Wednesday, October 23, 2013

pembedahan lutut

pada 2 Julai 2012, hari lahir, dan pada hari yang sama jumpa doktor followup sakit lutut. pada lapan pagi sampai hospital pakar seremban, pergi buat pendaftaran, kaunter belum buka dan ada yang duduk menunggu giliran dan ada yang munda mandir, saya dan isteri pergi kaunter pendaftaran dan kebetulan kerani kaunter baru sampai, dan bertanya
. ya, encik nak buat apa",
saya berdiri didepannya satelah mengambil kad pendaftaran ,dan mengulur kad pendaftaran pada kerani kaunter.
"buat followup",sahut saya
kerani mengulurkan slip ombor  "Encik duduk dulu, tunggu hingga nombor dipanggil;"
tak sempat duduk, nombor dipanggil. saya menuju kekaunter 1,

Kerani mengisi borang GL dan mengepilkan GL dengan borang terus beri pada saya. Saya pergi keatas  ke klinik ortopedic. Di klinik ramai orang dan menunggu giliran hampir satu jam. Jururawat panggil masuk dan doktor membuat pemeriksaan dan bertanya soalan . Dia mencadangkan membuat  CT Scan. Saya keluar dan mengikut Nurse ke bahagian Imaging. Mennunggu hampir 15 minit, kakitangan memangil saya dan membuat CT scan dibahagian lutut. satelah selesai kakitangan mengarah saya tunggu diluar. Satelah 5 minit kakitangan memberi hasil kepada saya untuk di serahkan ke doktor. Saya pergi ke klinik doktor dan menyerahkan hasil , satelah berbincang doktor kata perlu dibedah. OK saya setuju.

Doktor suruh saya tunggu luar, Nurse beri GL dan borang pendaftaran masuk wad untuk dihantar di jabatan admission.

Tiba di Admission department, mereka kata ada wad kosong dan boleh masuk sekarang. Saya minta tempoh hingga petang ni kerana nak balik ambil pakaian.

Malam tu saya tidur di wad, Nurse datang dan Menyucuk lengan untuk memasukan saluran ubat yang digantung . Tapi boring duduk wad dan tidur tak lena kerana selalu nurse datang malam tu untuk cek tekanan darah, cek suhu badan dan maka ubat.


Pembedahan di jangka Waktu Petang. Pukul dua dah masuk ruang menugggu Wad Bedah, tunggu hingga pukul 4 baru masuk the  Wad bedah ( Operation theatre). Doktor cadangkan buat bius separuh badan dari pinggang ke bawah. Doktor Bius cucuk pinggang dan menjerit kerana terasa sakit amat sangat. Saya cakap taubat le biar le ni kali terakhir kena macam ni,

Satelah bius terasa kebas dari perut hingga ke hujung kaki. Doktor menebuk 3 lubang bahagian lutut dan menunjukan diskrin monitor pergerakan alat pemotong dan kamera. Saya tengok ada bahagian daging lutut yang bengkak dan berdarah.   Nampak doktor memotong bahagian bengkak dan membuangkan darah.

Peroses ini berterusan selam 20 minit. Doktor menjahit lapisan luka .


Nurse menghantar kewad mengunaka katil beroda.  Setiap hari pergi fisiotrapi untuk buat exersice lutut.

Duduk diwad lagi selama 3 hari dan dibenarkan balik satelah dibekalkan ubat.


Dah melebehi setahun salepas pembedahan lutut masih sakit ketika dibengkok sama saperti sebelum pembedahan dan sembahyang terpaksa duduk di kerusi, masalah sama sebelum pembedahan.

Ada Masjid dan surau tidak dibekalkan kerusi dan menjadi masalah untuk sembahyang terutama sembahyang jumaat. Terpaksa cari kerusi atau bawa kerusi,

Pi Mai tang tu jugak. menghabiskan kos RM11,000 walaupun harta company.























No comments: