Thursday, October 25, 2012

Beli Oblong

Semasa balik dari tempat kerja, ternampak satu warung kecil dibawah sinaran lampu elektrik. warung itu sebesar kereta sorong penjaja yang berwarna oren. Saya berhenti kereta ditepi jalan, Dari samar cahaya lampu terpampang 2 orang lelaki muda sedang sibuk mengoreng dan seorang perempuan duduk di kerusi.  Saya menuju ke warung dan melihat menu yang terpampang dengan gambar oblong yang cukup menarik, saya oder 3 oblong dan sambil menunggu saya menengok disekeliling gerai dan bahan yang dijual diatas rak dan meja.
"Siapa Tokey nye ?",saya bertanya. pada lelaki yang sedang memasak daging. Lelaki itu menunjukan pada perempuan yang duduk.
"Wah ada pekerja",Sahut saya/
"Itu suami saya," sahut perempuan itu.
"ooooo", Jawab saya.
"Berniaga Full Time ke?", Tanya saya pada lelaki tu.
"Tak, saya kerja KL. Gerai ini isteri saya punya, Ia tak bekerja".
"Bagus le, Berniaga , pandai berdikari"

"Duduklah Encik", sapa perempuan tu sambil menunjuk bangku didepanya.
"OK", saya tak menolak.
" "Dah lama berniaga Oblong" , saya tanya setelah berapa minit diam
" Baru 5 Bulan."
"Banyak keluar Modal". Tanya  saya.
"sebenarnya saya dapat grant 5,000 buat perniagaan ini, dibawah kementerian sumber manusia, Gerai ini di buat secara franchise. Semuanya termasuk dapur, gerai, banner dan peralatan meyediakan oblong. Bahan mentah saperti roti, daging dan sos beli dari pembekal yang datang setiap hari isnin. "
"Kalau beli burger, sos dan roti dari kedai lain boleh ke ? Macam Tesko, Jusco."
"Tak boleh. Makanannya ada trademark sendiri dan tak boleh campur. Nanti  rasanya berbeza."