Sunday, April 06, 2014

pening dengan karenah takaful

Dua tahun lepas kakak ipar masuk takaful disyarikat takaful untuk kanak. Dimana jika ia meningal anaknya mendapat perlindungan  dimana syatikat takaful akan membayar hingga dewasa.

.Ia berjaya didaftarkan kerana didapati sihat satelah pihak takaful mendapati rekot kesihatan dihospital ok.9 bulan salepas mendaftar ia meninggal kerana terjatuh semasa membeli makanan. Tiga bulan sebelumnya ia sakit kekurangan darah dan masalah jantung iaitu 9 bulan selepas mendaftar takaful iaitu menurut syarikat takaful layak mendapat pampasan jika meningal 6 bulan selepas mendaftar . Tapi untuk mendapatkan pampasan bukannya mudah dan memakan masa hampir dua tahun, mula mula minta surat doktor dari gh, nak dapatkan surat doktor bukannya senang , kena ambil cuti, buat apointment untuk dapatkan.  dah dapat surat doktor dari gh tak cukup,

Satelah dapat surat doktor , hantar ke dokumen untuk apealkan permohonan tu,
dah lama tak ada respon , call, syarikat takaful tu, dan dia kata permohonan tu ok, dan pihak takaful agree untuk menyambung bayaran tu hingga tamat tempoh,

Beberapa bulan kemudian terima surat peringatan atas nama simati diikuti dengan borang kosong pengakuan kesihatan kerana tak bayar primium, pelik, dah hantar dokument mengatakan ia dah meningal dunia 2 tahun lepas. Macam mana nak isi pengakuan kesihatan orang yang dah meningal dunia. Dan juga beri amaran untuk luputkan sijil takaful

Call le syarikat takaful, apa masalah kes dulu semua dokumen dan hantar, la nak dokumen lain pulak, nak dokumen klinik kesihatan dari kelinik kerajaan sejak ia belum mendaftar lagi.

Call syarikat takaful, Selagi kes tak tutup Premium bulanan kena bayar oleh orang lain walaupun dapat balik . Jika tak bayar dianggap luput, hai kesian le waris simati, kena bayar juga.


Pening pening , bila le kes ini selesai

Pengajaran dari kes diatas,
Jangan caya sangat janji janji diorang. Kes yang ia ceritakan kes yang berjaya , tapi tak ceritakan kes yang tertanguh dan tidak berjaya. Membuat tuntutan bukan senang saperti yang diwawarkan, kpi pihak jurujual membanyakkan jualan, tapi.
kpi bahagian klaim mengurangkan dan melambatkan klaim,

Pertanyaan yang tak mampu agen takaful jawab
1 simpanan.takaful  hangus dan tak boleh dituntut Jika tak bayar primium selama 3 bulan berturut turut walau pun salepas berapa lama kita bayar. Disini le keuntungan syarikat takaful, untung atas angin . Cuba tanya berapa banyak syarikat untung dalam kes ini.
2.  Jika claim masuk hospital , maka dimestikan isi borang pengakuan kesihatan dan menghendaki lapuran doktor dan kemungkan besar bayaran primium bulanan bertambah

3. Minta statistik claim atau tuntutan bilangan angka dan  rm
?... dalam setahun berapa tuntutan dibuat
Berapa yang berjaya, berapa tertangguh dan berapa gagal
Yang berjaya selesaikan dalam tempoh 1 bulan, 3 bulan , 6 bulan dan lebih setahun
Yang masih  tertanguh dalam tempoh 1 bulan, 3 bulan , 6 bulan dan lebih setahun

Dapatkan statistik berapa yang terpaksa buat resubmit lebih dari 2 kali

Berapa kes menuntut bayaran kepada orang yang dah meningal dunia

Jika nak buat simpanan hari tua simpan asb, tabung haji, asb sekarang  ada hibah.

Jika kamu boleh simpan 300 bulanan, buat pinjaman asb dibank,sebanyak 50 000 dan jangan usik dividen walaupun kita dapat
50,000 selama 10 tahun jika dividen 6.5 % Dapat 90,000. Dan terus dapat kerana pinjaman asb ditangung oleh syarikat insurance. Walaupun lambat kerana tuntutan kes kematian tapi dapat juga, asnb dah meyediakan pendaftaran hibah dengan bayaran 300 untuk memudahkan tuntutan.

Jika sesiapa nak ambil insurance atau takaful, fikirfikir le. Walupun egen cakap untuk menolong tapi niat sabenar nak untung. Kita akan tahu satelah susah dapat tuntutan.

Moral of story, don belief syarikat takaful/insurance.