Sunday, January 22, 2012

Sangkaan-sangkaan

Saya pergi kerumah saudara utuk menghadiri majlis pertunangan,  hantaran boleh  dikatakan mahal juga dan terjadi tawar menawar. saya tanya isteri saya kenapa mahal sangat. Biasa orang sekarang jika murah kang mcam-macam sangkaan buruk dan mereka-reka cerita buruk dan bukan setakat itu saja, jadi bahan bualan dan bahan umpatan dari satu mulut kesatu mulut.

Saya berfikir, Orang melayu hidup payah nak dapat berkat kerana keratif dalam bidang mereka-ciptaan  sangkaan sesama melayu.  Sebagai contoh di atas, jika murah disangka perempuan tu dah tidak suci lagi. Orang melayu ni, bila buat sangkaan tidak terfikir dosa besar ke kecik. main tibai je. contoh lain bila anak dara berjalan dengan suami Orang  yang bekerja satu jabatan keluar makan. disangka ada afair dan mula le menyangka perempuan tu gatal le.dan lelaki tu miang le.  Tapi kadang-kadang terpaksa. Kerana Nak dara jarang berkawan dengan perempuan dah berkahwin. Sifat naluri takut suami dikebasnya. Disangka, jika terlalu baik dengan anak dara ni, lama-lama kena kongsi suami. 

Diofis satu trend Perempuan dah kawin satu group dan anak Dara satu group. Ada grop yang berasingan dan tak tahu kenapa?
 Jika ada Janda. Janda ada group lain. Janda boleh berkawan dengan dara tapi tak ngam dengan isteri orang. tak tahu kenapa.
Orang Melayu susah le masuk surga kerna diakhirat kena jumpa pada setiap orang yang yang diumpat. yang diburuk sangka nya.


  • Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).



  • Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)



  • Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.



  • Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.



  • Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
    "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".



  • Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.



  • Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''.

     



  • Dosa kering dan mudah didapati dikalangan orang Melayu.