Saturday, June 29, 2024

Surah asr

 Surah An nas, allah bersumpah demi masa. Bermakna menyuruh buat baik dan mencegah kemungkaran tidak bolih tangguh bila tengok,atau dengar atau tahu. Kena cegah pada masa itu juga untuk mengelak kerugian yg lebih besar.

Jika tangguh atau lambat menyebabkan kerugian yang besar dan kesan buruk pada manusia.

Contoh. 

1. Membuat bangunan

Jika jurutera tahu ada masalah kerosakan tapak.

a. Jika ia beritahu pada masa itu. Kerosakan bolih dibaiki pada masa itu

b. Jika beritahu selepas bangunan didirikan. Maka bangunan dirobohkan dan dibuat semula menyebabkan kerugian masa dan kos merobohkan dan bina semula.

C. Jika beritahu selepas bangunan siap menyebabkan pembaziran dan bangunan tidak bolih diduduki

D. Jika tidak diberitahu menyebabkan bahaya dan kehilangan nyawa.

2. Menyebarkan fitnah

A. Jika tegur pada masa buat fitnah ,fitnah terhenti masa itu.

B. Jika tegur selepas satu hari. Dah terlambat, fitnah dah tersebar oleh yang mendengarnya.

C. Jika biarkan maka semua orang dengar,tahu memandang serong pada yang kena fitnah.

3. Lauk kedai basi

Pergi kedai makanan ambil lauk. Bila rasa lauk terasa basi.

A. Kerugian sebab diam tanpa beritahu pemilik kedai, pelanggan sakit perut dan pembeli selepas dapat lauk dan war warkan pada orang lain dan pelanggan lain tak datang dan menyebab kerugian pada pekedai iaitu kedai tutup.

B. Lambat beritahu. Kerugian yang menyebabkan pelanggan selepasnya sakit perut dan musibah pada pelanggan dan penjual.

C. Beritahu penjual cepat ,penjual rasa untuk kepastian, dan buang jika pasti lauk basi.

No comments: