Tuesday, May 10, 2011

Kenaikan harga barang tak selari dengan kenaikan Gaji

Akhir-akhir ini  kenaikan harga barang mendadak dari mula kenaikan harga minyak, gula dan tepung menyebabkan harga barang lain termasuk makanan naik melebihi 10 peratus tapi kenaikan gaji tidak sampai 4 peratus..Suasana ini  menyebabkan pendapatan orang makan gaji kekurangan sebanyak 10-4= 6 peratus.dan  bermakna kekurangan sebanyak lebih dari  6 peratus dari tahun sebelumnya,jiika harga barang naik 15 peratus maka defisit perbelanjaan menjadi 15-4= 9 peratus.

Jika sebelum ini pada tahun lepas membeli barang asas yang sama pada harga RM200.00 dengan kenaikan yang mendadak sebanyak 15 peratus menjadi perbelanjaan menjadi RM230,00 . Jika penduduk hendak membuat budget hanya belanja RM200.00 maka ia terpaksa mengurangkan pembelian barang walaupun perlu


Jika perbelanjaan bulanan sebelum ini  sebanyak RM1,000 menjadi RM1150.00 maka untuk menetapkan budget hanya RM1,000 maka ia terpaksa mengikat perut, Masalahnya berapa lama boleh bertahan...


Rakyat Malaysia terpaksa mengurangkan perbelanjaan harian sebanyak melebihi 6 peratus dimana kos sara hidup bertambah tinggi. Barang keperluan harian terpaksa dikurangkan dari sebelumnya.

Penduduk yang ada kad kredit tanpa disedari mengunakan kad kredit dan terpaksa menangung kos hangus iaitu faedah dari kad kredit. sebanyak 18 peratus setahun dan menyebabkan defisit perbelanjaan bertambah banyak.

Penduduk yang ada simpanan terpaksa mengeluarkan simpanan untuk menampung pertambahan kos belanja harian dan boleh menyebabkan rizab simpanan menjadi kurang.

Kadar faedah simpanan dan dividen dari unit Amanah atau saham terpaksa dinaikan melebihi kadar kenaikan harga barang kerana jika ia kurang dari kadar kenaikan harga barang, penduduk akan berfikir lebih baik gunakan duit simpanan untuk menampung harian dari menyimpan.

No comments: