Wednesday, August 10, 2016

Berbaloi ke jadi member Vacation Club?

Jadi member Vacation Club satu pembaziran dan Teruk. Saya membuat tempahan Urgent di xxxx Kuantan kerana mendaftar pada 28/8/2016 di Universiti Malaysia Pahang dan untuk menginap 27/8/2016 hingga 29/8/2016. Anak saya dapat surat tawaran pun  9/8/2016 .Tapi dikatakan penuh, Saya layak mendapat tempat satu tahun sebanyak 14 hari.  Dimanakah kelayakan saya. Dah la kelayakan bilik hangus jika tak digunakan. Saya rasa tertipu dengan  Vacation Club. Dalam agreement menyatakan syarat booking 2 minggu sebelum tarikh tempahan.   Saya terpaksa mengunakan duit sendiri duduk di kuantan sedangkan saya ada kemudahan  CLUB tapi tak boleh digunakan.


Cost vacation club RM18,0000.  selama 30 tahun dan yearly mantainence RM 600.00 yang dikenakan bayar kelayakan untuk 2 tahun 14 malam. Jika tak digunakan Hangus begitu saja.

Dalam agreement menyatakan booking 2 minggu sebelum check in tapi realiti 6  bulan atau lebih . Jika penuh mereka tak layan walaupun platinum member.
Bila dah beli duit tu hangus tak boleh refund kecuali di jual ke orang lain. Pada masa sekarang ni tak ada sapa pun nak beli.

Pada pandangan saya tak perlu vacation Club , walaupun berbagai janji kemudahan dan kebaikan tapi realiti bukan bagitu. 
Saya dah rugi terasa kena tipu dah 5 tahun bayar maintenace 600 tahunan tapi tak dapat tempah, 
Sekarang ni harga hotel murah melalui tempahan online dan last minute dengan harga yang lebih murah dari vacation club dan tak perlu membuat tempahan terlalu awal.





No comments: