Thursday, February 02, 2017

Masalah ada Bangsa Melayu Malas dan tak berdisiplin

Semalam saya melawat abah di Hospital.Berjumpa pesakit di katil hadapan abah saya. Sempat berborak sekejap.
Saya jumpa nya dan ucapkan salam dan salam di sambut
Saya : " Dah lama sakit ?".
Lelaki tu : "Dah nak balik tunggu doktor beri kebenaran."
Saya : "Kerja Mana ?"
Lelaki tu: "Busines"
Saya : "Busines apa.?
Lelaki tu:" Ambil kontrak tempahan Jahitan".
Saya: "Banyak dapat kontrak?
Ia jawab : "Banyak juga spt, jahit uniform, stiker, baju perayaan, dll."
Saya: Ramai pekerja?.
Ia jawab: "Adalah 100 orang"
 Saya: "  Ramai ke pekerja melayu?."
 Ia jawab: "Kebanyakan pekerja bangla dan Indon."
Ia sambung :" Susah dapat pekerja melayu. pekerja melayu malas dan tak berdisiplin".
Saya sampuk. "Gaji murah kot"
Ia jawab:."Gaji ikut komisen . Jika buat betul boleh dapat melebehi RM3,0000 bulanan. Kemudahan dah ada mesin jahit, mula mula memang susah, bila dah lama kerja mahir la. tapi orang kita tak mahu belajar dan susah dahulu".

"Pekerja bagla boleh dapat RM3,000 bulanan (bersih)."
"Ada juga kita hantar pada rumah cina untuk jahit poket baju je  dan boleh buat mengikut jadual. tapi orang melayu buat tak boleh siap pada jangkamasa yang ditetapkan. Kita berniaga kena siap pada target yg ditetapkan untuk menggelakan pelanggan lari atau kena denda. Pelanggan buat tempahan yang banyak dan terdiri dari jabatan kerajaan, syarikat dan NGO."

Saya tambah. " Dah lama bangla kerja boleh mahir dan menjadi tokey. Macam dulu la, buruh kontrak bekerja buat rumah dan renovate rumah melebihi 10 tahun dah mahir dan menjadi kontrakter sendiri. Sekarang ni ramai mereka (Indon) menjadi kontraktor renovate rumah."."Macam Jiran saya mengambil  3 kontrator indonesia renovate rumah pada harga RM70,000 siap dalam masa 2 bulan.Jika kos bahan RM20,000 (mungkin murah kerana ia ambil bahan/beli dari projek perumahan berdekatan yang sedang berjalan.) kuntungan setiap orang dalam RM15,000.".

"Tengok di kilang sekarang ni ,bangla jadi supervisor dan Melayu jadi kuli, begitu juga di gedong peniagaan. . Ia layak jadi supervisor kerana pengalaman bekerja dan kesabaranya."

"Bangsa melayu bekerja tak sampai 2 bulan dah berhenti dan mengangur dirumah".

Apa yang saya dapati budak budak melayu memilih kerja dan tidak sanggup dan tidak sabar bekerja pada permulaan bertaraf buruh/kasar untuk menambah kemahiran/ilmu supaya berjaya pada masa depan.