Wednesday, October 23, 2013

pembedahan lutut

pada 2 Julai 2012, hari lahir, dan pada hari yang sama jumpa doktor followup sakit lutut. pada lapan pagi sampai hospital pakar seremban, pergi buat pendaftaran, kaunter belum buka dan ada yang duduk menunggu giliran dan ada yang munda mandir, saya dan isteri pergi kaunter pendaftaran dan kebetulan kerani kaunter baru sampai, dan bertanya
. ya, encik nak buat apa",
saya berdiri didepannya satelah mengambil kad pendaftaran ,dan mengulur kad pendaftaran pada kerani kaunter.
"buat followup",sahut saya
kerani mengulurkan slip ombor  "Encik duduk dulu, tunggu hingga nombor dipanggil;"
tak sempat duduk, nombor dipanggil. saya menuju kekaunter 1,

Kerani mengisi borang GL dan mengepilkan GL dengan borang terus beri pada saya. Saya pergi keatas  ke klinik ortopedic. Di klinik ramai orang dan menunggu giliran hampir satu jam. Jururawat panggil masuk dan doktor membuat pemeriksaan dan bertanya soalan . Dia mencadangkan membuat  CT Scan. Saya keluar dan mengikut Nurse ke bahagian Imaging. Mennunggu hampir 15 minit, kakitangan memangil saya dan membuat CT scan dibahagian lutut. satelah selesai kakitangan mengarah saya tunggu diluar. Satelah 5 minit kakitangan memberi hasil kepada saya untuk di serahkan ke doktor. Saya pergi ke klinik doktor dan menyerahkan hasil , satelah berbincang doktor kata perlu dibedah. OK saya setuju.

Doktor suruh saya tunggu luar, Nurse beri GL dan borang pendaftaran masuk wad untuk dihantar di jabatan admission.

Tiba di Admission department, mereka kata ada wad kosong dan boleh masuk sekarang. Saya minta tempoh hingga petang ni kerana nak balik ambil pakaian.

Malam tu saya tidur di wad, Nurse datang dan Menyucuk lengan untuk memasukan saluran ubat yang digantung . Tapi boring duduk wad dan tidur tak lena kerana selalu nurse datang malam tu untuk cek tekanan darah, cek suhu badan dan maka ubat.


Pembedahan di jangka Waktu Petang. Pukul dua dah masuk ruang menugggu Wad Bedah, tunggu hingga pukul 4 baru masuk the  Wad bedah ( Operation theatre). Doktor cadangkan buat bius separuh badan dari pinggang ke bawah. Doktor Bius cucuk pinggang dan menjerit kerana terasa sakit amat sangat. Saya cakap taubat le biar le ni kali terakhir kena macam ni,

Satelah bius terasa kebas dari perut hingga ke hujung kaki. Doktor menebuk 3 lubang bahagian lutut dan menunjukan diskrin monitor pergerakan alat pemotong dan kamera. Saya tengok ada bahagian daging lutut yang bengkak dan berdarah.   Nampak doktor memotong bahagian bengkak dan membuangkan darah.

Peroses ini berterusan selam 20 minit. Doktor menjahit lapisan luka .


Nurse menghantar kewad mengunaka katil beroda.  Setiap hari pergi fisiotrapi untuk buat exersice lutut.

Duduk diwad lagi selama 3 hari dan dibenarkan balik satelah dibekalkan ubat.


Dah melebehi setahun salepas pembedahan lutut masih sakit ketika dibengkok sama saperti sebelum pembedahan dan sembahyang terpaksa duduk di kerusi, masalah sama sebelum pembedahan.

Ada Masjid dan surau tidak dibekalkan kerusi dan menjadi masalah untuk sembahyang terutama sembahyang jumaat. Terpaksa cari kerusi atau bawa kerusi,

Pi Mai tang tu jugak. menghabiskan kos RM11,000 walaupun harta company.























Tuesday, October 22, 2013

Pembedahan apendik

Pada pagi Isnin 30 sept 2013, saya pergi Hospital Swasta Seremban kerana hampir 3 Minggu sakit perut, Doktor  yang incharge Doktor Y, Doktor Y mencadangkan membuat Blood test, membuat basic screening dan UltraSound dan membuat surat rujukan ke doktor Shaharudin . satelah keluar dari klinik doktor Y pergi ke bahagian Ujian darah

 Lama juga menunggu , sambil tu pergi bahagian pendaftaran GL dan meminta tolong mengfax surat rujukan ke HR syarikat. Satelah urusan selesai pergi balik ke bahagian darah dan bertanya samaada nama saya sudah dipanggil. Penyambut tetamu Bahagian Darah beritahu nama saya sudah dipanggil, dan meyuruh saya duduk. Saya call Kerani HR samada bolrh membuat GL untuk doktor S dalam hari ini juga. Ia kata boleh.

Jururawat bahagian darah memangil untuk ambil darah sekali lagi, satelah ambil darah pergi bahagian jantung untuk memeriksa jantung dan didapati ok. pukul 2 petang kena buat citiscan untuk cek perut. Tepat 2.30 petang dipanggil masuk kedalam makmal. jururawat memangil doktor bahagian imaging, doktor datang membuat pemeriksaan dan dia kata ok, cara dia cek tak menyeluruh. dia kata semua ok dan bahagian appendik OK.

Jururawat suruh tunggu luar dan satelah dapat result terus pergi ke klinik doktor , ketika masuk doktor dan bercadang membuat pemeriksaan lanjut di makmal, saya pergi makmal dan satelah berapa lama saya masuk makmal dan doktor cuba masukan alat saperti tali dan berkamera dihujung untuk memasukan melalui mulut, tapi tak berjaya kerana masalah mulut tidak dibuka luas, Doktor memicit perut belah kiri dan terus suspect apendix tanpa merujuk pada surat bahagian imaging. dan menyuruh masuk wad kerana disyaki appendix

Pagi esoknya terus masuk wad, dan membuat pembedahan apendik,

Satelah masuk bilik bedah, 2 doktor cuba memasukan alat yang berkamera kecil melalui hidung kerana tidak boleh masuk melalui mulut. Sungguh menyiksakan dan asyik batuk dan muntah. Doktor memeriksa alat tu dan didapati gambar di Monitor tak jelas dan berbintik bintik hitam dan mula mengomel kata barang dah rosak, dan menanya jururawat lain , jururawat tu pergi keluar untuk mencari alat kamera yang lain. Sementara tu mencuba memasukan alat tu , tapi masih tak berjaya kerana saya hampir tercekik dan muntah banyak kali walapun dah dibubuh cecair pelali didalam mulut.

Jururawat tiba dengan alat lain jenis yang sama, tapi gambar di monitor masih tak jelas.  Yang peliknya kenapa doktor tak periksa dulu sebelum digunakan dibilik bedah.


Satelah berapa lama saya pengsan,


Sedar je , terdengar doktor memangil, nama , doktor kata pembedahan dah selesai,  saya dihantar kewad berkongsi bilik dengan pesakit demam denggi. Hai macam mana le procedure wad ni, tidak mengasing kan pesakit  berjangkit .


Dibenarkan balik Salepas 3 hari di wad.








.