Tuesday, June 28, 2022

Budaya melayu suka rosakan ibadah

 Dah jadi kebiasan orang melayu sibuk bertanya ibadah seorang samada kawan,jiran atau orang yang baru jumpa.selalunya orang yang bertanya dah buat  dan tujuan tanya membandingkan ibadatnya dengan orang lain. 

Contoh

1. Bila hari raya haji, orang yang buat korban ,bertanya, dah buat korban?. Orang yg ditanya serba salah, 

a. Jika dah dan jawap ya , timbul riak dan akan dikuti soalan berikut spt kambing?,lembu,berapa bahgian,dimana ,berapa harga?

b. Jika dah dan jawab belum,ia bohong dan dapat dosa bohong 

c,.Jika belum dan jawab belum, kena kutuk dan takzirah, sinonim ucapan " apalah takbuat,korban itu sunat dituntut tanda kita bersyukur."

Dengan spontan ia menyambung tanpa siapa pun tanya " saya tiap tiap tahun buat korban."

d. Jika belum dan cakap dah. bohong dan dapat dosa bohong 

e. jika  ia diam, dikata sombong

2. Ahli kareah masjid bertanya  pada kawan, si A yg selalu sembahyang berjemaah di masjid ,tidak ada nampak pada subuh tadi. Kawannya menjawab ya la. Mulalah berperangsangka yang buka  bukan dan mencipta  cerita karut, cerita lucah  dan buat joke. Spt terbabas kot,tak sempat mandi junub, ia kejut isterinya bangun solat tersentuh suis ,terusla...... sambil ketawa. Lepas itu beri tahu ia tanya isterinya isteri jamaah itu pun tak ada. Terus tanya kumpulannya,zohor pun tak ada dan jawabnya "tak kan terbabas hingga zohor. Maka keluarlah idea lucah dari mulutnya.

Bila tahu cerita sabenar jemaah tu pergi luar kawasan. Terus senyap tak pun istigfar. Dan tidak pula jumpa jamaah itu minta maaf. 

Syarat minta maaf, beritahu detail dan spesific apa kesalahan padanya. Baru minta maaf. Berani ke beritahu detail  dan specific .apa kesalahannya.?  Tapi sekarang ni cara selamat iaitu jamaq dan umumkan semua kesalahan tanpa specifik apa kesalahnanya pada hari raya.

Dosa kering dosa fitnah walaupun jadi bahan ketawa.

Ahli kariah masjid tiba dalam kumpulan borak automatik beritahu ia tak datang subuh tadi tanpa ditanya. Takut kena umpat.

Maka ahli kariah masjid pergi masjid bukan kerana allah ,tapi takut jadi fitnah dan umpatan ahli kariah.

Bila ada orang nasihatnya. Buat muka tawaduk,selepas orang nasihatnya pergi. Ia selidik  siapa orang itu,kerja apa,kerja mana,tinggal mana siapa isteri dan anaknya. Ia dan setan dalam dirinya akan korek hingga dapat tahu keburukan dan kelemahan baru ia puas hati. Selepas dapat tahu keburukannya atau ahli keluarganya maka perkataan terakhir keluar dari mulutnya dgn megah dengan muka puashati . "Nasihat orang kononnya . Keluarga sendiri pun tak betul.pasti kan keluarga sendiri betul baru nasihat orang."


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Al-Hujuraat 49:12)

3. Pergi kedai rewang beli handphone anaknya,sedangkan handphone emaknya masih bolihguna tapi tidak berapa baik. Bapa pilih handphone anaknya dan seterusnya ganti handphone emaknya yang lebih canggih. Tanpa ditanya emaknya menjawab. "selalu solat duha".

4.Sinonim Pak haji jumpa orang yg balik haji bertanya,berapa kali buat umrah,katam quran, cium hajaraswad,solat di hijir ismail dan solat diraudah. 

Jika jawab kurang buat umrah dari yang dia buat, kena kutuk. Pernah dengar dialog spt dibawah 

A:" berapa kali buat umrah"

B: "2 kali"

A :"Apalah, pergi sana tidor ke?  disini pun bolih tidor. Membazir duit je. Saya tiap hari buat umrah.semua miqad saya pergi ."

Itu belum lagi tanya berapa kali khatam ngaji.

5.Puasa sunat syawal.

Sibuk tanya dan war warkan puasa sunat raya. Soalan sinonim, dah mula? Bila mula? Dan berapa ? Jika hujung syawal baru sedikit teruk kena kutuk oleh orang yang dah habis atau hampir habis.

Tindakan menanya ibadah seseorang  merosakan ibadah sesama saudara islam.Tidak patut bertanya ibadah orang lain dan war warkan ibadah sendiri. Hanya Allah yg layak bertanya ibadah sesorang. 




No comments: