Saturday, June 29, 2024

Surah asr

 Surah An nas, allah bersumpah demi masa. Bermakna menyuruh buat baik dan mencegah kemungkaran tidak bolih tangguh bila tengok,atau dengar atau tahu. Kena cegah pada masa itu juga untuk mengelak kerugian yg lebih besar.

Jika tangguh atau lambat menyebabkan kerugian yang besar dan kesan buruk pada manusia.

Contoh. 

1. Membuat bangunan

Jika jurutera tahu ada masalah kerosakan tapak.

a. Jika ia beritahu pada masa itu. Kerosakan bolih dibaiki pada masa itu

b. Jika beritahu selepas bangunan didirikan. Maka bangunan dirobohkan dan dibuat semula menyebabkan kerugian masa dan kos merobohkan dan bina semula.

C. Jika beritahu selepas bangunan siap menyebabkan pembaziran dan bangunan tidak bolih diduduki

D. Jika tidak diberitahu menyebabkan bahaya dan kehilangan nyawa.

2. Menyebarkan fitnah

A. Jika tegur pada masa buat fitnah ,fitnah terhenti masa itu.

B. Jika tegur selepas satu hari. Dah terlambat, fitnah dah tersebar oleh yang mendengarnya.

C. Jika biarkan maka semua orang dengar,tahu memandang serong pada yang kena fitnah.

3. Lauk kedai basi

Pergi kedai makanan ambil lauk. Bila rasa lauk terasa basi.

A. Kerugian sebab diam tanpa beritahu pemilik kedai, pelanggan sakit perut dan pembeli selepas dapat lauk dan war warkan pada orang lain dan pelanggan lain tak datang dan menyebab kerugian pada pekedai iaitu kedai tutup.

B. Lambat beritahu. Kerugian yang menyebabkan pelanggan selepasnya sakit perut dan musibah pada pelanggan dan penjual.

C. Beritahu penjual cepat ,penjual rasa untuk kepastian, dan buang jika pasti lauk basi.

Pengajaran pergi haji dan umrah

 Salam,Pandangan saya, dari hadis ni.

Pengajaran tunai haji dan umrah

Daripada Abi Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga”. (Sahih Bukhari No: 1773) Status: Hadis Sahih

Allah tak hapuskan dosa tanpa ujian.Sebelum buat umrah atau haji muhasabah diri dengan selidik dulu apakah perbuatan dan percakapan menjadi habit  yang kita buat menjadi berdosa,jahat sejak kecil hingga buat umrah dan haji.

 Allah kumpulkan semua tabiat,habit  buruk,jahat seseorang dalam masa menunaikan umrah  atau antara  umrah atau semasa menunaikan haji dengan  mencipta senario,keadaan yang menjadikan melakukan perbuatan dosa ,amalan buruk yang menjadi amalan/habit walaupun kecil.Jika sedar masa itu cepat cepat hindari maka tidak akan lakukan selepas itu selepas balik malaysia. Jika tak sedar dan buat juga, maka menjadi habit perangai buruk dan berdosa dan kekal hingga akhir hayat.

Sebagai Contoh dari banyak perbuatan dosa dan jahat.

A.spt perangai mengumpat,memburukkan orang jadi amalan sebelum ini, allah cipta senario dan suasana menyebabkan mengumpat.

Jika ia nampak keburukan atau mencipta andaian seorang pada masa itu.

1. Cerita pada orang keburukan dan mencipta andaian  seseorang. Maka kekal menjadi amalan selepas itu.

2. Tidak cerita keburukan orang atau buat andaian buruk . Maka selepas itu bukan jadi tabiatnya menceritakan keburukan  pada orang dan allah hapuskan dosa mengumpat.

3. Ia sedar dan bertaubat selepas menceritakan keburukan pada orang.Allah uji dgn mencipta senario lagi hingga ia tak lakukan.

B. Bangga diri

Allah cipta  senario keadaan menyebabkan bolih membangga diri spt bangga dengan ibadah dan perlekehkan orang.

Dimadinah perlekehkan jemaah yang kurang pergi raudah dan kurang baca alquran.

Dimekah, perlekehkan orang yang kurang pergi umrah,kurang baca alquran,kurang tawaf sunat, tidak solat sunat dalam hijir ismail,kurang kucup hajarul aswad dan membadingkan dirinya lebih dari orang lain.

Ayat sinonim.

a.Berapa kali solat diraudah?

b. Berapa kali buat umrah?

c. Berapa kali kucup hajarul aswad

d. Berapa kali khatam alquran dimekah dan madinah

e.berapa kali tawaf sunat

1.jika ia memperlehkan ibadat sesorang maka perangainya membangga diri kekal dalam dirinya hingga akhir hayat.

2. Jika ia sedar dan bertaubat selepas buat, allah uji lagi dgn cipta senario,suasana yang hampir sama hingga ia tak buat lagi.

3. Jika ia sedar dan tidak buat lagi , maka allah hapuskan dosanya dan ia tidak akan buat lagi selepas itu.

C Dengki

spt perangai dengki, jadi amalan sebelum ini, allah cipta senario dan suasana menyebabkan dengki.

Jika nampak seseorang menyebabkan ia dengki seorang pada masa itu.

1. Membuat ucapan dan perbuatan pada orang yang ia dengki . Maka kekal menjadi amalan selepas itu.

2. Tidak dengki . Maka selepas itu bukan jadi tabiatnya dengki pada orang dan allah hapuskan dosa dengki.

3. Ia sedar dan bertaubat selepas ucapkan atau lakukan dengki pada orang.Allah uji dgn mencipta senario lagi hingga ia tak dengki.

Moga kita semua dirahmati allah.