Sunday, July 17, 2016

Saudara /Adik Beradik Lepas Tangan

Saya balik kampung singgah rumah kawan lama, suaminya dah hampir 10 lumpuh sebelah badan.Suaminya bekas pekerja di Singapura salepas besara balik rumah isternya di kampung. salepas beberapa lama bersara ia kena strok menyebabkan lumpuh separuh badan sabelah kiri.

Adik beradiknya lapan orang  dah bekerja dan berkeluarga yang tinggal  sekitar Selangor dan Negeri sembilan iaitu sekitar 100 km dari rumah nya. Pada mulanya adik baradik rajin datang terutama hari Raya. Lama kelamaannya tiada siapa yang datang dan terbiar begitu sahaja.

Isterinya tidak bekerja dan harapkan duit simpanan yang tak berapa. Untuk menampung sara hidup terpaksa membuat kueh dan minta tolong adik sebelah isteri jualkan dan kebetulan adik isternya berniaga jual makanan. Ia terpaksa berhenti ambil tempahan menjahit kerana masa menjahit yang lama dan hasil yang tak seberapa. Alhamdulilah kerusi roda electrik dapat bantuan dari Majlis ugama islam(baitulmal) . Kerusi roda pun dah rosak kerana motornya tak berfungsi. terpaksa tolak manual.

Isterinya beritahu pernah abangnya terlepas cakap "untung isterinya ada". bunyinya saolah aolah ia tak nak jaga adiknya dan menunjukkan adik beradiknya lepas tangan.

Satu perkara yang sengaja buat lupa atau diabaikan oleh orang Melayu/Islam ? tanggung jawab adik beradik membantu adik/abang yang susah.

Jika tidak mahu jaganya kenapa tidak berpakat adik beradik lain beri RM100 seorang  bualan , 7 orang 700 bulanan sebagai sedekah . Pahala sedekah yang paling Afdal kepada adik beradik yang memerlukan.
Langsir berharga RM1,000 sanggup tukar  setiap tahun untuk raya. Baju Raya mampu beli setiap tahun dan mencecah lebih dari RM1,000 tak temasuk astro. internet dll.

Menunjukan berapa Selfish nya Orang Melayu. Yang peliknya Ibadah tak tinggal Sembahyang, tak cukup puasa wajib buat puasa sunat, Tunaikan Umrah setiap tahun tapi mengabaikan saudara/adik beradik yang susah.