Thursday, May 16, 2019

kesian seorang nenek

Kesihan Seorang nenek
Nenek dah tua yang dah tak larat terlantar di hospital dah lebih dari seminggu yang tak pasti bila sembuh. Dari hari kehari penjagaan nenek orang yang sama  bergilir gilir tak melebihi 4 orang siang dan malam, Anak ,menantu,cucu,cicit dan piut melebihi 40 orang tahu nenek mereka sakit , tapi buat tak kisah, mereka tidak ada sifat perihatin menjaga  bergilir gilir di hospital, hanya datang melawat sekejap dan balik. Jika mereka bergilir mengorban masa 12 jam mungkin 1 kali seminggu je atau sekali 2 minggu, Kenapa mereka tidak sanggup mengorban masa, sibuk sangat ke? nak luangkan sekali 2 minggu. Rumah mereka berdekatan dgn hospital paling jauh pun dibandar lain itupun tak ramai .Adakah kena beri duit baru nak jaganya.

 Bilangan cucu,cicit dan piut melebihi 40 orang , dan separuhnya perempuan yang dah besar. Semasa sihat Nenek ini cukup menjaga silaturahim keluarga selalu buat kenduri tahlil, sambut cucu, korban dan akikah. Ia ada sponser korban anak dan cucu dan sponser akikah cucu. Ia sungguh gembira ketika kelahiran cucu, cicit dan piut, dan sanggup datang walaupun jauh, ia akan memujuk anaknya atau jiran pergi melawat. Ia akan pergi melawat, jika ahli keluarga, anak ,cucu,cicit,piut, anak saudara, cucu saudara, jiran  sakit , dan sanggup tunggu hingga sihat dan beri duit . Begitu juga ia akan pergi melawat waris  jika mereka meninggal dunia,

Adakah mengerat silaturahim bila sihat dan bila sakit terputus silaturahim?


Selepas disiarkan arttikal diatas. rata rata marah marah dan timbul sifat negatif melayu sabenar. saya tidak menyatakan detail siapa, dimana .

Kecil hati
protest
melenting
memberi banyak alasan menguatkan kebusukan hati masing masing
marah
boikot - kononnya ada niat nak tolong tapi dah siarkan tak jadi
semuanya befikiran negatif walaupun sekadar nasihat
tidak suka menerima nasihat
tidak suka menerima kebaikan
berfikiran negatif
ego dalam sikap yang negatif
memperjuangkan dan mempertahankan peragai buruk. berpakat mengiakan perangai buruk mereka dan mencipta alasan supaya setuju tindakan mereka, dan mereka sama sama sabotaj.

Alasan paling cangih bagi mereka " kita kena terima perangai buruk mereka dan tak perlu menasihat mereka supaya tidak memutus silaturahim. dan dianggap berdosa kerana memutuskan silaturahim". dan jika menasihat mereka dianggap sebagai memutuskan silaturahim

Memang bukan semua yang perangai diatas tapi 70 peratus yang perangai begitu

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(A-li'Imraan 3:104) |


Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
(A-li'Imraan 3:114)

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah 9:71

Ayat Alquran Diatas tidak sesuai dan tidak bolih digunapakai dalam Masyarakat Melayu yang penuh sifat ego, dengki busuk hati, tak suka menerima nasihat. itulah sebabya melayu tidak berjaya sampai sekarang.