Saturday, August 22, 2020

Perkara yang dititikberatkan bila mula kerja

 Saya berbicang dengan pekerja baru masuk dan didapati mereka mengabai peluang penambahan ilmu dan skill yang sedia ada dalam jabatan /syarikat .Mereka sibuk dgn gadget jika ada masa lapang dan tidak mengunakan sumber ilmu dan skill yang sediaada  dalam jabatan yang mereka ditempatkan.

Beberapa perkara yang perlu dititik beratkan dalam penambahan ilmu untuk pekerjaan. Ada dua jenis pekerjaan yang perlu di klaskan berkaitan jenis pekerjaan iaitu operasi rutin harian saperti kerja petadbiran saperti urusan pembelian, akaun, operasi kaunter, pengkeranian, pekerjaan pejabatan, operasi kilang pengeluaran dll. Jenis pekerjaan yang kedua ialah analisa dan reporting saperti analisa syarikat, analisa pelaburan, analisa ekonomi, performance report, analisa data , lapuran kewangan ,lapuran pelaburan. lapuran pemasaran,projek  dll

Kerja rutin harian

Ilmu dan skill pekerjaan Operasi rutin boleh didapati dari Standard operation procedure (SOP0 atau quality manual. setiap jabatan disediakan operasi manual. Kakitangan diberi senarai tugas dan tanggungjawab. Baca senarai tugas dengan detail dan hubungkaitkan dengan SOP atau Quality manual. Senarai Tugas menerangkan apa perlu dibuat dan SOP menerangkan bagaimana membuat sesuatu dan aliran kerja yang sepatut anda faham dan patut di buat. 

Dalan SOP atau Quality manual memberi idea permulaan sesuatu dokumen/barang didapati semaada dibuat atau dari pihak luar dan aliran pergerakan dokumen/barang dari satu tempat/individu ke tempat lain/individu berikutnya hingga selesai samada disimpan atau dihantar ke pihak lain samada luar department atau luar syarikat.

Asas ilmu dlam SOP ada saperti dibawah

  • petunjuk. graft/chart organisasi 
  • Jenis dokument/barang
  • maklumat dalam dokumen
  • Aliran dokumen/barang bermula dari tempat/departmen lain
  • Aliran dokument/barang berakhir di simpan atau ke jabatan lain/ luar
  • staff yang buat ,
  • staff yang luluskan (supervisor)
  • rekod  maklumat, buku
  • Jumlah barang/duit 
  • Pengiraan jumlah dari detail
  • no siri spt no cek, melibatkan duit



Spt contoh proses pembelian 

Penerimaan dokumen permintaan (Rquestion form) dari Jabatan lain diprosess dalam jabatan pembelian ditulis dalam SOP jabatan pembelian termasuk cara pemilihan pembekal,negotation, tender, dan meluluskaan pembekal yang dipilih, Dokumen yang diperlukan untuk proses pembayaran dihantar ke jabatan akaun/kewangan. Jabatan Kewangan ada SOP untuk process pembayaran.

Jabatan menyuruh buat memo,lapuran surat ,minitmesyuarat dan apa dokumen. penelitian kandungan dokumen saperti maklumat, format surat,kandungan dokumen , peraturan dan termasuk gaya bahasa. kakitangan baru perlu meneliti perkara ini kerana setiap orang /jabatan mempunyai standard/format yang tersendiri dan memudahkan staff akan datang bila ditugaskan membuatnya dengan kesilapan yang sedikit.

Ambil peluang baca dokumen,Jika jabatan menyuruh menyisih dokumen, Ilmu skill yang didapati dm dokumen spt jenis dokumen, isikandung ,format jenis dokumen dan gayabahasa .

Analisa/lapuran

Untuk pekerjaan melibatkan analisa , kakitangan baru minta SOP dan minta lapuran, working paper kertas kerja yang sudah dibuat dlm masa  atau 2 tahun supervisor sekurang kurangnya lima kertaskerja.

Tujuanya untuk memahami cara kerja supervisor saperti ;-

  • Supporting dokumen yang disimpan oleh supervisor kamu dalam kertas kerja  dan buat checkist jenis dokumen disimpan dan buat analisa keperluannya. dan cara susun kertas kerja.
  • Orang/kakitangan/orang luar yang terlibat
  • Lapuran yang dihasilkan . Kandungan, format dan gaya bahasa adalah penting untuk memahami cara supervisor berfikir dan apa yang diperlukan dalam lapuran, Ini memudahkan kerja supervisor bila ia membaca lapuran kamu.

Panduan Kakitangan

Menerangkan apa yang bolih/tak bolih dibuat 
Kelayakan saperti cuti ,latihan, perubatan, pinjaman, dll




Friday, June 26, 2020

Cara Mengurangkan Pengangguran Lepasan kursus kejuruteraan mekanikal

Saya ter panggil membuat nukilan berkenaan pelajar jurusan kejuruteraan makenikal  yang tak bekerja atau bekerja dengan jawatan yang tidak sesuai dengan kelulusan nya. Kejuruteraan Mekanikal  adalah subjek yang kedua susah salepas kejuruteraan elektronik dan elektrik . Kebanyakan subjek lebih kepada mereka cipta bahan  mekanikal.   Syarikat beroperasi sekarang dengan mesin dan peralatan kejuruturaan yang sedia ada dimana lebih utama kepada ilmu pemasangan,pembaikpulih dan  penyelengaraan peralatan atau mesin dan kurang permintaan dalam perkara merekacipta atau design peralatan atau membuat mesin baru

Dalam kursus kejuruturaan mekanikal lebih tertumpu pada teori, mencipta peralatan atau mesin baru  tapi tidak didedahkan cara pemasangan, membaikpulih dan penyelangaran mesin dimana pelajar yang baru bekerja terpaksa belajar sendiri ilmu pemasangan ,pembaikpulih dan penyelangaraan mesin.

Subjek kejuruteraan mekanikal disarankan memasukan latihan ilmu pemasangan,pembaikpulih dan penyelengaraan mesin atau alat kejuruteraan.

Disebabkan kursus kejuruteraan mekanikal lebih tertumpu inovasi spt teknikal drawing, kalkulus,aljebra  tapi kurang subjek bidang keusahawan dan fikiran inovasi.

Pensyarah bidang kejuruteraan mekanikal  lebih tertumpu hasil kajian yang tidak boleh digunapakai dalam masyarakat. Pensyarah mestilah berpadangan inovasi dan bercorak usahawan dan bolih digunapakai ciptaan kejuruteraan.
Pelajar juga bolih didedahkan ciptaan yang berinovasi dan bolih digunapakai dan dijual produk pada masyarakat setempat atau luar negara. Produk boleh dijual diseluruh dunia.

Final Assignment bersifat inovasi dimana pelajar mencipta alat atau mesin yang baru, ringkas boleh digunapakai pada masyarakat samaada diluar atau didalam negara. Hasil ciptaan diusulkan pada pengusaha atau syarikat untuk dipasarkan. Kerajaan perlu membantu urusan paten sesuatu ciptaan menjadi mudah dan cepat lulus dengan mengenepikan birokrasi yang melambatkan masa bertahun tahun.
Atau pelajar menjadi usahawan sendiri memasarkan dan menjual hasil ciptaan.
Pelajar juga didedahkan teknik membangunkan syarikat sendiri  dan memasarkan produk.

Saperti negara Cina mencipta produk yg nampaknya kecil tapi berguna dan bolih dipasarkan keseluruh dunia. Produk tak semestinya baru tapi mencipta produk yang menambahbaikan produk yg sedia ada.

Spt contoh dibawah
Pisau lipat yang dah ada dalam pasaran diinovasikan pisau lipat berbagai guna yang ada sekeru driver,gunting,plier,pembuka tin, pemotong wayar . kayu pembaris,kanta,"firestarter" dll

Skateboard yang sedia ada ditambahbaikan mencipta skateboard yg ada bateri ,tenaga solar dan bolih link pada handphone.

Cermin mata yang ditambah baikan nipis ,bolih lipat kecil , bolih baca waktu malam

Dompet duit lelaki yang flexible design bolih memasukan slot duit yg bermacam paten. Dompet duit lelaki sekarang tidak inovasi dan tidak laku dipasaran.

Penutup muka yang sediaada diinovasikan menjadi lebih baik. Penutup muka yang hanya tutup lubang saja dan flexible sesuai ketika makan,minum dan bercakap.

Kerusi roda yang flexible untuk oku saperti oku senang buang air besar dan kecil tanpa bangun,
senang angkat orang oku dari kerusi roda atau sebaliknya, bolih kawal melalui handphone, lokasi, remote control mengawal kerusi roda, aircon,tv dll, lampu dan sensor supaya tidak berlanggar, payung automatik terbuka bila hujan dll.

Kajian juga bolih dibuat apakah teknologi yang perlukan di negara kita  dalam kegunaan harian:
Saperti pertanian. kajian teknologi pertanian dan peralatan gunaan harian petani spt alat memanjat pokok petai,alat memanjat pokok kelapa, alat gali lubang dan tanam benih secara besar besaran.
Perikanan Cara moden tangkap ikan dilautan spt alat mengesan kawasan ikan, alat  moden tangkap  ikan dengan mudah.

Jika kita fikirkan disekeliling kita banyak lagi idea yang bolih diinovasikan dan dijadikan assignment untuk pelajar jurusan kejuruteraan spt aksesori kereta, motosikal,basikal, peralatan rumah. sukan dan peralatan sukan dlll.
Semasa hantar resume masukan 10 cadangan rekaan dan hantar  2 rekaan lakaran yang dicadang  mengikut jenis kilang .
Spt kilang bekas pelastik cadangan rekaan berasaskan bekas plastic.
Kilang  Harware cadangan rekaan berasaskan barang hardware.
Kilang perabut cadangan rekaan berasaskan perabut,kilang besi, 






Saturday, May 02, 2020

Pelajar lepasan sains komputer tidak bekerja

Saya terpanggil membuat nukilan ini satelah didapati pelajar jurusan sains komputer masih ada yang menganggur dan terdapat yang bekerja tidak berkaitan dengan bidang yang diterima semasa di Universiti atau Kolej.

Apa yang saya dapati silibus yang diajar di Universiti kolej atau politeknik yang berkaitan pengurusan projek dari perancangan  hingga siap dan pos implementation review disamping belajar pangaturan komputer (programming)  di mana silibus yang di ajar  hanya untuk  sokongan dalam organisasi atau syarikat . Dan ini menyebabkan pelajar terpaksa bergantung pada organisasi dalam pekerjaan dimana pelajar tidak bolih berdikari sendiri.
 Silibus mesti dikembangkan kearah lebih bercorak usahawan dimana pelajar bolih membuat pekerjaan sendiri tanpa memerlukan pengantungan kepada organsai atau syarikat. Jualan produk aplikasi melalui internet saperti dalam "playstore" adalah peluang untuk pelajar mencebur dalam bidang usahawan tanpa memerlukan pergantungan organisasi atau syarikat.

Saya terfikir  penambahbaikan silibus merangkumi

A. Jual produk aplikasi

  1. merangkumi pengaturcaraan yang popular dan bolih dipasarkan  dalam talian "online"saperti android Programming , Android studio,iOS application(formerly iPhone OS) programming,  multimidia, html dll.
  2. membuat produk.
  3. "upload" produk ke Playstor, youtube atau lain lain 
  4. Marketing strategy dan Pengiklanan, marketing tools, statistik jualan,
  5. Cara pembayaran . Process dan cara membuat Pendaftaran , pengunaan, kutipan wang dari jualan dengan pembayaran atas talian "(online payment")  dalam dan luarnegara saperti iPay88,MOLPaye-pay,FPX,online banking,paypal,bitcoin. 
  6.  test 
  7. Pemantauan prosess dari jualan


Dalam assignment diberi, pelajar dikhendaki  buat satu projek bermula dari perancangan projek hingga jualan. Hasil projek dan seterusnya hasil jualan.
Permarkahan assignment  berlandaskan hasil jualan.

B. Pengursan projek spaerti diatas merangkumi  membina Rangkaian jualan atas talian saperti lazada,shopee,lelong atau mengunakan kemudahan ecomerce yang sediaada dimana memerlukan projek kumpulan.


  1. mencari "ecommerce builder"
  2. Memilih plan
  3. Dapatkan domain untuk stor
  4. Membina atau mengunakaan template yang sediaada.
  5. menambah produk
  6. membina cara pembayaran
  7. Setting "shopping"
  8. Test
  9. Pemasaran dan memilih produk yang popular
  10. cara membuat pinjaman dengan badan pinjaman dan senarai badan pinjaman spt bank,PUNB,Finance company. termasuk menghantar  kertaskerja. Ini termasuk sebab pinjaman ditolak.
Dalam assignment diberi, pelajar dikhendaki  buat satu projek bermula dari perancangan projek hingga jualan. Hasil projek dan seterusnya hasil jualan.
Permarkahan assignment berlandaskan hasil jualan.

Sekadar pandangan,


Thursday, April 02, 2020

selawat nabi saw



Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini, dilindungi dari bala dan bahaya dan kematian yang baik, selawat keatas baginda sebanyak  hujan (yang menjadi rahmat), sebanyak  setiap kerdipan mata  ,hembusan nafas dan sebanyak bilangan makhluk di bumi ,di lautan dan di langit dicipta olehMu sejak azali hingga kiamat.
 Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya sebanyak  setiap kerdipan mata  ,hembusan nafas dan sebanyak bilangan makhluk di bumi ,di lautan dan di langit yang dicipta olehMu sejak azali hingga kiamat 

aamiin