Tuesday, March 01, 2011

Berkelah di Pulau Pangkor

Pada waktu pagi, kami bersiap segala peralatan termasuk sepasang sorang pakaian masuk ke dalam kereta, bertolak dari hotel pada pukul 8.00 pagi.Kami bercadang breakfast di Bandar Lumut.

 Saya on GPS kearah Pekan Lumut. Suasana sibuk di pekan Lumut, dengan traffic jam dan orang ramai sibuk disekitar pekan lumut, Hujan renyai dah turun dan saya agak hujan dah lama dengan keadaan jalan raya basah. Satelah sampai saya menuju ketempat parking yang telah pergi semalam, tapi pintu pagar tutup dan tiada yang menjaganya menunjukan parking penuh,

Saya pandu kedepan cadang nak round sekali lagi, anak saya nampak ada budak lingkungan 20 an sabelah tangan kanan melambai dan tangan sebelah kiri menunjukan kearah kawasan padang,

"Abah, sana ada parking",
Jadi saya mengikut deretan kereta menuju kearah jalan masuk, Ada 3 orang menjaga kawasan parking, Saya tanya pada yang pegang tikit ."berapa?"
Ia tanya, "berapa hari?"
Saya jawab ,"balik petang ni".
Ia jawab," 10 ringgit"
saya bayar dan ambil tiket.
Jadi saya menuju kearah paking dan berhenti kereta kerana menunggu giliran kereta depan parking,
Suasana disekililing sibuk, Ada yang keluar kereta, ada yang sedang berbincang ,dan ada yang mencari tempat parking.

 Giliran saya parking, mengikut susunan yang diarahkan oleh penjaga parking. Satelah parking, Saya turun dan terpijak tanah lecak dan basah, saya tengok tayar belakang kereta masuk sikit ke dalam tanah yang berair,  rasa tak sedap hati. Semua keluar dari kereta.

"Dik, macam terpuruk, " saya beritahu penjaga
"tak apa, kita tolak nanti" jawabnya
"saya nak alih kan kereta ketempat lain" kata saya.

Saya masuk semula kedalam kereta, dan start injin, Saya masuk gear dan tekan minyak, kereta tak bergerak walaupun tekan minyak lama, Bunyi tayar belakang berpusing kedengaran,  Parking atendance memangil kawannya menolak kereta. Satelah mereka bersedia  saya tekan minyak sekali lagi dan kereta meluncur kedepan. Saya menuju ketempat lain yang berhampiran jalan masuk.

Saya keluar dari kereta dan memangil anak dan isteri untuk mengambil barang di dalam. kereta.  Saya tengok tempat parking tadi kosong tiada kereta yang parking di situ.

Dari tempat parking ke Jeti lebih kurang 300 meter dengan mengikut tepi jalan, Sampai ke warung tepi jalan dan kami berbincang dan setuju makan disitu.
"kita makan disini. pilih apa yang nak"
Masing masing memilih apa yang ia nak makan termasuk air minum.
Lebih kurang 20 minit satelah selesai makan dan bayar, kami bertolak ke jeti.

Sepanjang jalan ke jeti ada beberapa kedai menjual makanan kering saperti keropok, sotong kering, barang hadiah,  souvenir dan Jam tangan dan ada menjual baju. kebanyakkan baju t bergambar dan bertulis Pangkor Island atau Pulau Pangkor.

Setiba di dataran Jeti, saya cari counter tiket dan nampak kauter di sebelah kanan,  Ada dua Kaunter disitu. Nampak juruwang memangil , Saya menuju ke kaunter sebelah kiri dan tanya pada juruwang. "7 orang berapa"?,
"70 ringgit  pergi balik." jawabnya
Saya hulur 100 ringgit dan juruwang hulur 7 tiket dan baki 30 ringgit.


Disekeliling sibuk dengan orang dan kebanyakan pelancung dari singapor dan Taiwan. Kami menuju ke Pintu masuk dan hulur tiket pada penjaga perempuan umur lingkungan 30 an.
Penjaga tiket memotong tiket dan tiba ke Muhammad Amin, Penjaga terpotong tiket dan
berkata. " Ini tiket dewasa, rugi ni cik ,kena tukar tiket kanak-kanak".
saya terpegun.
"Berapa orang kanak-kanak ?" Ia bertanya.
"Dua, ini dan ini" saya menunjuk Muhammad Amin dan Syahindah.
Tiket yang terpotong ditukarkan dengan tiket yang belum dipotong pelancung lain yang kebetulan lalu disitu. Pelancung perempuan terpegun.
Penjaga tiket memberi memulangkan 2 tiket kepada saya .
berkata. "En. pergi ke kauter dan tukarkan tiket kanak-kanak".
"Yang lain tunggu dulu" , kedengar penjaga tiket memberi arahan pada ahli keluarga saya.
Saya pergi ke kaunter tiket tadi untuk memulangkan tiket,
"Cik. Tukar dua orang kanak-kanak",
Mereka mengambil 2 tiket dan mengantikan tiket kanak-kanak dan memulangkan 10 ringgit.
Saya pergi ke pintu masuk jeti dan keluarga saya menunggu di pintu masuk.
" Abah. Penjaga tu kata setiap orang pegang tiket masing-masing. " Saya hulurkan tiket kepada setiap orang.

Kami masuk ke laluan ke arah jeti mengikut orang sepanjang laluan ke Feri. Laluan selebar muat untuk 6 orang lalu beriringan, nampak beberapa feri penumpang berlabuh di jeti.  Kami  mengikut penumpang lain menuju kearah Feri .Kami masuk ke dalam Feri. Di dalam feri  nampak luas dan kerusi bersusun kiri kanan dan laluan jalan di tengah. Muatan feri lebih kurang 250 orang. Lebih  kurang 20 minit, Feri mula bergerak menuju ke Pulau Pangkor.

Sampai ke jeti Pulau Pangkor pukul 11.00 pagi. Kami keluar beramai-ramai, Satelah naik keJeti, menyusur laluan keluar. Dilaluan keluar  menyusur kedai ke perhentian teksi. Di perhentian teksi sibuk dengan pemandu teksi dan penumpang berbincang harga dan tempat. kebnyakan teksi jenis van.

Saya berbincang dengan isteri samada nak sewa kereta atau naik teksi . Saya beri alasan sewa kereta lebih mudah untuk pergi ke mana tempat yang kita suka, boleh menyimpan pakaian dan barang lain dan boleh tukar pakaian.

Kami sepakat nak sewa kereta. Saorang dalam lingkungan umur 40 an datang dan tanya
"Nak pergi mana"
" Encik. saya nak sewa kereta, macam mana". Tanya saya.
"Encik nak sewa kereta pergi ke sana tapi jika apa-apa berlaku , tak bertangung jawab, sewa secara haram". jawabnya sambil menunjuk kearah kereta parking.
Saya pergi ketempat yang di tunjukan yang sama arah dengan tandas. Saya tercari-cari sekitar jika ada yang nak menyewa kereta.
"En. ada tak yang nak sewa kereta" saya tanya penjaga tandas.
"Tak tahula. cuba tanya cik ni." jawabnya menunjukan pada saorang lelaki kebetulan berdiri disitu.
"Encik, Ada tak sesiapa nak sewa kereta"
"Tunggu kejap, tadi dia ada", sambil matanya liar mencari sasaorang.
"Itu pun dia" . Sambil melambai dan menujuk kepada lelaki.
"Encik ni nak sewa kereta" , sahutnya.
"Kereta jenis apa?. berapa sewa?, tanya saya.
"Proton iswara, 80 ringgit" jawabnya
"Saya ada ramai, 7 orang " jawab saya.
"Boleh Muat,'"jawabnya.
"Tak apalah, saya tak mahu, kalau kereta besar, nak" saya jawab balik.
Saya menuju ketempat tadi dan berselisih dengan anak yang tua , Mohd Aliff
"Abah, nak pergi tandas", katanya.
"Ok" .

Sampai di tempat tadi isteri dan yang lain menunggu saya.
Saya tanya kepada salah saorang mungkin ketua
"Encik, Dimana tempat sesuai yang ada kedai, tempat salin pakaian, mandi laut ",
"Di Teluk nipah". Jawabnya.
"Berapa tambang? " .saya tanya.
"Berapa orang? ".ia tanya balik.
" 7 orang " . jawab saya
"20 ringgit" ,
"OK"
Penjaga  pergi pada van dan berkata pada pemandu.. "ke Teluk Nipah"
"OK". Jawab pemandu.

Kami naik Van, dan Van mula berjalan menyusur dicelah kesibukan jalan dan orang ramai keluar dari perhentian teksi .
"Teluk Nipah, OK ke? Cik , " tanya saya.
" OK. Banyak pelancung di sana dan banyak aktiviti saperti mandi tepi pantai, snorkeling, speedboat, ada kedai makan, barang antik dan pakaian, dan ada perhentian teksi."  berkata sambil membawa van. Drebar membawa van dengan laju melalui jalan yang kecil dan berliku-liku.Ia membawa dengan selamba bila berselisihan dengan kereta dari sebelah hadapan. Isteri saya menjadi takut dengan keadaan van yang dibawa dengan laju.
"Lajunya, tak takut eksiden"
"Dah biasa, jalan dia" ,kata saya
Saya melihat pemandangan sekeliling, Ramai pelancung beristirehat di sekitar pantai dan makan di kedai makan di tepi pantai.
"Selalu ke ramai macam ni?.".
"Pada cuti sekolah je, pada hari lain lengang, nak dapat satu van penumpang pun susah". katanya.
Sampai di Teluk Nipah, Suasana sibuk dengan hiruk pikok orang ramai dan deretan kedai sepanjang pantai teluk Nipah memeriahkan suasana Pekan ni.

Kami turun dan menuju kearah pantai . Kami melihat di sekeliling mencari tempat.
"Meja sana tak ada orang"
"jom pergi sana"
Kami pergi sana dan mengemaskan atas meja yang bertaburan bekas makanan dan minuman memasukan kedalam tempat sampah yang berdekatan.
"macam mana nak tukar pakaian ? "
"Cik, dimana tempat jual kemah " saya tanya penjual kain .
"Tak ada, Sewa adalah 10.00, Pergi kesebalah sana" , katanya.
Saya menyusur jalan pergi kearah yang ditunjukan.
Sampai disitu ada beberapa kemah Igloo sudah dipasang, Saya nampak 2 orang budak bujang sedang bersantai diatas beranda rumah dua tingkat.
keadaan rumah macam terbengkalai dengan dinding batubata yang tidak berpelaster dan tingkap berjeriji tanpa cermin.
Dihadapan rumah ada kemah igloo sudah siap dipasang.
"Dik, disini ada tak yang nak sewa kemah?. tanya saya.
"Ada, tapi tokey dia keluar, tak tahu mana pergi" , jawab salah saorang budak tu.
"nanti saya call", katanya sambil mendail hanset.
"tak angkat, boleh tunggu kejab". satelah mendail banyak kali.
"OK"
Setelah 15 minit tidak ada sesiapa datang.
"Encik, bolih ambil kemah ni, kalau encik nak, kita tak pakai lagi, malam tadi kami tidur atas" katanya satelah melihat saya mundar mandir disitu.
"OK laa."
Mereka membuka kemah igloo dan memasukkan kedalam sarung termasuk besi rangka lalu memberikan pada saya.
Saya bayar 10 ringgit dan membawa kemah igloo ketempat tadi.
Sampai di tempat tu, saya menyuruh Muhammad Afifi dan Mohd Alif memasang kemah.
Satelah dipasang, segala pakaian dan peralatan disimpan didalan kemah. Mereka menukar pakaian untuk mandi di  dalam kemah.
Syahindah dah pergi kegigi air bermain dengan pasir, nampak betul sukanya dia.
Muhammad Afifi sibuk ambil gambar emaknya, persekitaran, syahindah dengan bermacam-macam posting.