayam dpt reban atau pagar. Kursus ringkas perlu di beri melalui jabatan pertanian dengan kerjasama jkkk,penghulu dan masjid di dewan serbaguna dan bangunan KEMAS kampung.

Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10% pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan dan pemantauan dari beri sumbangan hingga pengeksportan melalui komputer

Harga makanan ternakan melambung disebabkan import. Sementara mengunakan makanan import Kerajaan dengan bantuan jabatan pertanian, MARDI UPM membuat penyelidikan dan membuat kilang memproses makanan ternakan setiap zon.

Makanan ternakan kambing dan lembu berasaskan rumput lalang,daun kelapa,pokok pisang. Rumput dan lalang sepanjang tepi jalan kawasan kena potong oleh majlis penbandaran setiap dua minggu atau tingga minggu, rumput dan lalang yang dah dipotong dihantar ketempat pemprosesan makanan ternakan menukar kpd palet makanan. Tak perlu kilang yang besar memadai dibuat dikawasan rumah dikampung dgn mengunakan mesin pemprosesas sebesar mesin perah kelapa iaitu feed making machine yang bolih dibeli di negara cina.

Pertanian

Sepanjang jalan dari kampung ke bandar banyak tanah kosong yang ditumbuhi lalang ,rumput dan belukar.

Dicadangkan jabatan pertanian melalui ketua kampung,penghulu, mengkaji tanaman yang sesussi untuk kegunaan harian dan lebihnya diposess dan diexport mentah atau diperoses spt kelapa, serai,cili,keladi,keledek,kentang ,jagung pisang ,buah buahan yang ada potensi export dan lain lain tanaman kontang.

Sekarang ini sepanjang jalan kiri dan kanan dibawah seliaan majlis perbandaran dan rezab majlis dan rezab jalan ditanam tanaman yang tidak ada hasil yang diguna. Dicadangkan menanam tananam yang mendatangkan hasil spt cili, serai,kunyit, sawi, bayam, pokok buah buahan, kelapa(jauh sedikit dari jalan raya) dll. Hasilnya ssmaada majlis uruskan untuk jualan atau sesiapa bolih ambil samaada kegunaan sendiri atau jual.

Jadikan budaya, rakyat membuang atau menanam biji buah buahan ditanah kosong ,belukar, hutan salepas memakan buahnya. Tanpa memperdulikan tanah kepunyaaan siapa.

Urusan jualan dan export melalui jabatan kerajaan dengan berbincang orang /syarikat yang dah ada pengalaman terus memguruskan pengedaran dalam negara dan export. 

Kartel, import berbincang dengannya atau ambil pekerja dalam urusan export jika berlebihan. Kartel walupun jahat tapi ia ada pengalaman urusan perniagaan dan mempunyai asset dalam urusan import dan export. 

Rancangan Jangka panjang , mengalakan anak petani dan nelayan mengambil bidang sains pertanian ,perikanan atau berkaitan dengan kerjaya ibubapanya di kolej atau universiti untuk kesinambungan kerja ibu bapanya.

Dan juga mengutamakan kemasukan universiti putra bidang pertanian dan peternakan dimana ibubapanya mempunyai tanah sekurang kurang 1 ekar supaya lepasan universiti bidang ini tidak menganggur sebab tidak ada tanah yang hendak diusahakan.

Tuesday, September 12, 2023

Kasih sayang pada anak anak berat sebelah

 Ada yang perangai ibu bapa, memilih bulu, ada anak yang ia terlalu sayang  dan ada anak yang ia benci. Secara amnya ada yang berjaya dia sayang. Anak yang tidak berjaya ia benci malahan buat fitnah dan tuduhan tanpa usul periksa.

 Mereka takut tak bertempat,terlalu takut nasihat anak yang ia sayang, minta duit anak sebab takut kecil hati dan bermasam muka dgn ibu bapa malahan boikot ibu bapa spt tak balik kampung. Alasannya ia dah besar , tak kan tak bolih fikir, ada yang perangai anak mengunakan peluang menindas ibu bapa bila ibu bapa terlalu sayangkanya dari adik beradik lain.Bila anak lain inform ibu bapa nak nasihat anak perangai ni. Ibu bapa melarang alasan tak mahu cari gaduh. Dalam surah al asr bersumpah dgn masa menerangkan tidak bolih tangguh beri nasihat menyebabkan bertambahnya kerugian dan kerosakan jika lambat bertindak. 

Anak yang ia benci dijadikan hambanya,kulinya dan mengarahnya buat bermacam macam. Sumpah seranah dah jadi lumrah mulutnya. Bukan setakat itu saja, ia jadi bahan umpatan,cacian dan mewar warkan pada orang lain. Segala kebaikan anak yang ia benci tidak dihargai malahan dispin sebagai berniat jahat spt nak harta. Selalunya anak yang ia benci sejak kecil yang menjaganya semasa tua dan anak yang ia sayang akan membiarkanya. 

Anak tak berani menasihat ibu bapa, takut dicop anak derhaka. Anak derhaka juga tidak menasihat ibu bapa kearah kebaikan. Surah alasr ALLAH mengingatkan bersumpah demi masa supaya cepat menasihatkan kerana jika lambat menjadi bertambah teruk dan banyak masalah akan timbul.Bolih juga dikatakan anak derhaka membiarkan ibu dalam perangai macam itu tanpa menasihatinya. Dah jadi lumrah dalam drama tv diajar bahawa menasihati ibu sebagai anak derhaka. 

 Kesannya dalam pembahagian harta. Anak kesayangan dapat lebih sementara anak yang ia suka dapat sikit atau tak dapat terus. Kesannya bergaduh adik beradik hingga keanak cucu. 

Surah asr ,allah bersumpah demi masa maknanya kerosakan, keburukan dan masalah bertambah jika lambat memberi nasihat. Selalunya ada jenis orang tua yang menjadi anak perempuan sebagai hamba dan menjadi anak lelaki sebagai tuan. Alasannya bila ia meninggal dunia tidak ada anak yang mengusung jenazahnya. Ini yang pelik,fikirannya tersimpan lama walaupun untuk kematiannya.  Ini menyebabkan anak lelaki,malas,degil,besar kepala  dan melawan.  Emaknya akan mempertahankan anak lelakinya walaupun jelas anaknya salah bila berlaku pergaduhan. 

Friday, September 01, 2023

Kerugian melayu anti bahasa lain

Pelajaran antara mereka bolih diajar dalam bahasa cina atau india dalam sekolah jenis kebangsaan. Kita tak bolih taksub bahasa hingga menghapuskan bahasa lain. Itu tidak adil.allah mencipta berbagai bangsa dan bahasa,kenapa kita nak hapuskan.tidak ada dalil menghapuskan bahasa setiap bangsa.

Setiap bangsa ada keunikan budaya dan bahasanya

Dulu ada diujudkan sekolah wawasan dicadangkan melalui percampuan semua jenis sekolah kebangsaan dalam satu sekolah wawasan. Tapi silapnya bangsa kita menolak peluang itu dan membangkitkan isu isu perkauman. Jika ada sekolah wawasan kelebihan anak melayu berpengetahuan bahasa melayu,inggeris,cina dan india dan peluang pekerjaan didalam dan diluar negara terbuka luas. Syarikat besar glc akan mengutamakan kakitangan yang mahir 3 bahasa. 

Sebagai contoh 

1.Staff melayu mahir bahasa cina dan india akan ditempatkan di customer services untuk membuat urusan dgn pelanggan cina dan india yang dah tua tidak tahu bahasa melayu sebab tak pernah sekolah. Tokey cina mana pernah masuk sekolah. Sekarang ni jawatan customer service ramai cina dan india dari melayu kelebihan ia fasih 3 bahasa. Iaitu bahasa sendiri, melayu dan inggeris, mereka mungkin dapat gaji lebih sebab fasih 3 bahasa.

2. Senang berurusan bila pergi perniagaan di negara Cina dan India atau pelabur cina dan india datang melabur di Malaysia.

3. Mencari pekerjaan di luar negara. Contoh anak jiran saya melayu yang belajar diskjk cina dapat peluang belajar degree di negara Cina ditaja oleh syarikat GLC , syarikat melayu dan sekarang bekerja di sana dgn gaji permulaan lebih rm10k.

4. Berniaga sendiri ramai pelanggan bangsa cina dan india sebab mereka hormat melayu fasih dalam bahasa mereka.


Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujuraat 49:13) |

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.


(Al-Maaidah 5:8)

Wednesday, August 16, 2023

Elak kena scam

 A.Scam pekerjaan.

Iklan pekerjaan. tawaran kerja dari laman sosial yang menjanjikan komisen setelah selesai melakukan tugasan. Bila ia akan terangkan cerita dan kena masukan duit atau clik link jika berminat. Lain dari yang diiklankan .Ia akan minta wang, mula mula sedikit, lepas tu banyak dengan menjanji keuntungan yang besar. Mula nampak untung sebagai umpan untuk melabur lebih banyak. Bila keluar duit tidak dibenarkan dgn berbagai alasan. sekiranya baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-dompet suspek,. kerja sambilan secara dalam talian dengan melakukan tugasan menekan butang ‘follow’ dan ‘like’ dalam satu laman sosial yang diberikan oleh suspek bagi mendapatkan komisen. 

“Setelah itu, wang e-dompet bayaran dalam aplikasi didapati tidak mencukupi dan suspek telah meminta mangsa membuat bayaran ke akaun diberikan dengan menjanjikan komisen dapat dibayar kepada mangsa.

"Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami dapati terdapat trend peningkatan kes penipuan tawar pekerjaan menerusi platform e-dagang.

"Ini kerana sindiket penipuan semakin licik menyasarkan individu terdesak mahu mendapatkan wang," katanya.

Menurutnya, kesukaran mendapatkan pekerjaan ketika PKP diambil peluang sindiket tertentu yang mengeksploitasi situasi dihadapi mangsa untuk menjana wang mudah hasil penipuan 

Modus operandi sindiket ini menghubungi mangsa menerusi mesej di aplikasi WhatsApp atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya menawarkan pekerjaan sambilan dengan pendapatan antara RM200 hingga RM500 sehari.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu tidak perlu pergi ke pejabat sebaliknya diminta menyertai kumpulan sembang WhatsApp untuk diberikan taklimat skop kerja mereka. Mangsa diberi pautan produk yang perlu dibeli menerusi platform e-dagang itu,

Beliau berkata, mangsa dijanjikan komisen lapan peratus daripada jumlah harga produk dibeli dengan membuat pembayaran menerusi akaun bank diberi sindiket.

Sindiket berusaha meyakinkan mangsa pembelian itu cara meningkatkan jumlah pembelian produk mereka di platform e-dagang, sekali gus mampu menarik lebih ramai pembeli.

Pembelian dilakukan hanya membabitkan transaksi wang tanpa pemberian barang. Mangsa dijanjikan menerima semula wang pembelian produk dengan tambahan komisen lapan peratus selain ditugaskan mencari lebih ramai pelanggan yang berminat menyertainya.

Menurutnya, pada mulanya, mangsa hanya diberi tugasan membeli produk murah sebelum diminta membeli barangan di dalam e-dagang pada harga lebih mahal.

Dalam kebanyakan kes, mangsa menerima semula wang pembelian mereka berserta komisen bagi pembelian produk yang murah di peringkat awal. Namun mangsa menyedari ditipu selepas membeli produk lebih mahal," katanya.

Orang ramai perlu ingat platform e-dagang tidak pernah menjanjikan untuk memberikan komisen serta membayar semula pembelian bagi setiap barangan yang dibeli.

Terus tolak Jika ia minta wang

Bank akaun bukan namanya. Dapatkan no bank acount report terus pada polis no 997.Selain itu, orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammers CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp.gov.my/   Semak mule sebelum membuat sebaran transaksi kewangan,” nasihatnya

B.Scam pelaburan

Elak kena scam, cek dan dapatkan maklumat dgn suruhanjaya syarikat malaysia, suruhanjaya securiti , bank negara dan ccid portal. Jangan harap dengan tampalan poster dalam iklan. Dan juga hubung orang yang terkenal yang ditampal dalam iklan. Ia tampal nama dan  potret individu itu tanpa pengetahuan individu itu.

Setiap individu dan syarikat perlu ada lesen  yang dikeluarkan oleh bank negara untuk mengambil deposit dari orang awam terkumpul melebihi 85k. Mustahil dapat dividen cepat. Jika betul maka asnb dan tabung haji pun melabur di sini.

 Pastikan masuk duit ke akaun syarikat bukan akaun individu. Dan cek nama syarikat dgn ssm, dan suruhanjaya securiti dan bank negara. Kadang aktiviti syarikat dalam ssm tidak sama dengan ia beroperasi. Contoh aktiviti utama dalam ssm jual kain tapi ia beroperasi pelaburan atau saham,forex spt Unobitex

Buat perjanjian dan tandatangan dimana tertulis dalam perjanjian keuntungan yang diberi selepas tempoh diberikan.

Jumpa direct agent yang dihubungi dapatkan gambar,nama penuh dan maklumat ,business card

  • Individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti pelaburan adalah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Anda boleh menyemak status pelesenan mereka di laman web Suruhanjaya Sekuriti www.sc.com.my.
Pastikan agent itu ada lesen fimm( Federal Investment Managers of Malaysia)
Undang-undang berkaitan mengawal syarikat pelaburan seperti Akta Skim Kepentingan 2012, Akta Syarikat 2016, Capital Markets and Services Act 2007 juga tidak langsung dipatuhi.

Jika pekerjaan minta duit,alasan melabur jangan teruskan,mula mula nampak macam untung. Jika dah ada untung terus keluarkan duit. Confirm scam Jika tidak benarkan keluar duit dgn apa apa alasan yang diberi.Jika dah beroperasi lebih dari 3 tahun dapatkan lapuran tahunan dari dealer atau dari

 ssm  https://www.ssm.com.my

 Cek netizen Coment memuji dalam facebook didapati account mencurigakan iaitu acount baru, posting tak banyak dan baru posting. Sepatutnya akaun dah lama daftar sekurang kurangnya 3 atau 4 tahun dan banyak  posting .

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai yang berminat untuk membuat pelaburan menggunakan mata wang kripto adalah digalakkan untuk merujuk kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk pandangan dan nasihat.

Aps yang dihantar melalui link adalah apps demo yang diubahsuai.

Setakat ini, hanya lima syarikat yang dibenarkan oleh pihak SC untuk melakukan urusan berkaitan mata wang kripto di Malaysia iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, HATA Digital Sdn Bhd, MX Global Sdn Bhd, SINEGY DAX Sdn Bhd serta Tokenize Technology (M) Sdn Bhd," 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/01/mangsa-dedah-modus-operandi-scammer-skim-labur-kripto/    Taktik Scammer

//semakmule.rmp.gov.my/

C.Scam cinta

Love Scammer merupakan individu yang terlibat dalam sindiket cinta palsu dengan cuba meluahkan perasaan cinta kepada mangsa walau pun hubungan mereka baru bermula. Penggunaan laman sosial yang sah merupakan platform untuk menjalinkan hubungan percintaan dengan menggunakan profil palsu seperti gambar muka cantik dan menggoda. Scammer juga mempamerkan gambar studio yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan senario yang terbaik sehingga mampu memukau dan meluluhkah hati seseorang melalui laman sosial (Rege, 2009). Scammer akan menjerat mangsa untuk berkomunikasi melalui telefon dan laman sosial sehingga perbualan mereka semakin rapat dan sangat kerap. Setelah mendapat rapport (keakraban), scammer akan cuba memasang perangkap dengan meminta hadiah kecil daripada mangsa seperti telefon. Sekiranya mangsa menurut kehendak scammer, kebarangkalian untuk meminta jumlah yang besar akan meningkat dari semasa ke semasa.

Pelbagai jenis laman sosial yang tersedia dalam internet seperti facebook, twitter, myspace, yahoo,love apps spt omi, messenger,tagged dan sebagainya adalah medium yang digunakan oleh pelaku.Modus operandi love scam yang sering digunakan oleh sindiket untuk menipu mangsa seperti menggunakan identiti palsu, laman sosial untuk menjerat mangsa, memperdayakan mangsa dengan janji palsu, meminta mangsa memasukkan sejumlah wang dalam akaun bank mereka, transaksi akaun bank rakyat tempatan, menghilangkan diri selepas transaksi wang dilakukan dan tempoh menjalinkan cinta sekurang-kurangnya 3 bulan

Dalam facebook dan intagram bolih tahu fake facebook

1. Hari dan tarikh hampir sama upload gambar pada tempat yang jauh antara satu dgn lain.mustahil pergi sesuatu tempat yang jauh pada masa yang singkat.

2. Bermula buat profil dan upload dalam tempoh yang singkat dan baru. Hanya upload gambar pekerjaan atau pergi ,melancung, tiada upload gambar pada 10 tahun tahun sebelumnya spt gambar disekolah atau universiti

3. Upload gambar seorang, tidak banyak upload gambar beramai.

4. Tidak ramai rakan dalam profile.

5. Janji nak jumpa , tapi tangguh berbagai alasan bila tiba tarikh yang dijanjikan.

5. Mula minta wang bermacam alasan. Prefer stop ,Jika ia mula minta wang.

6. Bank akaun bukan namanya. Dapatkan no bank acount report terus pada polis no 997.

Taktik Scammer


D. Penipuan bank

Penipuan bank melalui phone call scam

Scam perasugut

Scammer call mengatakan ada bungkusan dari courier spt poslaju j&t. .Penipuan panggilan telefon Pos Laju j& t biasanya bermula apabila seseorang menerima panggilan daripada nombor telefon peribadi yang tidak dikenali. Penipu akan mengaku bahawa mereka adalah wakil dari Pos Laju atau j&t dan memberitahu mangsa bahawa terdapat bungkusan yang belum diambil di pejabat Pos Laju atau j&t. Mereka akan mengarahkan mangsa untuk menekan sekian sekian atau “0” untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selepas itu, seorang individu yang mengaku sebagai wakil Pos Laju atau j&t akan muncul dan meminta maklumat peribadi mangsa, termasuk nombor kad pengenalan, maklumat bank atau sebagainya.Tambahnya, mangsa telah diminta untuk memberikan maklumat perbankan selain diminta untuk memindahkan wang bagi mengelakkan mangsa ditangkap.Lepas tu melalut dgn mengatakan bungkusan ada dadah,barang terlarang, akta anti money laundering. Duit ditahan, kena masuk pada akaun tertentu untuk dibekukan.tidak bolih beritahahu sesiapa sebab rahsia

Apa apa rancangan yang melibatkan terpaksa beri duit baru dapat untung yang tak logik maka ia adalah scam.


E. Pinjaman

Jika ia minta duit dulu, jangan buat, elak kena scam.pastikan perjanjian dibuat lengkap spt atas nama syarikat, bukan individu,dan syarikat itu mempunyai lesen sebagai pemberi pinjaman.dalam perjanjian dinyatakan jumlah pinjaman, tempoh, bayaran bulanan, faedah, penalti dikenakan lambat bayar, dan discount jika langsaikan hutang dgn cepat. Selain itu maklumat asas syarikat,nama syarikat ,alamat syarikat no teliphone pejabat syarikat. Lembaga pengarah. Call pejabatnya dapatkan maklumat adakah betul spt diiklan kan. Kadanb kadang scammer memberi maklumat nama syarikat, alamat,no teliphone sedangkan pihak syarikat tidak tahu.

Jika bolih jumpa terus ambil gambarnya,dapatkan maklumat spt lesen sebagai agent pemberi pinjaman.Elakan  berhubung melalui call,whatapps,facebook dan lain lain.

Jika ia minta wang lebih dari sepatutnya, dapatkan no account bank dan bank  dan  call no 997

F. Scam guna WA,facebook kawan atau saudara.

Scam ini mengunakan,profil dan gambar dalam facebook,Whattaps dan meminta wang pinjaman dengan berjanji nak  ganti.buat video call untuk kepastian.

G. Apa apa pun yang melibatkan meminta wang pendahuluan, deposit. itu adalah scam.wang itu di bank in dalam akaun individu.

Monday, August 07, 2023

Poligami-Mentaliti perempuan melayu zaman sekarang

  Baca dibawah dgn minda terbuka, tak galakan jika minda tertutup sebab otaknya dah di set bangkangan dgn marah,jelek dan sakit hati dan berbagai komen negatif

Kebanyakan Perempuan melayu anti poligami bila dah jadi isteri, egonya dan bangga diri  bertambah dan suka memandang rendah hingga taraf hina kepada  janda dan anak dara tua. Perkataan dah jadi sinonim isteri orang yang sellfish ,pentingkan diri sendiri,ego, sombong dan menghasut dengan andaian melalut serta menghina anak dara tua,janda bila suami nak kawin lagi.Isteri orang melayu merendahkan maruah anak dara(tua) dan janda melayu berperasangka isteri melayu menjadi hina bila suaminya kawin dgn orang lain yang sebangsa dgnnya.

Suami kahwin lagi bukan dianggap ibadah malah dianggap maksiat terbesar.

Dengan penuh marah emosi,dendam, dan bangga ,tak puas hati poligami yang disyariatkan allah dan sunah nabi. Ia tidak dianggap derhaka menentang sunah nabi,menentang alquran dan menentang  suami yang kawin dari satu. Ia menganggap suaminya kepunyaannya sorang saja tapi bukan kepunyaan allah. Dimanakah iman kamu?. 

Otak mereka jadi dungu dalam hal poligami .Pemikiran mereka tertutup (close mind ) dalam hal poligami dgn keluar idea dungunya  membuat  berbagai alasan,andaian dan cerita karut.tindakan dan percakapan mereka mengundang/ meminta musibah dari allah tanpa mereka sedari spt dibawah.Sibuk kempen perjuangkan wanita. Tapi pada masa yg sama,orang yang sama menghina para wanita dgn melebel perampas,penyodol dll.

Mereka sanggup menyalahgunakan alquran untuk mengharamkan apa yang allah halalkan.

.

1.Satu itu pun payah dijawab bila depan allah. 

Seolah olah perempuan melayu teruk dan susah dididik kearah sifat mahmudah .Jika dah tunai tanggung jawab mengikut lunas islam sudah cukup untuk dijawab depan allah. Jika dinasihati tidak patuh maka bolih berlepas tangan. Tanggung jawab menasihati ,jika tak nak patuh bukan urusan suami. Kisah nabi nuh ,nabi lut menjadi pengajaran bahawasanya tidak ada lagi tanggungjawab suami,bapa selepas ia menasihati keluarganya jika tidak diikuti.

2.Bila cakap suami kawin lain sebagai ujian dijawabnya Ala ada lain yang bolih dijadikan ujian, tak itu aje. 

Cara ia cakap , seolah ia yang menentukan ujian yang ALLAH berikan padanya. Bukan allah yang tentukan apa ujian yang dia terima. Mencabar takdir allah.  Dan didapati orang yang paling hampir dgnnya iaitu suaminya atau anaknya atau cucunya tidak bolih menguruskan diri sendiri  spt oku,cacat,strok,sakit kaki,lutut,potong kaki dan ia terpaksa menanggung dan menguruskannya dan menjadi beban baginya sepanjang masa.Saya pernah dengar orang perempuan bergelar isteri bercakap begitu  Berlaku pada suaminya penyakit yang tak bolih uruskan dirinya bertahun spt strok,potong kaki(kencing manis),sakit lutut kronik yang dihidapi. Ia terpaksa menjaga ,menguruskan suaminya  bertahun tahun hingga meninggal dunia. Mungkin itu yang ia harapkan kot. Jika beri pilihan samaada suaminya sakit teruk berpanjang hingga meninggal dunia atau suaminya kawin lagi. Dengan selfish dan hatinya yg kejam mereka sanggup suaminya sakit teruk berpanjsngan hingga meninggal dunia.

3.Pernah terdengar Ada juga yang jawab melawan hukum tuhan iaitu lelaki bolih kawin lebih kenapa perempuan tak bolih.? Ternampak orang perempuan yang sama tengok video lucah satu perempuan dgn lebih lelaki. 

4.Ala buat baik bolih cara lain, tak kan hanya dibenar suami kawin lain sebagai buat baik.,

 Cara ia cakap,ia menentukan perbuatan baik yang diterima allah. Bukan allah yang mentukan perbuatan yang allah terima. Perbuatan kebaikan setiap manusia  yang allah tentukan sebagai diterima dan masuk syurga. Imam alghazali bermimpi , ia masuk syurga bukan karangan bukunya tapi  membiarkan lalat meminum air dakwat-(mungkin dakwat masa dulu bolih minum) hingga puas.

Kebanyakan orang yang cakap macam ni, tabiatnya suka cari keburukan orang lain, menokok tambah cerita andaian andaian yang buruk,atau tidak elok dan menyebarkan pada orang lain. Ia happy bila dapat kutuk orang lain.Ia juga happy bila mengenakan (menjudu ) suami orang dgn anak dara atau janda , lagi happy kot bila terkena kepada suaminya . Budaya fitnah dah jadi sinomin melalui sangkaan dan andaian hanya  melihat sebahagian kejadian atau peristiwa dan disebarkan pada orang lain. Jika bantah cakapnya, ia akan mempertahankan dengan andaian andaian melalut sebagai fakta. Bila ia sedar itu hanya fitnah,tidak menyesal ,tidak bertaubat,tidak minta maaf pada orang yang ia fitnah sebab dah jadi kebiasaannya.

Pernah kawan yang minta cerai dan dah bercerai sebab suami nya kawin lain beritahu hatinya tak tenang malah lebih serabut selepas bercerai.

5.Jawapan sinomim. Kawin lagi satu ikut nabi,ikut alquran . Yang lain tak ikut nabi. Jika itu lah soalannya. Cari sendiri. Jika ikhlas kerana allah, allah beri jawapannya.jika beri jawapan pun kamu akan spinkan.

6. Dianggap gila,sewel,tak betul,buang tabiat, tidak ada akal ,tidak reti jaga suami,jika reda isteri benarkan suami  kawin lagi secara tidak sengaja menghina isteri-isteri Nabi digelarkan sebagai Ummahatul Mukminin  yang bermaksud ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman sebagai satu pengiktirafan kedudukan dan kemuliaan mereka. Alasannya nabi lain, suaminya lain. Ada ye alasannya.

7. Keadilan subjektif dan dah dikira adil jika memberi asas nafkah zahir dan batin. Konsep keadilan yang mengarut diwar warkan saperti sama rata, contoh isteri 1, suka makan nasi goreng, isteri ke 2 suka makan mi goreng. Maka tidak logik beri makan nasi goreng dan mi goreng pada kedua duanya pada satu masa. Isteri pertama mahu baju kebaya dan isteri kedua mahu baju kurung. Maka tak logik beri baju kurung dan baju kebaya kepada kedua duanya.

8. Suami kawin lain.kononnya tidak menghargai isteri dan pengorbanan isteri. Dari sudut positif Bolih juga menghargai isteri dengan kawin lain supaya isteri yang baik menjadi lebih baik dengan mengurangkan sifat mazmumah dan manambah sifat mahmudah diantara isteri isteri.Ini adalah ujian samada isteri itu benar benar baik atau pura pura baik. Kadang kadang diluar nampak baik tapi berbeza bila dalam rumah dan didalam hati. Bila dengan orang pijak semut tak mati ,bila dgn suami pijak gajah pun bolih penyet tapi mereka tidak mengaku bila diberitahu sebab keras kepala.

9. Isteri melayu sombong dan ego mengutuk dan menghina janda dan anak dara tua , buruk sangka, membuat andaian melalut pada anak dara, janda berkawan suaminya. Walaupun setakat kawan saja. Dah jadi budaya melayu isteri ego yang tinggi dan memandang hina pada anak dara atau janda malahan menjadi musuh bila berkawan rapat dgn suaminya. Entahlah. Kebanyakan isteri isteri ini rajin,solat,puasa,ngaji dan zikir dalam keadaan syok sendiri tapi busuk hati makin teruk. 

Memusuhi janda  dan menghasut orang supaya tak mendekati janda dgn andaian rekaan. tak pasal pasal dapat kifarah . Menjadi janda.

Memusuhi anak dara tua, dan membuat andaian fitnah memburukan anak dara tua dapat kifarah anaknya menjadi anak dara tua. Jika anak kamu anak dara tua, fikir balik kesah dulu pernah memusuhi dan membeci anak dara tua. Patutlah ramai anak dara tua kerana ibunya memusihi anak dara tua

Di office pun macam itu juga perangai isteri isteri melayu.anak dara,janda Menjadi bahan kutukan dan ejekan. Bila pergi mana mana sorang dikatakan sombong. Bila pergi mana mana dgn perempuan dah kawin dikatakan nak jadi madunya,apa lagi beli pergi makan dgn suami orang dikatakan penyondol. Menghasut isteri jangan berkawan dengan  janda memberi anadaian buruk dan jahat dapat kifarah ia atau anak perempuan menjadi janda.  Begitu juga menghasut isteri jangan berkawan dgn anak dara tua dgn andaian jahat dan buruk dapat kifarah anak perempuan menjadi andartu. Jika anak peremouan kamu andartu, fikirkan balik ,adakah pernah buat dulu.


 Para Isteri yang perasan maksum dan suci dari dosa  akan kutuk suami berpoligami dan membuat andaian andaian melalut dan dengan beremosi sanggup mendoakankan dan mengharapkan keluarga itu kucar kacir dan akhirnya kata padan muka, buat lagi.

Kebahagian syok sendiri menganggap bahagia jika suami tak kahwin lain. Kebahagian hakiki  adalah mengikut sunah nabi saw dan alquran.

Ahli terdiri dari Isteri isteri pergi melancung dan shopping sesama sendiri dan tidak ada janda atau andartu join dalam kumpulannya, begitu juga sebaliknya janda,balu dan andara tua pergi melancung,shopping tidak ada isteri orang join dalam kumpulannya. Sebab takut tak bersebab atau andaian melalut.

10.Takut bermadu dgn madu jahat atau tidak bersesuian dengannya digalakan solat isthikarah.

11. Suami kawin lain senyap dikatakan menipu. Seumur hidupnya tak pernah menipu ke?

12. Takut isteri muda bolot harta. Kebanyakan mereka bekerja,ada rumah,kereta sendiri, mereka tak heran harta suami kamu, tujuan mengelakan fitnah,menjaga diri,  maruah,dan andaian melalut dipersekitaran bila bersama lelaki. 

13. Pihak ustaz dan ustazah beri pendapat poligami dan suami kearah poligami adalah berdosa maka secara tak lansung mewar warkan dan menanam difikiran orang islam melayu mengikut kehendak dalam alquran dan nabi saw adalah haram dan berdosa. Ia yang tentukan dosa seseorang bukan allah yang tentukan.

Ada yang berhasrat bermadu tapi terpaksa batalkan sebab  sukarela punahsihat lebih banyak dari penasihat. Serangan punahsihat setiap penjuru dan sepanjang masa dgn mengemukakan berbagai andaian dan ramalan melalut sebagai benar. Sesiapa yang pernah jadi punahsihat pada isteri bermadu  sepanjang hidupnya berserabut  masalah hubungan silaturahim antara adik beradik, ibu bapa, anak beranak dan ipar dui.Macam mana buat baik pun akan dipergunakan kebaikan malah dipandang serong. itulah hukuman dari  allah.

Bermacam idea alasan,andaian walaupun melalut malahan fitnah direka untuk menyokong cakap dan fahaman sempit.termasuk menjatuhkan maruah perempuan.  Jika dilayan dan dijawab tak guna dan tidak berkesudahan, sebab ia akan cipta alasan dan fitnah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih/alasan.

Menghasut isteri , suami dirampas madu,penyondol seolah olah mencabar takdir dan penyudahnya suami dirampas oleh allah samada suami kawin lain atau meninggal dunia. Malahan anak perempuannya ditakdirkan jadi penyondol. Itu hukuman tuhan.Kaum perempuan sanggup menghina orang sekaumnya. Kongsi suami dan rampas dua perkara berbeza. Ayat sinonim dan andaian melalut, jangan kongsi suami, nanti suami kena rampas, seolah olah ia tahu takdir dan hati orang sama level dgn tuhan. Nabi saw pun tak tahu hati manusia dan takdir. Agaknya orang cakap begini bolih terima ke ibadatnya dan tuhan ampunkannya sebab mengambil sifat tuhan.ini kes syirik kecil dan ego. Cara cakap Punahsihat menghasut bercerai seolah oleh ia nak bela dan menjadi madunya.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


(Al-Hujuraat 49:12) |

Bermacam macam alasan dikeluarkan  yang menjadikan  sifat mazmumah menebal dikalangam mereka. Budaya sekarang telah dididik sifat mazmumah dikalangan wanita melalui tv, media sosial dan dididik pandangan negatif perempuan bermadu. Dikalangan wanita melayu dididik dan dibudayakan isteri no 2 atau 3, jahat,penyondol dan perampas. Dll. Sifat mazmumah ditanamkan dalam akal fikiran melayu turun temurun dari satu generasi kesatu generasi dan mereka mewar warkan contoh jahat tapi tidak mewar warkan contoh yang baik.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk(contoh penyondol,perampas). (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

(Al-Hujuraat 49:11) |

Isteri isteri yang dapat musibah saperti diatas  selidik balik adakah pernah buat dan cakap saperti diatas.? Anggap kifarah sebab menentang poligami, bercakap saperti mencabar  tuhan.

Dengan budaya ini ditanam sifat mazmumah dikalangan perempuan bolih menyebabkan anak perempuan pemutus zuriat dimana nisbah satu lelaki dan 3 perempuan dan menjadi satu perlombaan dan kebanggaan perempuan kawin cepat dan menghina kaum sendiri yang anak dara tua atau janda. Mereka banyak mengambil contoh dan tauladan  buruknya,jahatnya  poligami dalam media sosial ,yourtube,tiktok, facebook  hingga melekat di otaknya keburukan dan menghasut isteri isteri orang. Isteri isteri orang ini berbincang sesama sendiri keburukan poligami dan tidak benarkan ahlinya menyokong poligami, teruk  kena kutuk dan kata kata  penginaan jika ada ahli dalam kumpulan itu menyokong poligami

Kebanyakan mereka ini rajin solat, puasa,mengaji ,berzikir dan perasaan mereka perempuan yang baik tanpa sedari mereka syok sendiri.

Budaya sekarang menambahkan sifat mazmumah dengan kebencian yang melampau dan melenyapkan sifat mahmudah tanpa disedari mereka dalam keadaan syok sendiri. Menambahkan ego perempuan berstatus isteri dan memandang hina mengutuk, memulau pada perempuan bermadu menyebabkan mereka stress, susah hati malahan menghasut sehingga bercerai.

Memusuhi janda tak pasal pasal dapat kifarah . Menjadi janda.

Memusuhi anak dara tua, dapat kifarah anaknya menjadi anqk dara tua. Jika anwk kamu anak dara tua, fikir balik kesah dulu pernah memusuhi dan membeci anak dara tua. Patutlah ramai nanwk dara tua kerana ibunya memusihi anak dara tua.

Bila suami ada ura ura nak kahwin lagi Isteri menghalangnya , merugikannya menyebabnya menebalkan sifat mazmumah dan melenyapkan sifat mahmudah dalam dirinya.Menghasut bercerai adalah langkah terbaik bagi isteri bermadu sebab bekerja dan bolih berdikari dan bolih membela anak sendiri. Tanpa disedari sebab dengki dan menghasut yang diilhamkan syaitan muntuskan silaturahim sebagai suci.Suami kahwin lagi bukan dianggap ibadah malah dianggap maksiat terbesar.Alasannya banyak ibadah lain yang bolih buat ,bukan poligami dgn mencabar tuhan ia yang menentukan ibadah seseorang diterima tuhan.

Jahatnya Isteri sanggup suaminya gay dari suami kawin dari satu. Maknanya ia sanggup suaminya jadi umat nabi lut dari umat nabi muhammad. Ia sanggup suaminya dilaknat allah dari mendapat rahmat allah.

Isteri pertama minta cerai merupakan kerugian besar tidak gunakan peluang mendidik kearah sifat mahmudah disebabkan ego dan sifat mazmumah yang menebal.

Alasan isteri pertama yang suami tidak /jarang balik kena selidik kemungkinan penghinaan ,provokasi,kutukan , marah,makin hamun dan sindiran yang diterima suami bila ia balik rumah.malahan tidak mahu berdamai dan menerima apa apa nasihat, penjelasan suami.

Silaturahim disempitkan hanya hubungan adik beradik, ibu bapa ,saudara mara dan sepupu sepapat. Tidak dimasukan hubunggan antara suami ,isteri isteri, madu , anak tiri. Kononnya menghasut ,dan mengapikan supaya bercerai berai adalah wajib bagi orang perempuan dan tidak dikategorikan hubungan silaturahim berdasarkan andaian tidak berlandaskan alquran dan hadis.Malahan tidak dimasukan musibah memutuskan silaturahim.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?"

(Al-Kahfi 18:103)

Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

(Al-Kahfi 18:104) 

Pokok pangkal hati. Tidak ada ketegasan ikut hasutan orang dah ditanam hati yang jahat . Jika ego tak bertempat ,terima hasutan daripada penghasut,pendengki dan busuk hati malah tak terima maka hati serabut dan dianggap masalah.Isteri jangan perasan hatinya baik selagi tak benarkan atau halang suaminya kawin lagi satu. Peliknya perempuan bertemu perempuan dikenali peluk dan laga pipi. Tapi dgn madu tidak pula, madu pun perempuan juga. 

Jika keadaan sekarang isteri tak bermadu ,jangan perasaan isteri solehah,isteri baik dan jangan perasan allah sayang kamu. Ini dinamakan.Syok sendiri.

Allah gerakan kehendak  suami kawin lain untuk ujian  isteri untuk kearah mengurangkan sifat mazmumah dan meninggikan sifat mahmudah.  Tujuannya untuk mendidik manusia,wanita mengurangkan sifat mazmumah antara mereka dan membentuk sifat mahmudah dan menerbit jiwa yang tenang. Tuhan tahu hati manusia dan takdirkan suami kawin lain supaya beri peluang wanita membentuk jiwa yang tenang dan menambah sifat mahmudah dan mengurangkan sifat mazmumah. Allah terima hati mahmudah iaitu isihati seseorang bukan ibadat seseorang,Sifat mahmudah bolih dibentuk dalam suasana bermadu diikuti tolak ansur,memahami satu dgn lain. Mustahil sifat mahmudah ada dikalangan wanita jika tidak bermadu.Tapi kesiannya tidak mengunakan peluang yang allah kurniakan. Dan ujian samaada sayang allah atau sayang manusia.Salah satu tanda allah sayang isteri dengan menghantar perempuan jadi maduNya.Ambilah contoh contoh baiknya poligami dalam tv, youtube.tiktok,facebook.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 216)

Jika terima bermadu dgn reda maka hati tenang dan tidak dianggap masalah. Moga allah rahmati ahli keluarga berpoligami. Aamiiin.

Apa apa alasan pun  kemukakan pada allah. Kamu jawab disini pun tak berfeaadah

Article ni secara umum. Siapa makan chili ia sendiri yang terasa pedas. Bila terasa terlampau pedas maka dijawabnya dgn comment negatif dan andaian demi andai.