Monday, May 23, 2022

Perniagaan emas mlm

  Sekarang ni dah popular perniagaan emas cara multilevel marketing (mlm).

Pembeli dikehendaki mendaftar sebagai ahli dan membuat urusniaga jual beli melalui online dan dapat  mengetahui sejarah urusniaga dan baki emas yg dipunyai oleh pembeli.

Cara urusniaga membeli sedikit sedikit kurang dari 0.1g dan dikumpulkan menjadi banyak termasuk cara membeli dalam bentuk nilai Ringgit bergantung kepada harga semasa.

Kadang kadang  kita tidak percaya cara ini kemungkinan penipuan mungkin berlaku atau jika syarikat ini bankrap.

Untuk lebih menyakinkan dan berhati hati beberapa langkah perlu di buat

1. Buat pegeluaran duit selepas masukan duit dan pantau berapa lama process. Selidik syarat pengeluaran dan cara pengeluaran, kadang kadang syarikat memberi syarat tinggalkan minimum 100 ringgit. Buat pengeluaran 900 ringgit satelah memasukan 1000 ringgit.

2. Mulakan beli sedikit dikit. Dan tukar ke emas fizikal setelah cukup gram untuk ditukarkan kepada fizikal  dan simpan sebagai koleksi.

Contoh, beli 0.1g atau lebih mengikut kemampuan dan satelah terkumpul sehingga sama berat fizikal 0.5g tukar kepada fizikal atau sama dengan 1g tukar kepada fizikal.

Tukar kepada banyak jenis dan banyak fizikal jika dapat  jumlah terkumpul yg banyak.

Saperti jumlah terkumpul 20g. Maka tukarkan kesemua atau sebahagian bergantung kepada keselesaan spt jenis gold coin,gold dinar,gold plate, goldbar yang syarikat sediakan dimana menyimpan bentuk fizikal 0.5g,1g,5g,dinar,bar atau coin. Sebaikbaiknya minimum 60 peratus dari terkumpul tukar pada fizikal. Lagi banyak lagi bagus. Kita ada pegang emas fizikal jika syarikat itu bankrupt.

3. Pilih coin,bar yg bentuk fizikal dan pergi ke kedai pajak gadak. Cuba gadaikan emas fizikal atau minta menguji keaslian emas dengan sedikit upah dan simpan resit ujian.Kerana kedai pajak gadai ada alat canggih menguji ketulinan emas.

4. Penghantaran tidak digalakan hantar melalui courrier , jika bolih minta pengurus upline  yang menghantar.

5. Print out setiap urusniaga dan kedudukan emas semasa setelah buat transaksi.Sekurang kurangnya ada bukti pembelian dan pengangan  semasa emas jika system syarikat rosak. System yang mereka bina dan kendalikan tidak tahu sejauhmana kestabilan dan tidak tahu samaada sejauh mana syarikat ini buat prosedur keselamatan system iaitu backup system,upgrade system,operasi system ,install antivirus,anti malware dan pemantauan operasi system.