Tuesday, August 30, 2016

Karenah Anak Dalam Tanggung Jawab Penjagaan ibu/Bapa

Semalam saya terdengar satu kesah dalam ADILA (Aku Dia dan Lagu). Dalam kesah itu menyatakan ke kesalan seorang menantu (perempuan) menjaga bapa mertua yang lumpuh.  Ibu Mertuanya dah lama meninggal dan mempunyai 5 orang adik beradik yang mempunyai keluarga sendiri, Suaminya(Along)  terpaksa menjaga bapanya disebabkan suaminya anak lelaki sulung maka bebannya terpikul olehnya lebih lebih lagi isterinya (kak long) tak bekerja.

Adik beradik lain lepas tangan dan jarang datang menjengok bapanya .Bapa mertuanya selalu bertanya kenapa anak anaknya tak datang menengoknya dan terpaksa beri alasan yang sinonim dalam drama swasta. "mereka sibuk"
 Itu pun tengok je tak ada terfikir atau mungkin mengelak  menjaga bapanya secara bergilir gilir. Alasan yang diberi sibuk dan tiada masa untuk menjaganya. Dah lah datang dengan tangan kosong dan meminta abangnya menyediakan masakan yang sedap sedap sebelum sampai rumah.
Nak jadikan cerita kak long dapat berita bapa kak long strok dan terlantar di Hospital. Kak long meminta tolong adik beradik sebelah suaminya menjaga bapa  sementara waktu untuk bergegas ke kampung, Tapi mengecewakan kerana semuanya mengelak dengan berbagai alasan. Ding dong ding dong masa pun berlalu hari demi hari. Dah keadaan terpaksa kak long meminta tolong anaknya menjaga atoknya sementara ia balik kampung. Tiba di kampung didapati bapanya sudah meninggal dunia, tidak sempat melihatnya ketika ia di hospital. ( Dimanakah sifat ihsan adik adik lain ?. kenapa tidak bulih luangkan sehari dua menjaganya atau membawa ke rumahnya kerana along dah lama menjaganya. Nampak sangat Selfish)

Apa yang saya dapati kebudayaan dan perangai bangsa melayu ialah
1. Siapa yang mengalah antara adik beradik menjadi mangsa penindasan oleh adik-beradik yang lain.
2. Adik beradik lain lepas tangan dan tak mahu memegang tanggungjawab sama ada menjaga secara bergilir gilir.
3. Adik beradik yang tidak menjaganya tetapi  tidak sanggup keluarkan wang untuk belanja makan, minum, pakaian, pampes. Mereka semua buat buat tak paham je, alasan tak mampu beri 100 bulanan setiap orang yang peliknya mampu pergi melacung, cat kereta, astro, hp baru, cadar baru, langsir baru, meja baru .

4. Tidak sanggup keluarkan duit setiap orang untuk upah orang gaji menjaga ibu bapa.Jika tidak mahu jaganya kenapa tidak berpakat adik beradik lain beri RM100 seorang bualan , 7 orang 700 bulanan sebagai sedekah . Pahala sedekah yang paling Afdal kepada ibu bapa yang memerlukan.

Langsir berharga lebih  RM1,000 sanggup tukar setiap tahun untuk raya. Baju Raya mampu beli setiap tahun dan mencecah lebih dari RM1,000 tak temasuk astro ,modify kereta,motor, alat makeup,internet dll.

5. Harta ibu bapa direbut dan masa itulah keluar ilmu lebai dan ilmu imamnya untuk membahagi harta secara faraid.

Adakah ini dikatakan derhaka
1. Anak-anak yang lain mengabaikan tanggungjawab menjaga ibubapa
2. anak anak tidak memberi duit pada Ibu Bapa
3. Dengan menganggap dah ada orang yang jaga maka tanggungjawabnya terlepas
4. Anak yang mengalah juga berdosa kerana tidak menasihat dan tidak tegas dengan adik berdik lain (dosa adik berdik lain tertanggung pada yang menjaganya)



Menunjukan berapa Selfish nya Orang Melayu. Yang peliknya Ibadah tak tinggal Sembahyang, tak cukup puasa wajib buat puasa sunat, Tunaikan Umrah setiap tahun tapi mengabaikan ibu bapa yang susah.


No comments: