Wednesday, December 11, 2013

Dah Kawin melebihi 30 tahun masih tidak percaya pasangan

Salepas balik dari kenduri rumah sepupu singgah kejap kebetulan rumahnya berdekatan. Rumah banglo setingkat dibina dihalaman kampung. Ketika sampai, ada 3 biji kereta dalam parking. Saya berhenti kereta di tepi jalan dihadapan pagar rumah. Isteri saya dan anak anak turun dulu sementara membetulkan parking kereta. Satelah parking, saya keluar dari kereta menuju ke dalam rumah sambil menyebut ASSALAMUALAIKUM. Kali kedua memangil muncul orang lelaki umur linkungan 20 an menyahut salam.

" Tuan rumah ada?. Ajukan soalan.
"Abah ada dalam. Siapa ni? jawabnya.
"Saya adalah saudara abah dari kampung." jawab saya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam
"Masukla, Abah dan emak sedang solat. " Ia menyambut tangan dan mencuim tangan saya.

Saya dan keluarga masuk dalam rumah. keadaan dalam rumah yang tersusun .Saya menuju ke meja makan yang kelasik 8 kerusi disebelah kanan ruang tetamu. Saya dan keluarga duduk dikerusi yang tersusun di sekeliling meja. Sementara menunggu tengok di atas meja masih ada lagi kuih raya tesusun didalam balang kaca dan juga satu jag jus oren dikelilingi gelas yang antik.

Saketika, Muncul lelaki berumur lingungan 60 an dari bilik menuju kearah kami.
"Assalamualaikum, Saya dari kenduri tadi, kebetulan lalu singgah sini",
"Walaikum salam. " sahutnya.
"Makan apa yang ada. Kakak baru selesai sembahyang" sambungnya.
" Dah kenyang makan dikenduri tadi." jawab saya.
" Rumah sapa?", soalnya.
"Rumah Wan, dia buat akikah tadi", Jawab isteri saya.
"Oh ye. dia ada ajak, saya baru balik dari rumahnya." jawabnya

Satelah ia duduk dia buka balang kuih, "Rasa le kuih ni",
" Semua kuih ni buat ke?", tanya isteri saya sambil makan kuih bahulu.
"Kuih tunjuk je, Anak yang tua belikan kuih ni  di Kedah." Jawabnya.
" Dua hari lepas balik dari kedah, Kerja di Kedah." Sambungnya.

Muncul perempuan berumur lebih kurang 60 an juga dan saya kenalnya dari dulu kerana asal sama dengan kampung saya.

"Maaf le. Sibuk berkemas dalam bilik, Cucu sepahkan pakaian " , katanya sambil menuju ke kami.
"Dah bercucu ?".  sambung isteri saya .
"Dah tiga cucu, Yang sulung lelaki 6 tahun, adiknya dua perempuan. paling kecik 1 tahun." Jawabnya sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Dah besar anak kau", katanya.
"Semua ikut ke?". Tanya
" Yang nombor dua dah balik johor. "jawab saya.
"Dah ada yang kerja.? " tanya isterinya
"Belum. semua belajar lagi". jawab saya.

Satelah beberapa cit cat.
"Nak tanya berkenaan ASB boleh.", Isterinya ajukan soalan sambil memandang kearah saya.
"Boleh. " Jawab saya dan memerhati mukanya untuk kepastian.
"Saya ada ASB, banyak juga , nak bahagikan sebahagian keanak anak saya."
"Mana le tahu jika mati , tak le susah nak bahagikan harta salepas mati."
"Beri le semua pada suami. Suami kan ada, biar ia uruskan semua harta tu, pandai pandai le ia bahagikan." kata saya sambil memandang pada suami nya.
" Mana boleh bagi semua". katanya.
Saya faham maksudnya. ia tak percaya pada suaminya walaupun dah bersama melebihi 30 tahun.
" Anggap le sebagai sedekah", Sahut saya.
"Ehhh. tak boleh" , jawabnya sambil ketawa.
Suaminya diam tak berkata apa-apa. mungkin berfikir sesuatu.
"Orang Melayu tak nak beri semua harta waris pada suami kerana takut suami enjoy duit tu dengan perempuan lain. Takut suami kawin lain." Tempelak saya.
"Dia gelak je".
Saya terangkan cara urusan untuk membahagikan simpanan ASB.

"Bila bersara.?" Tanya isterinya.
"Ikut persaraan 56, lagi 5 tahun." jawabnya saya.
"Perancangan bersara buat apa?. " tanyanya lagi.
"Harap duit pencen isteri, itu pun kalau ia beri. jika tak, duduk rumah orang tua le kot. " seloroh saya.
"Kalau masih setia  boleh le", jawab isteri saya.
saya terkedu dengan jawapannya.


Pengajaran dari diatas, walaupun dah kahwin melebihi 30 tahun tapi tertanam sedikit ketidak percayaan didalam hati.

Cuba tanya diri anda, semasa anda hidup adakah anda sanggup meletak penama semua harta pada pasangan anda(isteri/suami) sebagai pewaris. Maksud saya semua harta bukan sebahagian. Cuba tanya pasangan anda adakah ia sanggup meletakan penama semua harta pada anda sebagai pewaris.?