Monday, September 23, 2019

operation jantung, stent, pembedahan jantung

Pada bulan dec 2018 pergi buat executive screening test di hospital swasta dan keputusan didapati ada 3 clog dalam  saluran jantung yang mana clog disebabkan cholestrol tinggi dalam badan / saluran darah dan kencing manis
satelah di refer dgn pakar jantung.
Doktor Pakar jantung mencadangkan dan secara memaksa saya buat Coronary angioplasty  dan terus pasang stent. 
Maka saya ikut je kehendak doktor dengan mengisi dan menadatangani surat yang dihantar oleh jururuwat tanpa menerangkan apa itu sent, risiko dan akibat jangka panjang.

Satelah memasang 2 stent. doktor menerangkan kena makan ubat cair darah seumur hidup. Aduh. seumur hidup bergantung pada ubat

 Satelah beberapa minggu saya mengalami batuk setiap malam tidak pasti samaada kesan ubat atau kesan stent.

Saya beritahu doktor yang saya mengalami batuk, tapi doktor buat tak paham dan memaksa saya meneruskan buat stent yang ketiga, saya meminta ia buat pemeriksaan jantung lebih lanjut tapi tidak di endahkan

saya pergi ijn dan meminta ijn buat pemeriksaan lanjut dan doktor mencadangkan tampah stent ketiga. Teruskan nasihat doktor membuat stent ketiga

Kerana tidak diterangkan dimana stent di pasangkan dan saya berfikir disaluran jantung utama , rupanya disaluran sekitar jantung.


satelah dipasang stent saya merasa tidak selesa kerana
seumur hidup kena makan ubat cair darah,cholestrol dan tidak bolih miss  dan setiap 3 bulan kena buat followup.
 kadang kadang sakit dada, kadang kebas tangan, dan sendawa yang tersekat, angin


Nasihat saya .Jika ada doktor yang cadangkan pasang stent. fikir dulu. dan jika tak kritkal dan bolih tangguh, buat cara lain dan sesekali makan ubat cholestrol dan kencing manis. supaya ttidak berlaku macam saya kena makan ubat cholestrol dan cair darah berterusan


.



Thursday, August 29, 2019

Pembahagian harta yang tidak tepat

Salam
Saya bertanya rakan yang lama tidak balik kampung dan rumah arwah ibu bapa usang dan terbiar begitu sahaja

Adik beradiknya 4 orang dan cara pembahagian harta saperti dibawah


  • Anak sulung dan hingga anak ketiga dapat tanah dusun dan kebun kelapa sawit
  • Anak bongsu  perempuan dapat tapak rumah
  • Anak yang ketiga tinggal dan bekerja dekat kampung sebagai pembantu pejabat, diantara adik beradik lain ia yang paling hampir dengan rumah arwah ibu
  • Anak perempuan yang bongsu ikut suami dan bekerja di Kuala lumpur yang jauhnya melebihi 200 km dari kampung halaman


Apa yang saya terkilan anak no 3 tinggal dirumah arwah ibunya tapi tanahnya atas nama adik bongsu.

Jika ada apa apa kerosakan rumah berlaku persengketaan
Jika anak bongsu guna duit repair rumah merasa rugi juga kerana repair pun bukan ia yang duduk

Jika anak ketiga guna duit sendiri repair merasa rugi kerana repair pun buat apa bukan nya dapat rumah tu, Lebih baik buat rumah sendiri dan penyudahnya bina rumah sendiri kos melebehi 100 ribu dan menjadi pembaziran duit yang sepatutnya bolih gua di tempat lain.

Jadi tinggallah rumah tu terbiar berlapuk begitu saja.

Dari senario diatas menyebabkan rumah orang melayu terbiar begitu saja dan akhirnya roboh

Rumah pusaka tu di jual dan duit bagi samarata ,Senang cerita bagi yang berakal pendik dan fikir duit boleh kekal saperti tapak rumah/tanah


Pada pandanganya cara pembahagian tanah tapak rumah kepada anak perempuan yang bongsu patut difikirkan semula dimana idea yang mengarut dan kita tak ambil iktibar ke atas yang sudah banyak berlaku disekelilingnya dan tidak praktik.

Paling praktik jika tanah tapak rumah diagihkan pada sesiapa yang kerja berdekatan dengan rumah ibubapa. dan tak perlu anggap anak perempuan bongsu akan menjaga kita semasa tua,  Kadang kadang anak yg lain tak semestinya perempuan yang menjaga kita semasa tua.

Dalam ramai ramai anak tu ada diantara mereka yang hidup dan bekerja di kawasan yang berdekatan dengan rumah kita maka anak itulah yang sebaik baiknyat mewarisi tanah tapak rumah kita.


Cara pembagian harta

Semasa hidup, jika anak hendak rumah atau harta mengikut peraturan saperti di bawah supaya tak berebut adik beradik

Jika adik beradik 4 orang maka sesiapa yang hendak tanah atau rumah/mendiami kena bayar 3/4 dari minimun harga pasaran
Jika harga pasaran RM 450K dan harga minum pasaran bolih dapat RM400K maka anak bolih beli pada harga 300k,  Duit 300k terpulang lah pada ibu bapa nak gunakan untuk apa samaada nak beri anak yang lain sorang sedikit.
kelebihannya tanah itu masih lagi dalam keluarga sendiri.


Thursday, May 16, 2019

kesian seorang nenek

Kesihan Seorang nenek
Nenek dah tua yang dah tak larat terlantar di hospital dah lebih dari seminggu yang tak pasti bila sembuh. Dari hari kehari penjagaan nenek orang yang sama  bergilir gilir tak melebihi 4 orang siang dan malam, Anak ,menantu,cucu,cicit dan piut melebihi 40 orang tahu nenek mereka sakit , tapi buat tak kisah, mereka tidak ada sifat perihatin menjaga  bergilir gilir di hospital, hanya datang melawat sekejap dan balik. Jika mereka bergilir mengorban masa 12 jam mungkin 1 kali seminggu je atau sekali 2 minggu, Kenapa mereka tidak sanggup mengorban masa, sibuk sangat ke? nak luangkan sekali 2 minggu. Rumah mereka berdekatan dgn hospital paling jauh pun dibandar lain itupun tak ramai .Adakah kena beri duit baru nak jaganya.

 Bilangan cucu,cicit dan piut melebihi 40 orang , dan separuhnya perempuan yang dah besar. Semasa sihat Nenek ini cukup menjaga silaturahim keluarga selalu buat kenduri tahlil, sambut cucu, korban dan akikah. Ia ada sponser korban anak dan cucu dan sponser akikah cucu. Ia sungguh gembira ketika kelahiran cucu, cicit dan piut, dan sanggup datang walaupun jauh, ia akan memujuk anaknya atau jiran pergi melawat. Ia akan pergi melawat, jika ahli keluarga, anak ,cucu,cicit,piut, anak saudara, cucu saudara, jiran  sakit , dan sanggup tunggu hingga sihat dan beri duit . Begitu juga ia akan pergi melawat waris  jika mereka meninggal dunia,

Adakah mengerat silaturahim bila sihat dan bila sakit terputus silaturahim?


Selepas disiarkan arttikal diatas. rata rata marah marah dan timbul sifat negatif melayu sabenar. saya tidak menyatakan detail siapa, dimana .

Kecil hati
protest
melenting
memberi banyak alasan menguatkan kebusukan hati masing masing
marah
boikot - kononnya ada niat nak tolong tapi dah siarkan tak jadi
semuanya befikiran negatif walaupun sekadar nasihat
tidak suka menerima nasihat
tidak suka menerima kebaikan
berfikiran negatif
ego dalam sikap yang negatif
memperjuangkan dan mempertahankan peragai buruk. berpakat mengiakan perangai buruk mereka dan mencipta alasan supaya setuju tindakan mereka, dan mereka sama sama sabotaj.

Alasan paling cangih bagi mereka " kita kena terima perangai buruk mereka dan tak perlu menasihat mereka supaya tidak memutus silaturahim. dan dianggap berdosa kerana memutuskan silaturahim". dan jika menasihat mereka dianggap sebagai memutuskan silaturahim

Memang bukan semua yang perangai diatas tapi 70 peratus yang perangai begitu

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(A-li'Imraan 3:104) |


Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
(A-li'Imraan 3:114)

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah 9:71

Ayat Alquran Diatas tidak sesuai dan tidak bolih digunapakai dalam Masyarakat Melayu yang penuh sifat ego, dengki busuk hati, tak suka menerima nasihat. itulah sebabya melayu tidak berjaya sampai sekarang.