Wednesday, May 14, 2025

Kesan anak kepada tindakan ibubapa -yuran sekolah

 Kesan anak kepada tindakan ibubapa -yuran sekolah

Kebanyakan ibubapa melayu culas membayar yuran persekolahan anak, ia lebih utamakan perkara yang kurang memerlukan spt tukar handset,modify kereta motor, bayar astro, beli kereta ,motor kereta, lebih dari kemampuan,tukar perabut yang masih elok,tukar langsir,beli pakaian lebih dari keperluan.

(Cadangan pada guru buat kajian statistik dari data murid dan rekord ibubapa bayar yuran selama 3 atau 4 tahun kesan pelajar jika  ibubapa pelajar yang culas bayar yuran dgn yang tak culas bayar yuran )

Membayar yuran merupakan kewajipan untuk anak anak sebagai megikut arahan pentadbir sekolah spt arahan jpj renew roadtax dan insuran kereta.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(An-Nisaa' 4:59)

Pemimpin dikalangan kamu spt disekolah adalah pengetua, peraturan jalan raya adalah jpj,pekerja syarikat taat pada bosnya.

Maknanya apa apa peraturan sekolah termasuk pembayaran yuran termasuk taat pada kepada pengetua dan jika tak bayar bolih dianggap hutang. 

Segala perbelanjaan sekolah yg ditanggung oleh sekolah menyebabkan aktiviti untuk anak murid tergendala terpaksa ambil sumber lain spt perbelanjaan photoste kertas terpaksa ditanggung guru.bayaran yuran sebaik baiknya dianggap sedekah ihsan untuk anak sendiri. Salah satu tawasul adalah memberi sedekah melalui bayar yuran dan bertawasul untuk kebaikan anak sendiri.

 Culas membayar yuran untuk anak anak  bolih menyebabkan anak anak yg malas ,tak berdisiplin,tak berwawasan ,dan masa depan yg gelap malahan hidup masa depan dalam kemiskinan kais pagi makan pagi .berhutang liat bayar, berserabut masalah kewangan.

Kebanyakan anak anak melayu kurang berjaya semasa persekolahan spt ponteng, geng budak nakal,merokok,membuli degil,malas,lawan guru dan selepas habis sekolah samada menganggur, tidak sambung belajar,kerja masalah perangai buruk spt ponteng,merokok, degil,malas.melawan bos, kurang ada jati diri dan tak berwawasan. Malahan bergaul dgn kumpulan samseng dan hisap ganja.Ada kes ibubapa kaya tapi culas bayar yuran sebabnya ia bayar yuran  tapi orang lain tak bayar yuran. Katanya mana bolih menanggung orang yg tak bayar yuran. Didapati kehidupan anaknya setakat cukup makan.

Kebanyakan Bekas Pelajar sekolah cina berjaya  samaada hingga keuniversiti dalam dan luar negeri,bekerja berpangkat tinggi atau bekerja sendiri jadi taukey . Sebab ibubapanya tak culas membayar yuran malahan berlebihan dari kutipan yang diprrlukan. Anak buah saya bekerja disekolah cina mengatakan kutipan yuran terlalu banyak dan hampir  setiap hari ibubapa mereka membawa makan untuk disedekah pada sekolah spt biskut,air kotak  dll.

Moral of story.

Jika nak anak berjaya dalam hidupnya,ia tidak culas bayar yuran malahan beri sumbangan lebih dari yuran dan niat bertawasul sedekah untuk kebaikan anak anak sendiri.

(Note: bolih ambil point ini tanpa kebenaran saya)