Wednesday, May 25, 2011

Penduduk tidak mengunakan peluang

Kelapa

Saya pergi kawasan kampung dan didapati pemandangan yang menyedihkan kerana tanah begitu luas tidak digunakan sepenuhnya oleh orang kampung. Contohnya tanah rumah penuh dengan tumbuhan tak mendatangkan hasil saperti lalang dan semak. Saya difahamkan kelapa mahal hari sehingga RM2.50 sebiji dan terpaksa mengimpot dari Indonesia. Pokok yang ada terlalu tinggi dan terpaksa membayar upah kepada yang mengambilnya.Pokok kelapa dah menjadi tinggi pada masa sekarang kerana ditanam oleh generasi atok dan nenek dan tidak ada usaha menaman semua  pada generasi ibu bapa.

Kenapa tidak ada usaha menanam semula pokok di tempat lain yang berdekatan tanpa menebang pokok yang baru. Dengan menaman semula pokok baru akan menambahkan hasil dan mengurangkan kos upah memanjatnya kerana pokok masih rendah lagi. Malaysia ada badan penyelidik saperti Mardi yang boleh menyelidik benih kelapa menghasilkan buah pada pokok rendah dan pada masa yang singkat.

Jika satu rumah menanam sekurangnya 2 pokok kelapa boleh mengurangkan pengimportan buah kelapa dan mengurangkan harga kelapa.


Ayam

Saya terbaca satu artikal di surat khabar penduduk di Sungai Buluh protes kesan dari perternakan ayam menyebabkan bau busuk.  Yang peliknya orang yang komplen itu memakan ayam sebagai makanan utama termasuk telur ayam. 

Harga ayam mahal marah dan bila bela ayam marah juga. Jika marah peternak bela ayam jangan makan ayam..


Jika Orang kampung bela ayam 5 ekor satu penduduk boleh menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam dan Negara tidak perlu mengimport ayam. tapi yang peliknya kampung dah istiharkan dalam kawasan majlis daerah dan tidak dibenarkan bela ayam. Ada juga jiran sanggup naik tangga majlis perbandaran buat komplen bila penduduk bela ayam dan orang yang sama makan ayam dan telur ayam sebagai makanan utamanya dan tidak bising ke kementerian bila harga ayam naik.

Tuesday, May 10, 2011

Kenaikan harga barang tak selari dengan kenaikan Gaji

Akhir-akhir ini  kenaikan harga barang mendadak dari mula kenaikan harga minyak, gula dan tepung menyebabkan harga barang lain termasuk makanan naik melebihi 10 peratus tapi kenaikan gaji tidak sampai 4 peratus..Suasana ini  menyebabkan pendapatan orang makan gaji kekurangan sebanyak 10-4= 6 peratus.dan  bermakna kekurangan sebanyak lebih dari  6 peratus dari tahun sebelumnya,jiika harga barang naik 15 peratus maka defisit perbelanjaan menjadi 15-4= 9 peratus.

Jika sebelum ini pada tahun lepas membeli barang asas yang sama pada harga RM200.00 dengan kenaikan yang mendadak sebanyak 15 peratus menjadi perbelanjaan menjadi RM230,00 . Jika penduduk hendak membuat budget hanya belanja RM200.00 maka ia terpaksa mengurangkan pembelian barang walaupun perlu


Jika perbelanjaan bulanan sebelum ini  sebanyak RM1,000 menjadi RM1150.00 maka untuk menetapkan budget hanya RM1,000 maka ia terpaksa mengikat perut, Masalahnya berapa lama boleh bertahan...


Rakyat Malaysia terpaksa mengurangkan perbelanjaan harian sebanyak melebihi 6 peratus dimana kos sara hidup bertambah tinggi. Barang keperluan harian terpaksa dikurangkan dari sebelumnya.

Penduduk yang ada kad kredit tanpa disedari mengunakan kad kredit dan terpaksa menangung kos hangus iaitu faedah dari kad kredit. sebanyak 18 peratus setahun dan menyebabkan defisit perbelanjaan bertambah banyak.

Penduduk yang ada simpanan terpaksa mengeluarkan simpanan untuk menampung pertambahan kos belanja harian dan boleh menyebabkan rizab simpanan menjadi kurang.

Kadar faedah simpanan dan dividen dari unit Amanah atau saham terpaksa dinaikan melebihi kadar kenaikan harga barang kerana jika ia kurang dari kadar kenaikan harga barang, penduduk akan berfikir lebih baik gunakan duit simpanan untuk menampung harian dari menyimpan.