Saturday, October 11, 2025

Sekolah tahfiz

 Tak tahu cerita sebenar, jangan memandai buat andaian dan sangkaan. Selidik dan tabayun dulu, dapat maklumat dua dua pihak. Banyak kemungkinan.

Ada kes guna nama sekolah tahfiz tapi guna duit sumbangan untuk kepentingan peribadi spt rumah banglo,kereta mewah. Dan sengaja biarkan uzur supaya ada yang kesihan,

Prefef sekolah tahfiz diseliakan dibawah majlis ugama islam negeri.

1. Pemantauan duit derma disaluarkan

2. Pemantauan penerimaan duit derma

3. Pemantauan perbelanjaan

4. Pemantauan status projek pembinaan.

5. Pengauditan berkala.

6. Ada rekord peraakuanan yang lengkap

7. Mengunakan Akaun Bank peribadi atau sekolah tahfiz

Orang sekarang berani menipu secara terang terang.

Monday, October 06, 2025

Jangan harap orang tertentu menjaga kamu bila dah tua

 Ada kisah yg jadi pengajaran.

Ibu bapa melebihkan anak tertentu dengan mengarapkan ia menjaganya bila ia dah tua. Tapi anak yang ia musuhi sejak kecil yang menjaganya bila ia tua. Anak ia ia harap menjaganya membiarkannya malahan sibuk menuntut harta semasa ia hidup hingga ia meninggal dunia.

Kakak sulung berkorban membantu adik beradik dan support perbelanjaan kenduri perkahwinan, akikah, korban dan lain lain bantuan termasuk urusan hutang, beli kenderaan mengharapkan adik beradiknya tidak membiarkan bila ia tua. 

Tapi realitinya bila ia sudah berumur ,warga emas dan sakit tak bolih menguruskan dirinya dibiarkan malahan orang yang bukan kaitan darah dagingnya yang menjaga dan mrnguruskannya.Mulalah mengungkit dan bertambah benci dikalangan adik beradik. Macam merempat duduk dari satu rumah kerumah lain walaupun ada rumah sendiri sebab tidak ada adik beradik mahu menguruskan dirinya walaupun berduit.Bila dah meninggal dunia, adik yang  beradik tak kisah masa hidup tapi sibuk buat tahlil arwah untuknya.

Moral of story jangan mengharap dan berkata pada mereka bahawa mereka akan menjaganya bila ia tua atau sakit yang tak bolih uruskan diri sendiri.

Ada seorang yang masa muda walaupun ada anak ramai. Ia tidak mengharapkan anaknya menjaganya bila ia tua  .Ia cakap bahawa ia berharap allah jaganya bila ia tua.. Semasa tua ia tinggal dgn anak saudaranya. Ia sihat dan bolih uruskan dirinya hingga ia meninggal dunia.Dengan kesihatannya ia bolih bawa kereta dan merata berjalan.Anak anaknya rajin datang melawatnya.Ia meninggal dunia keadaan tenang dirumah anaknya bermula demam satu minggu. Walaupun ia  demam ia bolih uruskan dirinya.