Monday, March 12, 2012

Penyakit. Masalah pada pesakit -untung pada sekelilingnya

Saya mengidap penyakit kulit phyriosis hampir 30 tahun. Bermacam-macam cara dan tahu apa cara yang sebenarnya. Memang betul,Ikthiar dahulu mana tahu serasi. nak mendapat serasi tu yang terpaksa mengorbankan masa, tenaga,wang dan termasuk peraturan dan pantang larang.

Dari Dukun salah,dukun islam hingga ke Jual ubat jualan terus dan termasuk jualan alat-alat bantuan dari Jepun atau korea yang harga mencecah ribuan ringgit, Nak sembuh punya pasal terpaksa lah menghabiskan duit. tapi hasilnya tak ada langsung

Ikthiar tidak berlandaskan asas yang kukuh,cuba main buta tuli je dan ada juga yang mereka cerita kadang-kadang tak masuk akal.  Orang sakit menyusahkan diri sendiri dan keluarga terdekat kerana terpaksa menghabiskan duit, masa dan tenaga. Kalau tak ada duit terpaksa mengikat perut atau berhutang, lebih-lebih lagi kos ubat yang dibeli melebehi RM 100 sebulan. itu tak termasuk dengan alat sokongan yang mencecah ribuan rinngit. Duit sepatutnya digunakan untuk perkara lain yang lebih memerlukan  sihat terpaksa dikorbankan pada kos ubat. (sung cost)

Bagi peniaga ubat atau peniaga alat sokongan merupakan keuntungan bagi mereka.   Mereka memujuk membeli dan macam-macam le cerita dongeng yang dibuatnya sehingga pesakit percaya habis. jika tak menjadi atau sakit bertambah teruk macam-macam alasannya langar pantang la, ubat tak serasi le dan mencadangkan ubat lain yang kononnya lebih mujarab. Pesakit terpaksa mengorbankan Duit lagi untuk beli ubat. Duit lagi. Memang betul duit boleh dicari, tak kanla nak tanggung badan sakit.tapi mereka tak fikir selama ini terpaksa membazir duit nak sehat, siapa yang tak nak sihat tapi lama-lama terfikir .kena tipu lagi

Kadang-kadang jadi fobia bilaorang tanya penyakit apa. kerana salepas diterangkan maka bermacam-macam le cadangannya. jumpa dukun tu le,jumpa dukun ni le, dan bermacam-macam temberangnya. semua yang jumpa terus sembuh. bila pergi tak ada hasil juga. Kalau jumpa jual ubat MLM atau ubat tepi jalan, berbuih-buih mulutnya buka temberang,kononnya ubat ni bagus dan beri contoh tah iatah tidak. bila beli dan gunakan hasil nya tak ada dan bertambah teruk adalah.