Sunday, June 15, 2025

Menfalsafahkan tauhid dan tasawuf

Menfalsafahkan tauhid , tasawuf alam ghaib

Sesuatu ilmu,ajaran, pemikiran difalsafahkan maka terjadi berbagai bagai pandangan atau aliran pemikiran  yang dianggap benar walaupun ada yang ternyata sesat atau salah. Ujudnya  berbagai bagai pemikiran ,fahaman dan bolih menghasilkan  bertentangan fahaman antara satu sama lain diterima pakai .


Bahaya pandangan falsafah adalah perdebatan tidak kesudahan menyalahkan pandangan tak sealiran dengannya dan mempertahankan pandangannya yang benar sebab berkaitan dgn emosi, kepercayaan,fahaman dan ikutan kearah ketaksuban. Bila seseorang dah menjadi taksub maka susah dibetulkan walaupun dikemukakan hujah dengan alquran dan hadis sebab kepercayaan ini dah tertanam dalam pemikirannya.

Tok Guru ugama, murshid mengajar falsafah tauhid,ketuhanan,alam ghaib menjadi punca ajaran sesat berkembang dan bertambah ramai pengikutnya hingga peringkat orang gila dinobat sebagai wali.

Isi kandungan Tasawuf atau teriqat menfalsafahkan tauhid dan ketuhanan dan alam ghaib. Bolih belajar  Jika ilmu disampaikan   merujuk pada alquran dan hadis nabi.

Mengelakan pembelajaran yg tak ada langsung dari alquran dan hadis.Ulama dulu membuat kitab berasaskan imiginasi , akal,mimpi tanpa merujuk alquran dan hadis nabi yang sahih. Mereka memasukan cerita,ajaran,amalan  karut,zikir tak sahih,kurafat dalam kitab . Orang terkemudian membaca dan mewar warkan ,mengikut perkara yang ada dalam kitab tanpa mengkaji kesahihan nya.Kebanyakan isi kandung kitab kurang atau tidak ada langsung dari sumber alquran dan hadis malahan bertentangan dgn alquran dan hadis nabi saw.

 Mereka terlalu taksub dgn ajaran dalam kitab malahan dituduh sesat atau wahabi jika membantah ajaran itu. Alasannya jika allah kata jadi,maka jadilah atau tak mustahil bagi allah,pemikiran dan amalan  awam tak sama dgn pemikiran dan amalan peringkat tinggi.Pengikut mula cakap mengaku ikut sunah nabi dan alquran. Tapi realitinya fahaman dan pemikirannya menentang alquran dan sunah nabi terutama dalam bidang akidah,tasawuf, alam ghaib dan zat allah.Mereka terlampau taksub ajaran yg diterimanya dan mempertahankan bidaah dan ajaran yang bertentangan dengan hadis nabi saw dan alquran dengan menganggap cara nya yang benar malahan dianggap sesat dan kafir sesiapa tak sependapat dgnnya walaupun dikemuka hujah dari dalil ,logik akal ,alquran dan hadis nabi. Lagi teruk ia spin ayat alquran dan hadis nabi menjadi selari dgn alirannya atau membuat kesimpulan secara umum dituduh menghina ulama dulu.Bahayanya cerita ,amalan karut ini diceritakan dikalangan ustaz,dinobatkan sebagai ulama menyebabkan orang percaya dan menjadi ikutan  walaupun karut,melalut dan tak logik akal, tak ada sumber sahih dari alquran dan hadis. 


Dan sinonim, ustaz tak kan menipu.Lagi bahaya bila ia memegang tampuk pemerintahan mengunakan undang undang dan kuasa untuk mempertahankan   amalannya meyebarkannya fahaman dan menyekat fahaman yang bertentangan.

Dalil nabi ,diam .tak larang seseorang buat atau tak buat untuk mengalakan bidaah. Mereka tak berani berhujah nabi bertindak sebagai hakim menilai percakapan dan perbuatan seseorang.


Khasaf ,istihaj ,karamah,tabaruk  ,istighosah atau makhrifah hanya sedikit dan tak bolih jadi hujah.Mereka mengemukakan  alasan khasaf,istihaj,karamah,tabaruk atau makrifah untuk menghalalkan fahaman, ikutan dan perbuatan mereka malahan untuk mempengaruhi orang lain samaada bersependapat atau bertentangan. Mereka memperjuangan karamah wali yang dah meninggal dunia dan berani menobatkan seseorang itu wali tanpa dalil dari alquran dan hadis. Jika makbul maka itu ujian dari allah kearah syirik dan kafir. Mewar warkan Cerita kehebatan seseorang luar biasa.tapi tak tabayun. Siapa orang itu,dimana berlaku,bila berlaku,siapa  saksi. Apa jadi selepas itu.Fahaman Golongan ini tertanam sebegitu lama hingga terpahat dalam pemikiran mereka jika menentang fahaman mereka dicop kafir dan sesat walaupun tak ada dalam hadis dan alquran malahan bertentangan dengan hadis dan alquran spt sifat 20,nur muhammad atau allah berada dimana mana.

Mengelakan syok sendiri.


Jika kaji sejarah falsafah kuno ,greek,falsafah yunani, salah satu sebabnya lenyap kitab taurat adalah menfalsafahkan isi kandung dalam kitab itu dan akhirnya mengunakan buku falsafah sebagai rujukan dan mengenepikan kitab asal.

Ujud fahaman Trinity adalah menfalsafahkan injil dalam tauhid,ketuhanan sebab pada zaman itu telah banyak ahli falsafah yg ternama.

Banyak ajaran yang menfalsafahkan perkara ghaib dan ketuhanan spt A.Kisah nur muhammad yg nampak karut

1. Dalam kitab itu Allah ingin makhluk mulia ujud sebab sunyi sebelum ujud alam, maknanya allah mempunyai emosi.

2. Ada 4 pelita keluar cahaya dan tumbuh bunga mawar. Macam ugama hindu.

3. Dalam selawat ibrahimmiah .Persoalannya Kenapa nabi muhammad meminta rahmat dan kerberkatan pada allah sama yang nabi ibrahim dapat. Dan kenapa Allah tak membantah dengan beri alasan nur muhammad lebih mulia dari nabi ibrahim.Jika nur muhammad itu ujud.

4. Semua keujudan dunia sebab nur muhammad. Maknanya  kekuasaan allah bergantung dengan nur muhammad. Cerita tanpa dalil dari alquran dan hadis dimana  kapal nabi Nuh tertulis kalimah syahadah.

B.Sifat 20.

Maka ikut cara pemikiran  falsafah bolih juga persoalkan zat allah

1.kenapa 20? Tidak 21,tidak 100.tidak berlimit

2. Adakah perlu menglimitkan tuhan dgn menghujudkan menyempadankan sifat tuhan.spt sifat ayam 2 kaki,berbulu,badan,berkaki 2, bertelur ,cara makan mematuk, makannya termasuk makan jenis daun,bijirin .Mustahil bagi ayam adalah terbang tinggi,beranak,kaki lebih dari 2.

3. Adakah soalan wajib semasa didalam kubur dan di padang mahsyar.

4. Siapakah kamu sanggup melimitkan zat allah.

5. Sifat Allah sama dgn sifat makhluk,maka allah sama dgn makhluk

.


Tugas Ulama dan ustaz menyampaikan apa diturunkan oleh allah melalui alquran dan hadis nabi. Ulama dan ustaz  tak bolih memandai mamandai mencipta selain dari alquran dan hadis nabi ,bertentangan dengan alquran dan hadis nabi lebih lebih lagi bidang tasawuf, ketuhanan dan alam ghaib sebab pemikiran manusia terbatas.

 Diutuskan nabi untuk memberitahu umat manusia berkenaan alam ghaib,ketuhanan dan tasauf. Diutuskan nabi saw untuk membantah rekaan ketauhidan sesat yang direka oleh kristian dan yahudi. Allah beritahu dalam surah  Al-Kahfi ayat 102 hingga 106.

Dalam hadis lain juga menyebutkan: Dari Abu Dzar R.a, dari Nabi S.a.w, sabdanya:" Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang Zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)."

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu Ady) . Ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasiq adalah memandai mandai buat cerita karut ,melalut,kurafat berkenaan tasauf,tauhid,ketuhanan alam ghaib tanpa merujuk pada alquran dan hadis nabi sawxmalahan bertentangan dgn alquran dan hadis nabi. saw.

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -

(Al-Jinn 72:26)

Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)

(Al-Jinn 72:27) 

Ulama dan ustaz tidak tahu alam ghaib, allah sebab ulama dan ustaz tak terima wahyu dari allah malahan tidak pengawasan dari malaikat terbuka dengan hasutan iblis.

dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

(Al-Israa' 17:85)

Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau diperbodohkan atau memperbodohkan diri. 

Aaamiiin .Aaamiiin