Tuesday, February 15, 2011

Pergi makan di Pekan Lumut

Pada malam tu, saya cadang bawa keluarga makan , Pada pukul 8.00 malam , semua ahli keluarga keluar ,  Saya pergi kebahagian penyambut tetamu di lobi, kawasan lobi ramai orang sibuk dengan hal masing-masing, ada yang duduk di kerusi saperti menungu sasaorang. Ada yang berdiri di pintu luar. Saya tengok Penyambut tetamu sedang sibuk melayan pelawat, Saya tunggu salepas habis mereke berurusan dengan pelancung,Saya tanya penyambut tetamu , dimana ada kedai makan yang terdekat.. Ia menerangkan dibahagian bawah ada kedai makan tapi harga standard hotel.. tiada pilihan lain kecuali kedai makan di Lumut.

So saya berbincang dengan isteri dan buat keputusan kita pergi makan di Lumut atau jika jumpa  kedai makan sepanjang jalan ke Lumut singgah makan.  Saya mengaktifkan GPS dari Hotel ke Lumut.  Persekitaran yang sunyi sepanjang jalan dari Hotel ke jalan keluar ke jalan Senangin dan seterusnya ke Jalan Besar. Kereta tidak banyak dari Jalan Besar ke Bandar Lumut kecuali dari simpang pelabuhan ke Bandar Lumut baru banyak kereta.. 

Ketika melalui jambatan  nampak lampu bergemelapan dan ada berapa buah kapal dihujani cahaya lampu menambahkan kecerian pada malam tu, Anak ku nombor tiga Muhammad Afifi  , menjerit foo yoo, cantik betul.. Saya tanya Afifi, "Ada bawa kamera?," ,Fifi jawab "Tak ada",  saya menyambung,  "rugi laa".

Tiba di pekan Lumut pada pukul 9.00 Malam. Melihat keindahan pekan Lumut dengan lampu yang bergelapan sementara cari parking.  Dari jauh nampak deretan lampu disepanjang kedai makan.Saya  dapat parking berhampiran kedai makan.

Semua turun dan bergerak satu kumpulan dari satu warung ke warung lain. Saya berbincang dengan isteri dan anak-anak setuju warung ke dua dari parking dan masing- masing mengambil tempat duduk.  Sementara tunggu pelayan datang mengambil oder, saya melihat disekitarnya. Pelayan lelaki dalam linkungan umur 30 tahun  saya agak tokey kedai datang menanya pesanan. Semua membuat pesanan masing masing. Satelah pelayan memcatitkan pesanan,

saya tanya "  Encik, macam mana nak ke Pulau Pangkor".
Pelayan reply " Encik, Bot Malam tak ada"
Saya tak berniat nak pergi malam ni
Saya" Saya nak pergi besok"
Pelayan reply'. 'Bot dari pukul 6.00 pagi hingga 8.00 malam, setiap sejam."
"Paking sini macam mana" .Saya tanya.
"Parking sepanjang jalan kena bayar ikut jam dengan dewan Majlis.Ada banyak parking tertutup, satu hari   10 ringgit"" reply.

Saya cakap dengan isteri nak round sekeliling. saya berjalan menyusur jalan ke arah Jeti . Lebih kurang 100 meter saya nampak kawasan parking yang berpagar sabelah kanan. Saya menghampiri pondok jaga. Ada dua orang pengawal keselamatan di dalam pondok.

"Assalamuaikum" .Saya ucap salam
"Mualaikumussalam". Jawab salah saorang Guard.
"En. Parking disini buka pukul berapa? Saya tanya
"Pagi, dah buka dan dijaga 24 jam", Jawabnya
" berapa harganya" . Saya tanya.
"Satu hari 10 ringgit." Saya jawab.
"Kearah mana Jeti" Saya tanya
" Kesana, Ia tunjukkan "Jawabnya
"Encik ni dari Mana". Tanya Pengawal keselamatan.
"Dari Seremban. datang sini nak bawa keluarga berjalan". Jawab saya.
"Oooo. Saya pun dari N. sembilan. Dari Seri Menanti " jawabnya
"Wah, jauh merantau" kata saya
"Cari rezeki cik". Jawabnya
"Oklah . terimakasih" . Saya nak pergi tengok Jeti.
"Sama-sama" , reply nya.
Saya menyusur bahu jalan kearah jeti. Banyak kereta bersimpang siur pada waktu malam.

Saya nampak beberapa penjaja kecil menjual di kaki lima kedai. Saya menghampiri warung menjaja kuih pau, ada dua orang, saorang lelaki  lingkungan umur 30 an dan saorang perempuan remaja lingkungan 15 tahun.
"Assalamualaikum" . Saya mengajukan salam.
"Mualaikumusalam". jawab Lelaki tu,
"Nak tanya. Mana arah Jeti." Saya tanya.
"Sana". ia tunjukkan
"Dah lama berniaga", saya tanya.
"Dah lama, lebih kurang 5 tahun. Meniaga parttime, waktu 5.00 petang sampai 12.00 malam, saya kerja dengan jabatan, kastam." Jawabnya,
"Encik ni, dari mana", Ia bertanya.
" Saya dari Seremban. bawa keluarga berjalan." . Jawab saya
"Saya asal Rembau", Dapat kerja sini." jawabnya
"Ini sapa?. saya tanya perempuan tu.
"Anak saya yang tua", jawabnya.
"Tingkatan berapa?. saya tanya budak tu.
"Darjah 5. " jawabnya
"AAA."   Saya terkejut, kerana hampir sama dengan tinggi saya.

Saya mengucap salam pada mereka, dan berlalu kearah kedai makan.

Sampai di kedai makan , saya tengok keluarga saya sedang menikmati makanan, saya duduk di bangku yang disediakan dan isteri saya tanya, "Pergi mana?.
"Round cari parking, dan  tanya arah jeti" Jawab saya.
"Banyak kawasan parking tertutup disebelah sana, dan bayaran 10 ringgit sehari' .jawab saya.
Kami makan.
Makanan sedap tapi pedas betul, berpeluh dahi kerana kepedasan walaupun berkipas,  saya fikir dah tak tahan pedas, isteri saya suka pedas pun tak tahan.  nak cover kepedasan, saya order nasi putih sepinggan dan masukan kedalam nasi yang dah pedas.

Satelah habis makan, saya panggil pelayan dan membayar harga makanan.

No comments: