Friday, April 22, 2011

Ruginya ilmu yang tidak dapat diwarisi pada anak

Pada minggu lepas, saya singgah ke warung makan bersama isteri dan anak bongsu. Warung kecil dan makanan yang dijual nasi lemak disamping lauk asas dan menjual roti canai. Suami isteri berniaga dan ada dua orang perempuan muda umur dalam lingkungan belasan tahun atau awal 20 an.

Perempuan separuh umur tanya kami nak makan dan minum apa. Isteri order roti canai dan teh tarik, anak saya order roti canai cecah susu dan saya order nasi lemak. Ketika makan , suami dan anak yang sorang lagi keluar, mungkin balik rumah.

Saya tanya perempuan yang separuh umur, sambil menunjuk ke saorang budak perempuan dalam lingkungan umur 18 tahun, "Ini anak ke:?

Jawabnya: "Ya"
Tanya." Buat apa sekarang".
Jawabnya sambil menyuap makanan."Tak ada apa ,menganggur",
Saya tanya lagi sambil memandangnya,"Tak tolong mak berniaga".
Emaknya menyampuk," Tak pernah pun, duduk rumah je".
Saya tanya lagi." Ayah pandai buat roti canai, kamu pandai ke?.
Dia pandang dan jawap. "Tak".
Saya sambung." Rugi kamu, Ilmu membuat roti canai ada dihadapan kamu, jika kamu berlajar membuatnya 3 tahun lepas dah mahir",
Dia termagu dan termenung sekejap
"Di KL belajar buat roti canai 3 ribu selama 3 hari dan tak semesti pandai."
"Ini peluang dah ada tapi tak gunakan, nanti menyesal".
"Kamu kena belajar ilmu perniaggan dengan emak dan abah kamu dari buat beli bahan bahan,budget, membuat doh, menguli sehingga menebar roti canai".
"Ilmu perniagaan tidak dapat disekolah atau universiti" .
"Ia dapat dari orang berpengalaman dan dipraktikkan selalu".
Mak cik tu menyampuk. " Dari 6 orang anak hanya saorang je yang nak ikut".
"Selagi emak abah masih hidup, belajar berniaga, Jika dah tak ada, menyesal pun tak guna".
"Ada kawan saya jumpa di bandar,ia kata 35 tahun kerja kilang dan tak ada simpanan, duit habis macam tu je,rumah masih sewa lagi'.
" Sekarang ni baru nak beniaga nasi lemak".


Dari peristiwa tadi, didapati anak melayu/islam tidak  perihatin peluang yang ada lebih, lebih lagi anak seorang peniaga, mereka sibuk mencari kerja makan gaji saperti kerja kilang. Kerana 9/10 rezeki dari perniagaan dan 1/10 rezeki dari makan gaji.

Sementara tunggu kerja makan gaji, mereka melaram,lepak dan leka dengan angan-angan kosong. Mereka tak nak membantu ibu bapa berniaga kerana tidak berfikir dengan membantu ibubapa berniaga tanpa disedari mereka akan dapat belajar ilmu perniagaan. Ilmu perniagaan luas dan walau pun perniagaan kecil saperti warung nasi lemak atau kedai berger
Dalam ilmu perniagaa konsepnya sama saperti penyedian bahan dan stok,pemantauan stok, teknik dan process membuatnya, trend pasaran mengikut hari,musim ,keadaan dan kehendak pelangan dan kebersihan. Dan perkara yang tidak kurang penting masalah yang akan dihadapi dan cara menyelesainya boleh didapati dari ibubapa yang banyak pengalaman.


Satu kerugian kerana ilmu tidak dapat diwaris dan mati mengikut orang yang punya ilmu. Ini kerana sikap anak yang tak acuh,

Sikap anak acuh tak acuh dan tidak terfikir menimba ilmu pada ibu bapa merupakan kerugian pada anak dan ibubapa.
Pada anak rugi tidak dapat ilmu dan ibu bapa rugi tidak dapat pahala dari ilmunya kerana tidak dapat diamalkan setelah ia menigggal.

Arwah emak saya pandai dan mahir dalam urusan memasak. Dalam banyak masakan yang menjadi pujian dikalangan orang kampung ialah  membuat tapai, menyalai daging menjadi daging sedap dan tak liat  dan membuat rendang.


Saya puji masakannya memamang betul sedap, tapi saya tidak terfikir langsung membantu membuat nya dan tidak terfikir belajar dengannya. Hari berlalu sehingga ia meninggal dunia. Kadang-kadang terasa menyesal  tapi dan terlambat. ALFATIHAH pada arwah Emak saya.

Pada sesiapa yang ada ibubapa yang pandai/mahir sesuatu gunalah peluang yang sedia ada belajar dengan ibu bapa supaya tak menyesal. kerana ilmu yang diturunkan boleh digunakan untuk diri sendiri dan  jika hasil boleh diperniagakan.

Sebagai contoh ibubapa mahir buat tapai,belajar ilmu membuatnya dan boleh menjual tapai sebagai sumber pendapatan tambahan dan jika maju boleh teruskan membina kilang/ kedai jika cukup modal.Kerana harga tapai mahal. Pernah saya jumpa kedai jual  sebanyak 3 sudu besar tapai dalam daun pisang berharga RM1.50, walaupun mahal ada juga pelanggan beli.


Diri kisah diatas banyak berlaku anak seorang professional tidak mengikut jejak ibubapa menjadi professional. Jika ia ikut jejak ibu bapa berkerja bahagian professional, ibu bapa boleh memberi tunjuk ajar jika ada berlaku masalah yang hendak diselasaikan kerana ibu bapa pernah mengalami dahulu dan tahu bagaimana menyelesaikan. Untuk menjadi cemerlang kena berguru dengan guru yang cemerlang. Ibu apa adalah guru yang terbaik melahirkan anak yang cemerlang. Contoh
Anak Doktor tak mengikut jejak ibu bapa menjadi doktor
Anak engenier tak mengikut jejak ibu bapa menjadi enginier
Anak peguam tak mengikut jejak ibu bapa menjadi peguam
Anak juruterbang tak mengikut jejak ibu bapa menjadi juruterbang
Anak akauntan tak mengikut jejak ibu bapa menjadi akauntan
Anak pensyarah tak mengikut jejak ibu bapa menjadi penyarah
Anak pengarah tak mengikut jejak ibu bapa menjadi pengarah
Anak Farmasii tak mengikut jejak ibu bapa menjadi Farmasi
Anak peniaga tak mengikut jejak ibu bapa menjadi peniaga

Saya pernah berjumpa dengan seorang ahli farmasi lingkungan umur 30an yang mempunyai kedai sendiri, Ia mempunyai 4 orang anak masih kecil. Saya cadang padanya 4 orang anaknya belajar ilmu farmasi.tapi ia gelak. Pada pandangan saya jika 4 orang anak belajar ilmu farmasi boleh membuka 4 cawangan kedai farmasi berlainan tempat. Pengalamannya dalam ilmu farmasi dan ilmu perniagaa sepanjang ia berniaga boleh diturunkan pada anaknya.

Pada masa dahulu, saya membuat tambahan pada paip air untuk menyambung ke mesin basuh dan tambahan kepala paip di luar. Saorang lelaki datang dengan anaknya dalam lingkungan umur 8 tahun. Saya tengok anaknya sedang memilih dan mengeluarkan barang yang diperlukan sementara ayahnya sibuk mengukur dinding dan paip.

Kemahiran anaknya dapat dilihat dengan menengok cara anaknya buat  kerja. walupun nampak mudah saperti membersihkan lantai dan dinding. Ia tahu nama peralatan atau barang bila ayah meminta menghulurkan peralatan/ barang padanya . Bila anak silap buat kerja saperti sapu dinding tak berapa kemas, ayahnya tidak meleterinya, tapi terus membantu.
 Ia memasukkan semula peralatan yang dileluarkan kedalam kotak peralatan dengan tersusun. setelah kerja siap.


Ibu bapa berbincang dan mendidik anaknya mengikut jejaknya kerana kerjaya professional banyak cabaran dan memelukan orang yang pakar. dan ibubapa yang berpengalaman melebihi 30 tahun menjadikan guru yang pakar.

No comments: