Saturday, October 29, 2011

Lintah

 Kawan isteri saya pergi berubat mengunakan lintah di mukanya dan menghasilkan keputusan yang memuaskan. Mukanya tidak berjerawat satelah berubat mengunakan lintah,

Jadi saya cadangkan kepada anak saya yang pertama mengunakan lintah.kerana dibahagian bawah kakinya berkudis Kudis kakinya lama tidak sembuh sejak dari tingkatan 5.Kami bercadang mengunakan lintah satelah isteri saya mendapat tahu kawan office nya sebelum ini mukanya berjerawat telah sembuh.

 Saya dapati maklumatnya dari Google search. Saya cadangkan padanya cuba di Bangi  kerana bangi tempat yang dekat.Ia setuju dan saya bawa nya ke Bangi,satelah menaliponnya dan membuat temujanji. Pada pukul 2 petang saya ke sana dan menjemput emak Mertua. Kami tiba pada pukul 3 petang. Pejabatnya di Bangi Seksen 4 Tambahan di atas Kedai jual electrik Seng Heng.

Satelah tiba di sana saya nampak papan kenyataan pada pintu depan dan kami naik ke atas. Pintu grill berkunci dan saya call, Saorang lelaki umur lingkungan 40 ke 50 an datang membuka grill. Ia memperkenalkan dirinya dan betanya dari mana. kami menuju kebilliknya tetapi isteri saya tinggal luar kerana takut tengok lintah. Saya perkenalkan anak saya dan ia menengok kaki anak saya.

 Ia setuju membuatnya dan meletakan 4 ekor lintah dikudis kaki kiri dan 4 ekor di kudis kaki kanan. Lintah mengigit kulit kaki dan anak saya rasa sakit. saya cakap sedikit je. Badan lintah makin lama makin membesar dari besar jari kelingking anak berumur 8 tahun hingga besar ibu jari. satelah satengah jam.seekor demi seekor mulut lintah tangal dari kulit.Walaupun lintah dan gugur dari kakinya tapi darah masih mengalir keluar dari kawasan gigitan.

Didapati banyak darah keluar dari kaki.Darah yang keluar merah pekat dan beku sebanyak separuh tempurung kelapa. Ia melekat plaster pada luka, tapi darah masih mengalir keluar. Satelah membayar RM150 untuk 8 ekor lintah kami turun ke bawah, Kaki anak saya masih berlumuran dengan darah. Saya suruh ia masuk keretadan saya pergi beli surat khabar. Isteri saya mengalas suratkhabar dibawah kakinya.

Kami terus balik satelah menghantar emak mertua balik ke rumahnya. Sampai dirumah, anak saya basuh kakinya,tapi darah masih mengalir keluar . Saya kata biarkan, Darah kotor yang  mengalir keluar.

Satelah basuh, darah masih mengalir, saya cadangkan letakan kakinya dalam besin yang beralas surat khabar dan biarkan darah mengalir keluar sehinnga 3 jam.Saya suruh ia basuh kakinya hingga bersih dan balut dengan kain.

Saya yakin Lintah boleh menyembuhkan kudis dan menghilangkan gatal.Kerana kulit tak akan sembuh selagi darah kotor di bawah kulit tidak dibuang. Ubat sapu hanya menyembuhkan kulit atas sementara saja. Kudis akan muncul lagi satelah ia ubat habis kerana darah kotor masih ada lagi di bawah kulit.
Lintah menghisap darah kotor dibawah kulit