Monday, November 07, 2011

Anak tak berminat membantu ibu bapa buat kerja rumah

Saya terdengar perbualan, ibubapa bersungut yang anaknya tidak membantu membuat kerja rumah tapi ringan tulang bila orang lain minta tolong.

Ibu bapa tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada anak bila perkerjaan telah siap. Dengan sifat berat mulut memuji anak menyebabkan ia merasa tidak dihargai. Selain dari itu mulut emak cepat komplen atau membebel bila anak silap buat dan juga menjadi bahan ketawa.

Sebagai contoh bila emak suruh anak mengambil pokok serai, dan anak memberi daun serai tanpa bahagian pangkalnya, Dengan cepat marah dan mengatakan anak bodoh, "takkan lah itu pun tak tahu, perkara senang" tanpa mengajarnya cara dan apa yang patut diambil. Bukan setakat itu je menjadi modal cerita kelakar pada orang lain.
 Berserabut dgn karenahnya. Terlalu teliti. Selalunya anak anaknya tidak akan tolong ia buat urusan kerja dalam rumah, ada je tak kena. Bukan setakat kena leter malahan apa yang dah siap akan dirungkai dan ia buat balik. Basuh pinggan da  

Emak boleh mengajarnya cara mengambil pokok serai dengan membuat dahulu depannya dan suruh ia buat pada masa tu, jika silap beritahu kesilapannya tanpa mengomel panjang.  Dan beri pujian.
Dari kecil tidak diajar berkemas , memasak.semasa kecil bila anak tidak buat ikut kehendaknya atau buat silap terus tak beri buat kerja .kadang emak cerewet  buat kerjanya, ada je tak kena. Jika masak komplen tak jena seleranya,jika pinggan menantu dah basuh komplen dan basuh semula. Jika pakaian dah sidai ia komplen dan dia ubah kedudukan pakaian ikut susunan kehendaknya. Jika baju dah gosok ,digosok semula.

Pada dahulu saorang Cina datang kerumah saya dengan anak perempuan berumur 7 tahun untuk menambah saluran paip ke mesin basuh.  Salepas kerja siap anaknya membantu  memasukan peralatan dan bahan mengikut jenis ke dalam kotak peralatan dimana banyak kompartment atau ruang. Saya perhati ada juga kesilapan yang dibuat memasuki salah tempat, tapi bapanya tanpa mengomel mengambil peralatan tu memasukan ketempat yang betul.

Anaknya membantu mengelap lantai dengan kain buruk tanpa disuruh, satelah sudah ada lagi bahagian lantai kotor, bapanya mengelap bahagian kotor yang masih ada tanpa marah atau mengomel.

Cina lebih bagus ajar anak dari Melayu