Sunday, January 28, 2018

Penipuan bank melalui phone , call scam


Hari ni saya terima call ke handset saya dari individu mengatakan saya ada membuat pinjaman peribadi sebanyak 70k di Bank terengganu pada 3 bula lepas dan mengatakan pinjaman saya tertunggak 3 bulan , Saya kata saya tak pernah membuat pinjaman peribadi ,  Ia memeras ungut jika tidak call balik dalam masa 2 jam ia akan menghantar lapuran ke BNM ia mengatakan ia akan batalkan dengan syarat buat surat lapuran polis di terengganu .Ia  mencadang call no yang diberikan untuk  menyelesaikan pinjaman dengan mengubunginya dalam masa 2jam. Ia membuat bermacam tawaran saperti ia beri no Tel Polis dan Some body dari Bank negara untuk pertanyaan. Saya dengar disekelingnya bising denga suara orang bercakap kemungkinan ramai dalam satu group

 Perkara yang peliknya ia tahu no tel dan IC , nama dan alamat saya.  Saya tengok tel tu dari  Bank berkenaan. (mungkin somebody dari  bank buat kerja atau scam yang mengunakan)

Saya call  bank melalui tel Office dan  mereka mengatakan No IC  saya tidak ada record dalam bank.

Saya cek Citos juga tidak ada record pinjaman dalam  bank itu.

Sekarang ni jangan percaya jika ada call dari bank untuk membuat tututan

Beberapa yang perlu di ambil perhatian adalah

a. semasa ia  call,  minta no account pinjaman  kerana setiap pinjaman yang lulus  ada no account (saya minta no akaun tapi ia tak beri)
b. confirm balik tempat yang dirujuk dengan mendapat no tel di internet contoh bank cawangan, bank hq  atau balai polis,
c. jangan gunakan handset yang sama bila call no yang diberikan dan dari no yang diterima, gunakan tel lain atau tel office.
d. gertak ia spt saman bank, saman bnm  kerana pinjaman bolih terlepas tanpa memohon ini menunjukan ada kelemahan dalam prosess pinjaman dan juga menunjukan bahagian audit dan risk bank dan BNM tak buat kerja.


Pinjaman tak bolih dibuat semata mata mengunakan photostate ic je
1.  bila memohon segala dokumen dan phototate ic diperlukan
2. bila permohonan lulus bank akan call untuk sign perjanjian
3. Pejabat bahagian permohonan tak sama dengan pejabat bahagian meluluskan permohonan
4. di bank , pegawai akan memasukan ic  pemohon ke tumb reader dan scan tumb print,
5. jika berjaya  document diprintkan , jika tumb print  tak berjaya maka tak bolih prosess,
6. sain document



prosess nya ketat . pinjaman tak lepas selagi tak datang sendiri dengan ic