Tuesday, January 25, 2011

Budaya Tak Kisah:broadband

Saya pergi mendaftar dengan syarikat pembekal servis  internet di Malaysia dengan menjajikan pelayaran internet yang lancar dan laju. Satelah mengisi borang dan mendaftar. Penjual memberi peralatan pelayaran internet iaitu Modem dan lain- lain alat tambahan. Penjual berjanji akan mengaktifkan  internet pada hari berikutnya. Pada malam esok saya mencuba mengaseskan internet tapi tidak berjaya. saya cuba berhubung dengan talian bantuan("hoteline:).. satelah dering beberapa kali, talian itu dusambungkan kepada suara machine. suara komputer dengan mengucapkan perkataan yang lembut menerangkan produk baru.. satelah habis menerangkan produk baru ia.mengarahkan menekan butang yang dikehendaki. Satu persatu suara dari komputer menerangkan butang apa yang perlu ditekan untuk servis yang dikehendaki.. Saya mahu bercakap dengan operator dan menekan butang yang di kehendaki. satelah 3 kali deringan suara komputer memberi tahu talian sibuk dan mencadangkan buat pilihan lain samaada tunggu. Saya menunggu lebih dari 15 minit. tapi tak ada jawapan dari operator. frust. tension.  Satelah beberapa kali call dan mengambil masa hampir 1 jam baru dapat juga bercakap dengan operator. Saya tanya operator kenapa lambat jawab, alasanya tak cukup kakitangan. Tak cukup  kakitangan  masalah syarikat bukan masalah pelanggan kenapa menyusahkan kakitangan , jika tak cukup kakitangan kenapa tak tambah kakitangan, Syarikat telco yang mengaku pelayaran internet terpantas. Bahagian jabatan dan sumber manusia mengkaji keperluan syarikat dan mendapat pandangan orang bawah keperluan kakitangan.

Negara lain dah maju kedepan dalam industri broadband, malaysia masih lagi jauh kebelakang dengan mengwarwarkan bahawa broadband terpantas.


Layar internet terlalu lama untuk mendapakan muka penuh laman yang dilayari. Jika kita makan masa tu . mula makan dan klik butang. laman penuh masih belum dipaparkar walaupun kita dah habis makanan.. broadband, buruk band atau teruk band.

Sifat tak kisah membuat pemberi servis dan tidak membuat apa perubahan untuk memperbaiki mutu perhidkmatan. dan mutu perkidmatan masih ditakuk lama.

No comments: