Tuesday, November 26, 2013

Melayu fobia makan lebihan Orang lain atau berkongsi sudu atau pinggan dengan orang lain

Saya pergi makan di luar dengan kawan-kawan.  Satelah memesan makanan, hidangan orang lain sampai, sementara menunggu saya minta makanan sedikit pada kawan  , Dia kata tak boleh ambil nanti teringat malam sebelum tidur sambil berseloroh dan memangil pelayan meminta pinggan kosong  dan sudu baru .

Dari sini didapati kepercayaan karut tidak boleh ambil lebih orang lain, tidak boleh kongsi sudu , tidak boleh berkongsi pinggan atau garpu orang lain , tidak boleh beri lebihan makanan pada orang lain dan tidak boleh ambil lebihan orang lain . Jika  lelaki berkongsi sudu atau garpu orang  perempuan atau mengambil lebihan maka orang perempuan tak tidur malam  teringat lelaki atau sebaliknya. itu belum lagi berkongsi gelas atau minuman. Jika perempuan yang dah kawin berkongsi sudu , garpu atau pinggan dengan anak dara atau janda maka akan berkongsi suami.

Disebabkan percaya perkara karut , makan membazir dan terbuang begitu sahaja kerana tidak sanggup makan lebihan orang lain atau memberi makan lebihannya walupun makan menggunakan sudu atau garpu. tapi peliknya mereka tak takut pula malam ketika tidur teringat anjing lipas, ulat, lalat kerana makanannya dimakan oleh anjing,lipas, ulat dan lalat. Selama ini adakah meraka ada teringat atau mimpi anjing lipas, ulat, lalat kerana makanan yang dibuang dimakan oleh anjing lipas, ulat, lalat . Jawapannya tidak ada, jadi kepercayaan karut tu memang karut. Tindakan ini meyebabkan pembaziran dan mengurang kan pahala sedekah dan mengurang kan semangat ukhwah sesama islam.

Kebanyakan mereka perempuan. kerana mereka terbawa bawa kepercayaan karut dan semasa makan mereka sangat berhati hati.

Perbuatan diatas tidak mengikut sunah Nabi SAW. Pada zaman Nabi, Semasa makan, sahabat nabi berkongsi bekas minuman sesama mereka. Satu bekas minuman digunakan bergilir gilir dikalangan sahabat bermula dari Nabi SAW , Saidina Abu bakar, Umar, Bilal bin Rabah , dan sahabat lain dan didapati mereka meminum di tempat bekas bibir  sahabat sebelum mereka. Disinilah terbentuk sahabat yang sabenar dimana tidak ujud sifat dengki, busuk hati, tamak sesama sendiri dan tidak bergaduh/bermusuh sesama sendiri.

Saya pernah makan berbuka puasa dimasjid dan caranya dengan berkongsi dulang dengan lima orang dan tidak pula berlaku perkara yang karut saperti mereka percayakan.

Melayu suka mereka cipta perkara dan kepercayaan karut dan kepercayaan karut itu menjadi adat dan budaya mereka walaupun tidak ada hadis Nabi yang meyokong kepercayaan karut dan malahan bertentangan dengan sunah Nabi SAW.