Thursday, August 29, 2019

Pembahagian harta yang tidak tepat

Salam
Saya bertanya rakan yang lama tidak balik kampung dan rumah arwah ibu bapa usang dan terbiar begitu sahaja

Adik beradiknya 4 orang dan cara pembahagian harta saperti dibawah


  • Anak sulung dan hingga anak ketiga dapat tanah dusun dan kebun kelapa sawit
  • Anak bongsu  perempuan dapat tapak rumah
  • Anak yang ketiga tinggal dan bekerja dekat kampung sebagai pembantu pejabat, diantara adik beradik lain ia yang paling hampir dengan rumah arwah ibu
  • Anak perempuan yang bongsu ikut suami dan bekerja di Kuala lumpur yang jauhnya melebihi 200 km dari kampung halaman


Apa yang saya terkilan anak no 3 tinggal dirumah arwah ibunya tapi tanahnya atas nama adik bongsu.

Jika ada apa apa kerosakan rumah berlaku persengketaan
Jika anak bongsu guna duit repair rumah merasa rugi juga kerana repair pun bukan ia yang duduk

Jika anak ketiga guna duit sendiri repair merasa rugi kerana repair pun buat apa bukan nya dapat rumah tu, Lebih baik buat rumah sendiri dan penyudahnya bina rumah sendiri kos melebehi 100 ribu dan menjadi pembaziran duit yang sepatutnya bolih gua di tempat lain.

Jadi tinggallah rumah tu terbiar berlapuk begitu saja.

Dari senario diatas menyebabkan rumah orang melayu terbiar begitu saja dan akhirnya roboh

Rumah pusaka tu di jual dan duit bagi samarata ,Senang cerita bagi yang berakal pendik dan fikir duit boleh kekal saperti tapak rumah/tanah


Pada pandanganya cara pembahagian tanah tapak rumah kepada anak perempuan yang bongsu patut difikirkan semula dimana idea yang mengarut dan kita tak ambil iktibar ke atas yang sudah banyak berlaku disekelilingnya dan tidak praktik.

Paling praktik jika tanah tapak rumah diagihkan pada sesiapa yang kerja berdekatan dengan rumah ibubapa. dan tak perlu anggap anak perempuan bongsu akan menjaga kita semasa tua,  Kadang kadang anak yg lain tak semestinya perempuan yang menjaga kita semasa tua.

Dalam ramai ramai anak tu ada diantara mereka yang hidup dan bekerja di kawasan yang berdekatan dengan rumah kita maka anak itulah yang sebaik baiknyat mewarisi tanah tapak rumah kita.


Cara pembagian harta

Semasa hidup, jika anak hendak rumah atau harta mengikut peraturan saperti di bawah supaya tak berebut adik beradik

Jika adik beradik 4 orang maka sesiapa yang hendak tanah atau rumah/mendiami kena bayar 3/4 dari minimun harga pasaran
Jika harga pasaran RM 450K dan harga minum pasaran bolih dapat RM400K maka anak bolih beli pada harga 300k,  Duit 300k terpulang lah pada ibu bapa nak gunakan untuk apa samaada nak beri anak yang lain sorang sedikit.
kelebihannya tanah itu masih lagi dalam keluarga sendiri.