Monday, August 07, 2023

Poligami-Mentaliti perempuan melayu zaman sekarang

  Kebanyakan Perempuan melayu bila dah jadi isteri, egonya dan bangga diri  bertambah dan suka memandang rendah hingga taraf hina kepada  janda dan anak dara tua. Perkataan dah jadi sinonim isteri orang yang sellfish ,pentingkan diri sendiri,ego, sombong dan menghasut dengan andaian melalut serta menghina anak dara tua,janda bila suami nak kawin lagi.Isteri orang melayu merendahkan maruah anak dara(tua) dan janda melayu berperasangka isteri melayu menjadi hina bila suaminya kawin dgn orang lain yang sebangsa dgnnya.

Dengan penuh marah emosi,dendam,tak puas hati poligami yang disyariatkan allah dan sunah nabi. Ia tidak dianggap derhaka menentang sunah nabi,menentang alquran dan menentang  suami yang kawin dari satu.. Dimanakah iman kamu?

1.Satu itu pun payah dijawab bila depan allah. 

Seolah olah perempuan melayu teruk dan susah dididik kearah sifat mahmudah .Jika dah tunai tanggung jawab mengikut lunas islam sudah cukup untuk dijawab depan allah. Jika dinasihati tidak patuh maka bolih berlepas tangan. Tanggung jawab menasihati ,jika tak nak patuh bukan urusan suami. Kisah nabi nuh ,nabi lut menjadi pengajaran bahawasanya tidak ada lagi tanggungjawab suami,bapa selepas ia menasihati keluarganya jika tidak diikuti.

2.Bila cakap suami kawin lain sebagai ujian dijawabnya Ala ada lain yang bolih dijadikan ujian, tak itu aje. 

Cara ia cakap , seolah ia yang menentukan ujian yang ALLAH berikan padanya. Bukan allah yang tentukan apa ujian yang dia terima. Mencabar takdir allah.  Dan didapati orang yang paling hampir dgnnya iaitu suaminya atau anaknya atau cucunya tidak bolih menguruskan diri sendiri  spt oku,cacat,strok,sakit kaki,lutut,potong kaki dan ia terpaksa menanggung dan menguruskannya dan menjadi beban baginya sepanjang masa.Saya pernah dengar orang perempuan bergelar isteri bercakap begitu  Berlaku pada suaminya penyakit yang tak bolih uruskan dirinya bertahun spt strok,potong kaki(kencing manis),sakit lutut kronik yang dihidapi. Ia terpaksa menjaga ,menguruskan suaminya  bertahun tahun hingga meninggal dunia. Mungkin itu yang ia harapkan kot. 

3.Pernah terdengar Ada juga yang jawab melawan hukum tuhan iaitu lelaki bolih kawin lebih kenapa perempuan tak bolih.? Ternampak orang perempuan yang sama tengok video lucah satu perempuan dgn lebih lelaki. 

4.Ala buat baik bolih cara lain, tak kan hanya dibenar suami kawin lain sebagai buat baik.,

 Cara ia cakap,ia menentukan perbuatan baik yang diterima allah. Bukan allah yang mentukan perbuatan yang allah terima. Perbuatan kebaikan setiap manusia  yang allah tentukan sebagai diterima dan masuk syurga. Imam alghazali bermimpi , ia masuk syurga bukan karangan bukunya tapi  membiarkan lalat meminum air dakwat-(mungkin dakwat masa dulu bolih minum) hingga puas.

Kebanyakan orang yang cakap macam ni, tabiatnya suka cari keburukan orang lain, menokok tambah cerita andaian andaian yang buruk,atau tidak elok dan menyebarkan pada orang lain. Ia happy bila dapat kutuk orang lain.Ia juga happy bila mengenakan (menjudu ) suami orang dgn anak dara atau janda , lagi happy kot bila terkena kepada suaminya . Budaya fitnah dah jadi sinomin melalui sangkaan dan andaian hanya  melihat sebahagian kejadian atau peristiwa dan disebarkan pada orang lain. Jika bantah cakapnya, ia akan mempertahankan dengan andaian andaian melalut sebagai fakta. Bila ia sedar itu hanya fitnah,tidak menyesal ,tidak bertaubat,tidak minta maaf pada orang yang ia fitnah sebab dah jadi kebiasaannya.

Pernah kawan yang minta cerai dan dah bercerai sebab suami nya kawin lain beritahu hatinya tak tenang malah lebih serabut selepas bercerai.

5.Jawapan sinomim. Kawin lagi satu ikut nabi,ikut alquran . Yang lain tak ikut nabi. Jika itu lah soalannya. Cari sendiri. Jika ikhlas kerana allah, allah beri jawapannya.jika beri jawapan pun kamu akan spinkan.

6. Dianggap gila,sewel,tak betul,buang tabiat, tidak ada akal ,tidak reti jaga suami,jika reda isteri benarkan suami  kawin lagi secara tidak sengaja menghina isteri-isteri Nabi digelarkan sebagai Ummahatul Mukminin  yang bermaksud ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman sebagai satu pengiktirafan kedudukan dan kemuliaan mereka. Alasannya nabi lain, suaminya lain. Ada ye alasannya.

7. Keadilan subjektif dan dah dikira adil jika memberi asas nafkah zahir dan batin. Konsep keadilan yang mengarut diwar warkan saperti sama rata, contoh isteri 1, suka makan nasi goreng, isteri ke 2 suka makan mi goreng. Maka tidak logik beri makan nasi goreng dan mi goreng pada kedua duanya pada satu masa. Isteri pertama mahu baju kebaya dan isteri kedua mahu baju kurung. Maka tak logik beri baju kurung dan baju kebaya kepada kedua duanya.

8. Suami kawin lain.kononnya tidak menghargai isteri dan pengorbanan isteri. Dari sudut positif Bolih juga menghargai isteri dengan kawin lain supaya isteri yang baik menjadi lebih baik dengan mengurangkan sifat mazmumah dan manambah sifat mahmudah diantara isteri isteri.Ini adalah ujian samada isteri itu benar benar baik atau pura pura baik. Kadang kadang diluar nampak baik tapi berbeza bila dalam rumah dan didalam hati. Bila dengan orang pijak semut tak mati ,bila dgn suami pijak gajah pun bolih penyet tapi mereka tidak mengaku bila diberitahu sebab keras kepala.

9. Isteri melayu sombong dan ego mengutuk dan menghina janda dan anak dara tua , buruk sangka, membuat andaian melalut pada anak dara, janda berkawan suaminya. Walaupun setakat kawan saja. Dah jadi budaya melayu isteri ego yang tinggi dan memandang hina pada anak dara atau janda malahan menjadi musuh bila berkawan rapat dgn suaminya. Entahlah. Kebanyakan isteri isteri ini rajin,solat,puasa,ngaji dan zikir dalam keadaan syok sendiri tapi busuk hati makin teruk.

Di office pun macam itu juga perangai isteri isteri melayu.anak dara,janda Menjadi bahan kutukan dan ejekan. Bila pergi mana mana sorang dikatakan sombong. Bila pergi mana mana dgn perempuan dah kawin dikatakan nak jadi madunya,apa lagi beli pergi makan dgn suami orang dikatakan penyondol.

 Para Isteri yang perasan maksum dan suci dari dosa  akan kutuk suami berpoligami dan membuat andaian andaian melalut dan dengan beremosi sanggup mendoakankan dan mengharapkan keluarga itu kucar kacir dan akhirnya kata padan muka, buat lagi.

Ahli terdiri dari Isteri isteri pergi melancung dan shopping sesama sendiri dan tidak ada janda atau andartu join dalam kumpulannya, begitu juga sebaliknya janda,balu dan andara tua pergi melancung,shopping tidak ada isteri orang join dalam kumpulannya. Sebab takut tak bersebab atau andaian melalut.

10.Takut bermadu dgn madu jahat atau tidak bersesuian dengannya digalakan solat isthikarah.

11. Suami kawin lain senyap dikatakan menipu. Seumur hidupnya tak pernah menipu ke?

12. Takut isteri muda bolot harta. Kebanyakan mereka bekerja,ada rumah,kereta sendiri, mereka tak heran harta suami kamu, tujuan mengelakan fitnah,menjaga diri,  maruah,dan andaian melalut dipersekitaran bila bersama lelaki. 

12. Ada yang berhasrat bermadu tapi terpaksa batalkan sebab  sukarela punahsihat lebih banyak dari penasihat. Serangan punahsihat setiap penjuru dan sepanjang masa dgn mengemukakan berbagai andaian dan ramalan melalut sebagai benar. Sesiapa yang pernah jadi punahsihat pada isteri bermadu  sepanjang hidupnya berserabut  masalah hubungan silaturahim antara adik beradik, ibu bapa, anak beranak dan ipar dui.Macam mana buat baik pun akan dipergunakan kebaikan malah dipandang serong. itulah hukuman dari  allah.

Bermacam idea alasan,andaian walaupun melalut malahan fitnah direka untuk menyokong cakap dan fahaman sempit.termasuk menjatuhkan maruah perempuan.  Jika dilayan dan dijawab tak guna dan tidak berkesudahan, sebab ia akan cipta alasan dan fitnah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih/alasan.

Menghasut isteri , suami dirampas madu,penyondol seolah olah mencabar takdir dan penyudahnya suami dirampas oleh allah samada suami kawin lain atau meninggal dunia. Malahan anak perempuannya ditakdirkan jadi penyondol. Itu hukuman tuhan.Kaum perempuan sanggup menghina orang sekaumnya. Kongsi suami dan rampas dua perkara berbeza. Ayat sinonim dan andaian melalut, jangan kongsi suami, nanti suami kena rampas, seolah olah ia tahu takdir dan hati orang sama level dgn tuhan. Nabi saw pun tak tahu hati manusia dan takdir. Agaknya orang cakap begini bolih terima ke ibadatnya dan tuhan ampunkannya sebab mengambil sifat tuhan.ini kes syirik kecil dan ego. Cara cakap Punahsihat menghasut bercerai seolah oleh ia nak bela dan menjadi madunya.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


(Al-Hujuraat 49:12) |

Bermacam macam alasan dikeluarkan  yang menjadikan  sifat mazmumah menebal dikalangam mereka. Budaya sekarang telah dididik sifat mazmumah dikalangan wanita melalui tv, media sosial dan dididik pandangan negatif perempuan bermadu. Dikalangan wanita melayu dididik dan dibudayakan isteri no 2 atau 3, jahat,penyondol dan perampas. Dll. Sifat mazmumah ditanamkan dalam akal fikiran melayu turun temurun dari satu generasi kesatu generasi dan mereka mewar warkan contoh jahat tapi tidak mewar warkan contoh yang baik.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk(contoh penyondol,perampas). (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

(Al-Hujuraat 49:11) |

Isteri isteri yang dapat musibah saperti diatas  selidik balik adakah pernah buat dan cakap saperti diatas.? Anggap kifarah sebab menentang poligami, bercakap saperti mencabar  tuhan.

Dengan budaya ini ditanam sifat mazmumah dikalangan perempuan bolih menyebabkan anak perempuan pemutus zuriat dimana nisbah satu lelaki dan 3 perempuan dan menjadi satu perlombaan dan kebanggaan perempuan kawin cepat dan menghina kaum sendiri yang anak dara tua atau janda. Mereka banyak mengambil contoh dan tauladan  buruknya,jahatnya  poligami dalam media sosial ,yourtube,tiktok, facebook  hingga melekat di otaknya keburukan dan menghasut isteri isteri orang. Isteri isteri orang ini berbincang sesama sendiri keburukan poligami dan tidak benarkan ahlinya menyokong poligami, teruk  kena kutuk dan kata kata  penginaan jika ada ahli dalam kumpulan itu menyokong poligami

Kebanyakan mereka ini rajin solat, puasa,mengaji ,berzikir dan perasaan mereka perempuan yang baik tanpa sedari mereka syok sendiri.

Budaya sekarang menambahkan sifat mazmumah dengan kebencian yang melampau dan melenyapkan sifat mahmudah tanpa disedari mereka dalam keadaan syok sendiri. Menambahkan ego perempuan berstatus isteri dan memandang hina mengutuk, memulau pada perempuan bermadu menyebabkan mereka stress, susah hati malahan menghasut sehingga bercerai.

Bila suami ada ura ura nak kahwin lagi Isteri menghalangnya , merugikannya menyebabnya menebalkan sifat mazmumah dan melenyapkan sifat mahmudah dalam dirinya.Menghasut bercerai adalah langkah terbaik bagi isteri bermadu sebab bekerja dan bolih berdikari dan bolih membela anak sendiri. Tanpa disedari sebab dengki dan menghasut yang diilhamkan syaitan muntuskan silaturahim sebagai suci.

Isteri pertama minta cerai merupakan kerugian besar tidak gunakan peluang mendidik kearah sifat mahmudah disebabkan ego dan sifat mazmumah yang menebal.

Alasan isteri pertama yang suami tidak /jarang balik kena selidik kemungkinan penghinaan ,provokasi,kutukan , marah,makin hamun dan sindiran yang diterima suami bila ia balik rumah.malahan tidak mahu berdamai dan menerima apa apa nasihat, penjelasan suami.

Silaturahim disempitkan hanya hubungan adik beradik, ibu bapa ,saudara mara dan sepupu sepapat. Tidak dimasukan hubunggan antara suami ,isteri isteri, madu , anak tiri. Kononnya menghasut ,dan mengapikan supaya bercerai berai adalah wajib bagi orang perempuan dan tidak dikategorikan hubungan silaturahim berdasarkan andaian tidak berlandaskan alquran dan hadis.Malahan tidak dimasukan musibah memutuskan silaturahim.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?"

(Al-Kahfi 18:103)

Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

(Al-Kahfi 18:104) 

Pokok pangkal hati. Tidak ada ketegasan ikut hasutan orang dah ditanam hati yang jahat . Jika ego tak bertempat ,terima hasutan daripada penghasut,pendengki dan busuk hati malah tak terima maka hati serabut dan dianggap masalah.Isteri jangan perasan hatinya baik selagi tak benarkan atau halang suaminya kawin lagi satu. Peliknya perempuan bertemu perempuan dikenali peluk dan laga pipi. Tapi dgn madu tidak pula, madu pun perempuan juga. 

Jika keadaan sekarang isteri tak bermadu ,jangan perasaan isteri solehah,isteri baik dan jangan perasan allah sayang kamu. Ini dinamakan.Syok sendiri.

Allah gerakan kehendak  suami kawin lain untuk ujian  isteri untuk kearah mengurangkan sifat mazmumah dan meninggikan sifat mahmudah.  Tujuannya untuk mendidik manusia,wanita mengurangkan sifat mazmumah antara mereka dan membentuk sifat mahmudah dan menerbit jiwa yang tenang. Tuhan tahu hati manusia dan takdirkan suami kawin lain supaya beri peluang wanita membentuk jiwa yang tenang dan menambah sifat mahmudah dan mengurangkan sifat mazmumah. Allah terima hati mahmudah iaitu isihati seseorang bukan ibadat seseorang,Sifat mahmudah bolih dibentuk dalam suasana bermadu diikuti tolak ansur,memahami satu dgn lain. Mustahil sifat mahmudah ada dikalangan wanita jika tidak bermadu.Tapi kesiannya tidak mengunakan peluang yang allah kurniakan. Dan ujian samaada sayang allah atau sayang manusia.Salah satu tanda allah sayang isteri dengan menghantar perempuan jadi maduNya.Ambilah contoh contoh baiknya poligami dalam tv, youtube.tiktok,facebook.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 216)

Jika terima bermadu dgn reda maka hati tenang dan tidak dianggap masalah. Moga allah rahmati ahli keluarga berpoligami. Aamiiin

Article ni secara umum. Siapa makan chili ia sendiri yang terasa pedas. Bila terasa terlampau pedas maka dijawabnya dgn comment negatif dan andaian demi andai.

2 comments:

Anonymous said...

fakta tuan benar tapi kenapa menyerang peribadi, tuan tau ke amalan tuan Allah terima

hjzali said...

Saya tidak nyatakan nama peribadi seseorang. Dosa jika sebutkan nama seseorang.