Sunday, February 06, 2011

Perjalanan ke Swiss garden Damai Laut

Pada Rabu  2/2/2011. Kami bertolak  ke Lumut pada pukul 8.30 pagi dari Seremban ke Swiss Garden Damai Laut..  Singgah Di R & R  Seremban makan Pagi. Satelah makan ,saya mengisi minyak penuh RM 45.00 Lebih kurang 23 Litter. Salepas Behrang saya berhenti untuk memasukkan duit ke akaun agent takaful. tapi tak boleh. kerana ATM kios RHB bank .

Sementara tu saya pasang GPS baru beli 2 minggu lepas murah made in Taiwan.. Kata Jurujual. Garmin problem kerana reciver combine dengan handset received. Garmin boleh digunakan GPS dalam handphone.. 

Saya gunakan PAPAGO. Receiver clear dan ada Speed trap  indicator (ikon kamera blink lampu merah). saya set current location to Swiss Garden Damai Laut. Sepanjang perjalanan berpandukan GPS. Set suara perempuan dalam bahasa melayu.  bagusnya ada skren tambahan jika melalui banyak simpang.Jika silap masuk jalan. GPS memberi petunjuk baru . Singgah di perhentiah Sg Buluh dan isi minyak lagi RM35.00 . Saya teruskan perjalan ke utara .

Sepanjang perjalanan. GPS memeri amaran ada Speed trap di hadapan, jadi saya slow kan kenderaan. Pada speedometer menunjukan 110 Km /h. tapi GPS menunjukan 91 KM/H. tak tahu mana satu betul. Singgah di tol Tapah berehat sekejap dan pindah duit insurance di petronas Tapah melalui pindahan ke akaun ke 3.

Saya teruskan perjalanan ke Toll Gopeng. saperti yang ditunjukkan dalam GPS  .Isteri saya kata ia pernah melalui jambatan panjang semasa perjalanan keutara dulu.. tapi sepanjang perjalalan ke Gopeng tak ada , mungkin Gopeng ke Ipoh. 

Melalui bandar Gopeng melintas ke bandar Batu Gajah teringat kepada makcik sebelah Arwah emak di kampung Pisang. cadang nak singgah tapi kedudukan rumah tak berapa ingat dan   lambat ke distinasi. so batalkan niat tu..

Sepanjang perjalanan pemandangan lebih kepada hutan dan ladang kelapa sawit.Singgah makan di bandar Sri Iskandar dan GPS reroute to new current location. kawasan perkampungan kurang  dari Sri Iskandar melalui setiawan hingga ke Manjung.

Jalan masuk dari Luar sejauh 7 Km melalui jalan Senangin memasuki kawasan hutan. Dari persimpangan Senagin ke Hotel melalui hutan, kebun dan ladang kelapa sawit dimana jalan yang berliku-liku. Sepanjang perjalanan dari Jalan Manjung boleh di katakan tiada kedai runcit atau kedai makan. Ada sebuah warung di persimpangan Manjumg dan Jalan Senangin, Isteri saya kata makanan sedap tapi tak banyak pilihan.  .

Kami selamat tiba di Swiss Garden Damai Laut pada Pukul 3.30 petang.  Saya menunjukkan surat tempahan  untuk  hotel dua bilik. Tapi dapat bilik selang 2 bilik antara satu dengan lain.  Saya minta bilik bersebelahan, tapi tak dapat.  Receptionist beri jaminan tapi sampai balik tak bertukar bilik.  Saya cadangkan lain kali minta apartment.

 Anak yang bongsu, Sahindah tak sabar nak mandi kolam, Jadi abangnya  dan isteri saya bawa. ke kolam.. Saya. bantai .tidur.. penat.

No comments: