Friday, August 30, 2024

Idea kalah hujah

Orang matang hujah dijawab hujah, bila dah taksub dan kebencian melampau  serta kalah hujah dijawab dgn kutuk,mengeji, mencarut, melalut,lakaran kartun. Teringat perangai tak matang semasa budak budak, bila kalah hujah dijawab mengeji,mencarut,mengutuk memfitnah,menuduh dan akhirnya bergaduh dgn ajak gengnya yang tak matang join bergaduh. Rupanya perangai tak matang terbawa ke dewasa dan diikuti sokongan geng tak matang.puak ini bangga idea tak matangnya disokong dan tak senang hati bila idea tak matangnya dibangkang.

Mereka mengadili sesuatu isu  berdasarkan tanggap dan pemikiran  yang dismpan dalam otak mereka yang terkeluar melalui emosi dan mengenepikan logik akal dan hujah.Segala isu yang sesuai dgn pemikiran mereka dianggap benar walaupun tak logik,melalut,mengarut,fitnah  dan bukan fakta.Maka terkeluarlah jawapan melalut,mengarut,emosi marah,kutukan,penghinaan.

Mereka gembira jika ada orang meyokongnya walaupun melalut,merapu dan bila ada membangkangnya walaupun betul disediakan fakta dan logik akal menjadi marah dan tenggelam dalam kebodohannya menjadi bebal,bengap dengan mengeluarkan perkataan  lebih merapu dan melalut.

 Orang tak matang   tak perlu dilayan, sebab ia akan bertambah dunggu lebih melalut dan  menjadi bertambah bebal malahan akalnya menjadi kurang.Jangan berdebat dengan orang bodoh, dia akan mengheret anda dalam tahap kebodohannya.Ia bangga sebagai orang dunggu dan tak bolih halang kedunguannya. Niatnya hanya nak menang dalam perbalahan.Cara hadapinya dengan diam tanpa respon.

Lagi peliknya mereka ni lulusan melebihi spm, degree,master dan phd malahan jawatan tinggi dalam kerjaya spt guru,professor, eksekutif atau pengarah. 

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau diperbodohkan atau memperbodohkan diri. 

 Aaamiiin 

No comments: