Perbalahan antara ahli ugama.
Perbalahan tidak ada penamat, kerana orang yang mempertahankan keegoanya,takut hilang pengaruh,tak terima pendapat orang lain ,walaupun bersumber alquran dan hadis.Perkara kilaf dalam ibadat menjadi sebagai wajib buat tak ada alternatif.
Berbalahan dalam bidang tasauf,ketuhanan, alam ghaib,perkara tak ada rujukan sahih dari alquran dan hadis dan ijmak ulama benar. Mereka memandai mandai mebuat andaian sebagai hujah.
Perbalahan berlaku sebab dua golongan
1. Ikut dan pertahankan hadis dan alquran dan ulama yang benar.
a. Amalan ikut yang ditetapkan oleh nabi saw dan alquran.
b. Menyanggah amalan tak ada sunah nabi dan alquran
b. Menyanggah amalan bertentangan dengan sunah nabi dan alquran
c. Mengikut Kepercayaan ,tauhid dari sumber alquran dan hadis. Spt allah ada di arasy, tak ada dalil nur muhammad.
d. Menyanggah kepercayaan tauhid, tasauf tak ada dalam hadis nabi dan alquran
e. Menyanggah kepercayaan,tauhid ,tasauf bertentangan dengan hadis nabi dan alquran.
f. Penceramah, ustaz tabayun dan menilai kesahihan hadis sebelum diwar warkan.
g. Mendahulukan amalan sunah nabi dari amalan rekaan samaada dari ustaz atau ulama.
2. Tak ikut sunah nabi dan alquran atau bertentangan dengan sunah nabi dan alquran dan ijmak ulama muktabar.(bidaah)
a. Membuat amalan tidak ada dalam hadis nabi dan alquran
b. Membuat amalan bertentangan dengan hadis nabi dan alquran.
c. Taksub kitab lama yang amalan, kepercayaan,tauhid sedikit atau tak bersumber dari alquran malahan bertentangan dengan hadis dan alquran.
d. Taksub pada rekaan kepercayaan,tauhid ,alam ghaib ,tasauf yang tak ada dalam hadis nabi dan alquran
e. Taksub pada isi kandungan kitab kitab syeh syeh yang bertentangan hadis nabi dan alquran.
f.Percaya cerita karut,tak logik ,alasannya tak mustahil bagi Allah, jika Allah kata jadi,maka jadilah, ilmu ,fahaman awam tak sama dengan ilmu fahaman maqam tinggi. Makrifat tinggi dan rendah.
g. Spin fakta
h. Tak terima pendapat orang walaupun hujah benar dari sumber alquran hadis nabi , ijmak ulama.
i. Percaya dan taksub cerita karut kehebatan wali,kasaf, makhrifah,tabaruk dan zikir sesat.
j. Ikut ulama membuta tuli walaupun asasnya bertentangan ajaran alquran dan sunah.
k. Mendahulukan amalan rekaan ustaz,ulama, tok guru dan orang di nobat wali dari amalan nabi , sunah nabi dan dalam alquran.Atau mengantikan amalan nabi,sunah nabi,alquran dengan amalan rekaan ustaz,ulama,tok guru dan orang dinobatkan wali.Syair arab diutamakan dan dijadikan zikir menggantikan zikir yang dianjurkan nabi saw
l ulama atau ustaz tak tabayun menilai kesahihan hadis dan hadis palsu dijadikan sandaran atau hujah.
i.
Bahaya bila golongan kedua,berkuasa dalam pemerintahan dengan mengunakan kuasa untuk mempertahankan kepercayaannya, amalannya dan mengunakan kuasanya menekan golongan pertama. Maka kesesatan berkembang dengan cepat.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Hujuraat 49:1)
Makna ayat ini memberk amaran pada orang beriman supaya tak buat bidaah.
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:3)
Rasulullah SAW bersabda, "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al- Quran) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” (HR Malik, Al-Muwatta', No.8 Okt 2022.
Surah An-Nisa' ayat 59: "... Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.".
Ayat ini mencabar keimanan sesorang menegaskan bahawa mengembalikan perselisihan kepada Al-Quran dan Sunnah adalah tuntutan keimanan dan juga merupakan cara untuk mendapatkan keselamatan dan kebaikan.
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu Ady)
Ahli ibadah yg jahil adalah membuat ibadah tak ikut sunah dan bertentangan dgn sunah nabi dan alquran.
Ulama yang fasiq adalah memandai mandai buat cerita karut ,melalut,kurafat berkenaan tasauf,tauhid,ketuhanan alam ghaib,spin, amalan tanpa merujuk pada alquran dan hadis nabi saw malahan bertentangan dgn alquran dan hadis nabi saw menjadi ikutan.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Al-Kahfi 18:103)
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".(Al-Kahfi 18:104
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
(Al-Kahfi 18:105) |
Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau diperbodohkan atau memperbodohkan diri.
Aaamiiin .Aaamiiin
No comments:
Post a Comment