Thursday, December 22, 2016

Melayu suka doakan kawan, saudara cepat mati.

Saya ada masalah komputer dan minta vendor datang, setelah satu jam, seorang lelaki separuh umur datang untuk baiki notebook. Notebook rosak dan tak bolih baiki on the spot. Jadi ia bawa notebook balik ke office nya.staff vendor ni selalu ada office tapi saya tak tahu namanya.
"Bila siap. " saya tanya
"Petang ni atau next week" , Ia jawab.
"Siapa nama" saya tanya.
"Selalu jumpa tak tahu nama". Sampuk kawan office.
"Lupa la", saya cakap nak cover kerana saya memang tak tahu nama.
"Tak lama la tu", sampuk staff vendor.

Memang semua orang faham maksudnya cepat mati atau pendek umur

Walaupun gurau memang perangai melayu  suka cakap pada kawannya perkara tak baik walaupun bergurau. Kamu semua ada pernah mengalami perkara macam ni kan.

Kenapa tak cakap dan doakan berkara yang baik pada kawan dan sahabat sesama islam.
Yang peliknya tak berani cakap pada orang bangsa lain atau ugama lain dalam kes yang sama,
Kenapa tak cakap. "Semoga Allah menguatkan ingatan Kamu,"
Atau, "moga kamu sihat dan fikiran mu tenang".

Ya Alloh jadikanlah cahaya dalam kalbuku dan kawan ku, cahaya dalam fikiran ku dan fikiran kawan ku,cahaya dalam pendengaranku dan pendengaran kawan ku, cahaya dalam penglihatanku dan penglihatan kawan ku

Tuesday, August 30, 2016

Karenah Anak Dalam Tanggung Jawab Penjagaan ibu/Bapa

Semalam saya terdengar satu kesah dalam ADILA (Aku Dia dan Lagu). Dalam kesah itu menyatakan ke kesalan seorang menantu (perempuan) menjaga bapa mertua yang lumpuh.  Ibu Mertuanya dah lama meninggal dan mempunyai 5 orang adik beradik yang mempunyai keluarga sendiri, Suaminya(Along)  terpaksa menjaga bapanya disebabkan suaminya anak lelaki sulung maka bebannya terpikul olehnya lebih lebih lagi isterinya (kak long) tak bekerja.

Adik beradik lain lepas tangan dan jarang datang menjengok bapanya .Bapa mertuanya selalu bertanya kenapa anak anaknya tak datang menengoknya dan terpaksa beri alasan yang sinonim dalam drama swasta. "mereka sibuk"
 Itu pun tengok je tak ada terfikir atau mungkin mengelak  menjaga bapanya secara bergilir gilir. Alasan yang diberi sibuk dan tiada masa untuk menjaganya. Dah lah datang dengan tangan kosong dan meminta abangnya menyediakan masakan yang sedap sedap sebelum sampai rumah.
Nak jadikan cerita kak long dapat berita bapa kak long strok dan terlantar di Hospital. Kak long meminta tolong adik beradik sebelah suaminya menjaga bapa  sementara waktu untuk bergegas ke kampung, Tapi mengecewakan kerana semuanya mengelak dengan berbagai alasan. Ding dong ding dong masa pun berlalu hari demi hari. Dah keadaan terpaksa kak long meminta tolong anaknya menjaga atoknya sementara ia balik kampung. Tiba di kampung didapati bapanya sudah meninggal dunia, tidak sempat melihatnya ketika ia di hospital. ( Dimanakah sifat ihsan adik adik lain ?. kenapa tidak bulih luangkan sehari dua menjaganya atau membawa ke rumahnya kerana along dah lama menjaganya. Nampak sangat Selfish)

Apa yang saya dapati kebudayaan dan perangai bangsa melayu ialah
1. Siapa yang mengalah antara adik beradik menjadi mangsa penindasan oleh adik-beradik yang lain.
2. Adik beradik lain lepas tangan dan tak mahu memegang tanggungjawab sama ada menjaga secara bergilir gilir.
3. Adik beradik yang tidak menjaganya tetapi  tidak sanggup keluarkan wang untuk belanja makan, minum, pakaian, pampes. Mereka semua buat buat tak paham je, alasan tak mampu beri 100 bulanan setiap orang yang peliknya mampu pergi melacung, cat kereta, astro, hp baru, cadar baru, langsir baru, meja baru .

4. Tidak sanggup keluarkan duit setiap orang untuk upah orang gaji menjaga ibu bapa.Jika tidak mahu jaganya kenapa tidak berpakat adik beradik lain beri RM100 seorang bualan , 7 orang 700 bulanan sebagai sedekah . Pahala sedekah yang paling Afdal kepada ibu bapa yang memerlukan.

Langsir berharga lebih  RM1,000 sanggup tukar setiap tahun untuk raya. Baju Raya mampu beli setiap tahun dan mencecah lebih dari RM1,000 tak temasuk astro ,modify kereta,motor, alat makeup,internet dll.

5. Harta ibu bapa direbut dan masa itulah keluar ilmu lebai dan ilmu imamnya untuk membahagi harta secara faraid.

Adakah ini dikatakan derhaka
1. Anak-anak yang lain mengabaikan tanggungjawab menjaga ibubapa
2. anak anak tidak memberi duit pada Ibu Bapa
3. Dengan menganggap dah ada orang yang jaga maka tanggungjawabnya terlepas
4. Anak yang mengalah juga berdosa kerana tidak menasihat dan tidak tegas dengan adik berdik lain (dosa adik berdik lain tertanggung pada yang menjaganya)



Menunjukan berapa Selfish nya Orang Melayu. Yang peliknya Ibadah tak tinggal Sembahyang, tak cukup puasa wajib buat puasa sunat, Tunaikan Umrah setiap tahun tapi mengabaikan ibu bapa yang susah.


Wednesday, August 10, 2016

Berbaloi ke jadi member Vacation Club?

Jadi member Vacation Club satu pembaziran dan Teruk. Saya membuat tempahan Urgent di xxxx Kuantan kerana mendaftar pada 28/8/2016 di Universiti Malaysia Pahang dan untuk menginap 27/8/2016 hingga 29/8/2016. Anak saya dapat surat tawaran pun  9/8/2016 .Tapi dikatakan penuh, Saya layak mendapat tempat satu tahun sebanyak 14 hari.  Dimanakah kelayakan saya. Dah la kelayakan bilik hangus jika tak digunakan. Saya rasa tertipu dengan  Vacation Club. Dalam agreement menyatakan syarat booking 2 minggu sebelum tarikh tempahan.   Saya terpaksa mengunakan duit sendiri duduk di kuantan sedangkan saya ada kemudahan  CLUB tapi tak boleh digunakan.


Cost vacation club RM18,0000.  selama 30 tahun dan yearly mantainence RM 600.00 yang dikenakan bayar kelayakan untuk 2 tahun 14 malam. Jika tak digunakan Hangus begitu saja.

Dalam agreement menyatakan booking 2 minggu sebelum check in tapi realiti 6  bulan atau lebih . Jika penuh mereka tak layan walaupun platinum member.
Bila dah beli duit tu hangus tak boleh refund kecuali di jual ke orang lain. Pada masa sekarang ni tak ada sapa pun nak beli.

Pada pandangan saya tak perlu vacation Club , walaupun berbagai janji kemudahan dan kebaikan tapi realiti bukan bagitu. 
Saya dah rugi terasa kena tipu dah 5 tahun bayar maintenace 600 tahunan tapi tak dapat tempah, 
Sekarang ni harga hotel murah melalui tempahan online dan last minute dengan harga yang lebih murah dari vacation club dan tak perlu membuat tempahan terlalu awal.





Sunday, July 17, 2016

Saudara /Adik Beradik Lepas Tangan

Saya balik kampung singgah rumah kawan lama, suaminya dah hampir 10 lumpuh sebelah badan.Suaminya bekas pekerja di Singapura salepas besara balik rumah isternya di kampung. salepas beberapa lama bersara ia kena strok menyebabkan lumpuh separuh badan sabelah kiri.

Adik beradiknya lapan orang  dah bekerja dan berkeluarga yang tinggal  sekitar Selangor dan Negeri sembilan iaitu sekitar 100 km dari rumah nya. Pada mulanya adik baradik rajin datang terutama hari Raya. Lama kelamaannya tiada siapa yang datang dan terbiar begitu sahaja.

Isterinya tidak bekerja dan harapkan duit simpanan yang tak berapa. Untuk menampung sara hidup terpaksa membuat kueh dan minta tolong adik sebelah isteri jualkan dan kebetulan adik isternya berniaga jual makanan. Ia terpaksa berhenti ambil tempahan menjahit kerana masa menjahit yang lama dan hasil yang tak seberapa. Alhamdulilah kerusi roda electrik dapat bantuan dari Majlis ugama islam(baitulmal) . Kerusi roda pun dah rosak kerana motornya tak berfungsi. terpaksa tolak manual.

Isterinya beritahu pernah abangnya terlepas cakap "untung isterinya ada". bunyinya saolah aolah ia tak nak jaga adiknya dan menunjukkan adik beradiknya lepas tangan.

Satu perkara yang sengaja buat lupa atau diabaikan oleh orang Melayu/Islam ? tanggung jawab adik beradik membantu adik/abang yang susah.

Jika tidak mahu jaganya kenapa tidak berpakat adik beradik lain beri RM100 seorang  bualan , 7 orang 700 bulanan sebagai sedekah . Pahala sedekah yang paling Afdal kepada adik beradik yang memerlukan.
Langsir berharga RM1,000 sanggup tukar  setiap tahun untuk raya. Baju Raya mampu beli setiap tahun dan mencecah lebih dari RM1,000 tak temasuk astro. internet dll.

Menunjukan berapa Selfish nya Orang Melayu. Yang peliknya Ibadah tak tinggal Sembahyang, tak cukup puasa wajib buat puasa sunat, Tunaikan Umrah setiap tahun tapi mengabaikan saudara/adik beradik yang susah.

Friday, May 27, 2016

Saudaramara Tamak Harta Simati

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila - al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Sy bukanlah ustazah nk cakap pasal agama,tapi sy nak ajak saudara saudari semua berfikir akn kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah,adik beradik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adikberadik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

7. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.

11. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.

12. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.

13. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.

14. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)

15 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

16.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.

17. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akan  diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

18.Ingat ye dapat pembahagian harta simati bukan terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunai tanggung jawab sebagai waris memberi nafkah pada balu dan anak buah, waris perlu pastikan balu dan anak saudara cukup makan minum, tempat tinggal dan pendidikan, jika tidak lakukan akan dipersoalkan di akhirat kerana mengabaikan hak waris.

Waris lelaki yang dapat bahagian wajib memberi  nafkah pada anak simati.

Waris sibuk pembahagian harta simati, tapi tidak sibuk melunaskan hutang simati.

Perpecahan saudara bila isteri atau suami meningal dunia sebab tamak harta. orang melayu bertangkapan ipar dan anak buah ialah orang asing lebih lebih lebih lagi bila anak nya meninggal dunia.
Walaupun  banyak mewariskan harta,tapi warisnya miskin kerana ketamakan saudaranya sendiri.
Ramai yang tak amalkan no 16, no 17 dan 18.

Sususan pembahagian harta simati.
1. Selesaikan wasiat
2. Selesaikan hutang
3. Baru difaraidkan harta yang selebihnya

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.