Monday, June 06, 2022

kisah emak

Oh ibu.
Mawar putih untuk mama
Jasa ibu dan ayah

Pada pagi yang hening emak terdengar sahut, nama ku dipanggil. "zali, Zali" bangun cepat nanti tertingal bas." Jam didinding menunjukan pukul 5.30 pagi. Saya bergegas capai tuala mandi,
"Air mandi dah ada dibilik air",  cakap emak.
saya menuju ke bilik air. didalam bilik air dah tersedia air dalam besen dan cerek air  panas. Air dalam besen terasa suam, saya fikir emak dah campurkan air panas dan sejuk. Saya terus mandi dan begegas naik ke dalam rumah dan memakai baju sekolah yang dah disediakan oleh emak. hari ini hari pertama ke sekolah menengah dibandar dan terpaksa menaiki bas sewa yang tiba pada pukul 6.15 pagi. Saya menuju ke meja makan dan terhidang nasi dan lauk.
"emak bangun pukul berapa?, saya tanya emak
"4.30 pagi" sahut emak
" Awalnya" , jawab saya
"Ia laa, Nak masak lagi, basuh kain lagi, dan pergi kerja pukul 7,00 tunggu bas di bas stop". sambung emak
Dalam hati saya, terdetik, gigih betul emak.  Emak terpaksa bekerja kilang untuk menampung pendapatan abah yang sedikit tak cukup  menanggung 5 orang adik beradik yang semuanya sekolah
Satelah lama bangun pagi , saya tak perlukan lagi mandi dengan air suam." alah bisa tegal biasa.
Emak balik petang pukul 5 dan saya dah ada dirumah. Emak masak petang tu ,Masakan yang emak buat adalah Gulai  kuning daging salai dengan pucuk ubi atau dengan belimbing buluh. Gulai kuning ikan sembilang atau ikan putih dengan rebung. kadang-kadang gulai lemak kubis dengan ikan sepat masin atau sambal ikan bilis.
Hari hari terlalu berlalu hingga tamat tingkatan 5 pada tahun1978. Sementara menungu keputusan SPM ,saya bercadang bekerja di kilang ditempat emak saya bekerja.kilang membuat atap genting. Emak ditempatkan dibahagian mengambil atap genting basah memasukan kedalam rak beroda. Saya tengok emak bertubuh badan kurus begitu gigih memasukan sekeping demi sekeping atap basah dari mesin ke rak beroda yang muatannya 100 keping setiap rak. Selagi mesin tak berhenti selagi tu la emak tak berhenti membuatnya. Jika kakitangan bahagian ini berhenti seketika ketika mesin bergerak boleh menyebabkan  tergangu kelancaran mesin. Pada bulan pertama saya mendapat gaji  rm120.00 dan emak dapat  RM260 walaupun dah lama bekerja.Emak cakap itule gaji yang digunakan menampung anak beranak. Hati  saya terdetik berapa susahnya hidup dengan pendapatan yang terlalu kecil.
 Keputusan SPM keluar dan saya lulus dapat gred 1 pada masa pengetahuan hal universiti kurang dan tidak memohon universiti, saya terus tingkatan enam dan dengan keputusan STPM yang baik melayakan saya masuk Universiti Malaya. Emak , abah, makcik membawa saya pergi mendaftar di UM, Emak dan abah tak ada duit untuk mengunakan dalam perbelanjaan ke universiti, maka terpaksa mengadaikan ladang getah. Alaham dulilah saya dapat Biasiswa kerajaan. Pada cuti penggal pertama saya pulang dengan duit biasiswa dan beri pada emak, tapi emak menolak dan berkata, "kau perlukan duit tu, ambillah'

Setiap bulan balik kampung kerana  seremban dan KL menaiki Bas SKS.  Emak bekalkan nasi dan lauk,  kadang-kadang hulur duit RM10 atau RM20, Emak nasihat belajar pandai-pandai setakat ni yang mampu beri.  "Kau dah kerja esok beri Emak duit  tiap-tiap bulan ye", Itulah pesan emak saban hari pada anak-naknya. Emak seorang yang suka berterus terang. Ia akan beritahu terus apa yang ia suka atau tidak. Ia tak mahu menyimpan dalam hati. Sepanjang belajar di Universiti emak abah datang dua kali, pertama masa Pendaftaran, kedua masa konvokasyen.

Satelah tamat pengajian, saya dapat pekerjaan sementara di Seremban, Tinggal dirumah. Saya beri pada emak. Satelah mendapat pekerjaan tetap di kuala lumpur, Setiap bulan balik kampung dan mengulurkan duit. setahun kemudian emak berhenti kerja kerana saya dan adik perempuan bantu kewangan setiap bulan.
Emak dan abah dah mula rajin ke masjid satelah pergi menunai haji dan Umrah, satu pembahruan. Tidak sangka ruparupanya abah pandai mengaji quran, selama ini sehingga bersara tidak nampak ia mengaji quran.












No comments: