Wednesday, August 16, 2023

Elak kena scam

 A.Scam pekerjaan.

Iklan pekerjaan. tawaran kerja dari laman sosial yang menjanjikan komisen setelah selesai melakukan tugasan. Bila ia akan terangkan cerita dan kena masukan duit atau clik link jika berminat. Lain dari yang diiklankan .Ia akan minta wang, mula mula sedikit, lepas tu banyak dengan menjanji keuntungan yang besar. Mula nampak untung sebagai umpan untuk melabur lebih banyak. Bila keluar duit tidak dibenarkan dgn berbagai alasan. sekiranya baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-dompet suspek,. kerja sambilan secara dalam talian dengan melakukan tugasan menekan butang ‘follow’ dan ‘like’ dalam satu laman sosial yang diberikan oleh suspek bagi mendapatkan komisen. 

“Setelah itu, wang e-dompet bayaran dalam aplikasi didapati tidak mencukupi dan suspek telah meminta mangsa membuat bayaran ke akaun diberikan dengan menjanjikan komisen dapat dibayar kepada mangsa.

"Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami dapati terdapat trend peningkatan kes penipuan tawar pekerjaan menerusi platform e-dagang.

"Ini kerana sindiket penipuan semakin licik menyasarkan individu terdesak mahu mendapatkan wang," katanya.

Menurutnya, kesukaran mendapatkan pekerjaan ketika PKP diambil peluang sindiket tertentu yang mengeksploitasi situasi dihadapi mangsa untuk menjana wang mudah hasil penipuan 

Modus operandi sindiket ini menghubungi mangsa menerusi mesej di aplikasi WhatsApp atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya menawarkan pekerjaan sambilan dengan pendapatan antara RM200 hingga RM500 sehari.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu tidak perlu pergi ke pejabat sebaliknya diminta menyertai kumpulan sembang WhatsApp untuk diberikan taklimat skop kerja mereka. Mangsa diberi pautan produk yang perlu dibeli menerusi platform e-dagang itu,

Beliau berkata, mangsa dijanjikan komisen lapan peratus daripada jumlah harga produk dibeli dengan membuat pembayaran menerusi akaun bank diberi sindiket.

Sindiket berusaha meyakinkan mangsa pembelian itu cara meningkatkan jumlah pembelian produk mereka di platform e-dagang, sekali gus mampu menarik lebih ramai pembeli.

Pembelian dilakukan hanya membabitkan transaksi wang tanpa pemberian barang. Mangsa dijanjikan menerima semula wang pembelian produk dengan tambahan komisen lapan peratus selain ditugaskan mencari lebih ramai pelanggan yang berminat menyertainya.

Menurutnya, pada mulanya, mangsa hanya diberi tugasan membeli produk murah sebelum diminta membeli barangan di dalam e-dagang pada harga lebih mahal.

Dalam kebanyakan kes, mangsa menerima semula wang pembelian mereka berserta komisen bagi pembelian produk yang murah di peringkat awal. Namun mangsa menyedari ditipu selepas membeli produk lebih mahal," katanya.

Orang ramai perlu ingat platform e-dagang tidak pernah menjanjikan untuk memberikan komisen serta membayar semula pembelian bagi setiap barangan yang dibeli.

Terus tolak Jika ia minta wang

Bank akaun bukan namanya. Dapatkan no bank acount report terus pada polis no 997.Selain itu, orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammers CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp.gov.my/   Semak mule sebelum membuat sebaran transaksi kewangan,” nasihatnya

B.Scam pelaburan

Elak kena scam, cek dan dapatkan maklumat dgn suruhanjaya syarikat malaysia, suruhanjaya securiti , bank negara dan ccid portal. Jangan harap dengan tampalan poster dalam iklan. Dan juga hubung orang yang terkenal yang ditampal dalam iklan. Ia tampal nama dan  potret individu itu tanpa pengetahuan individu itu.

Setiap individu dan syarikat perlu ada lesen  yang dikeluarkan oleh bank negara untuk mengambil deposit dari orang awam terkumpul melebihi 85k. Mustahil dapat dividen cepat. Jika betul maka asnb dan tabung haji pun melabur di sini.

 Pastikan masuk duit ke akaun syarikat bukan akaun individu. Dan cek nama syarikat dgn ssm, dan suruhanjaya securiti dan bank negara. Kadang aktiviti syarikat dalam ssm tidak sama dengan ia beroperasi. Contoh aktiviti utama dalam ssm jual kain tapi ia beroperasi pelaburan atau saham,forex spt Unobitex

Buat perjanjian dan tandatangan dimana tertulis dalam perjanjian keuntung yang diberi selepas tempoh diberikan.

Jumpa direct agent yang dihubungi dapatkan gambar,nama penuh dan maklumat ,business card

  • Individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti pelaburan adalah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Anda boleh menyemak status pelesenan mereka di laman web Suruhanjaya Sekuriti www.sc.com.my.
Pastikan agent itu ada lesen fimm( Federal Investment Managers of Malaysia)
Undang-undang berkaitan mengawal syarikat pelaburan seperti Akta Skim Kepentingan 2012, Akta Syarikat 2016, Capital Markets and Services Act 2007 juga tidak langsung dipatuhi.

Jika pekerjaan minta duit,alasan melabur jangan teruskan,mula mula nampak macam untung. Jika dah ada untung terus keluarkan duit. Confirm scam Jika tidak benarkan keluar duit dgn apa apa alasan yang diberi.Jika dah beroperasi lebih dari 3 tahun dapatkan lapuran tahunan dari dealer atau dari

 ssm  https://www.ssm.com.my

 

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai yang berminat untuk membuat pelaburan menggunakan mata wang kripto adalah digalakkan untuk merujuk kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk pandangan dan nasihat.

Aps yang dihantar melalui link adalah apps demo yang diubahsuai.

Setakat ini, hanya lima syarikat yang dibenarkan oleh pihak SC untuk melakukan urusan berkaitan mata wang kripto di Malaysia iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, HATA Digital Sdn Bhd, MX Global Sdn Bhd, SINEGY DAX Sdn Bhd serta Tokenize Technology (M) Sdn Bhd," 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/01/mangsa-dedah-modus-operandi-scammer-skim-labur-kripto/    Taktik Scammer

//semakmule.rmp.gov.my/

C.Scam cinta

Love Scammer merupakan individu yang terlibat dalam sindiket cinta palsu dengan cuba meluahkan perasaan cinta kepada mangsa walau pun hubungan mereka baru bermula. Penggunaan laman sosial yang sah merupakan platform untuk menjalinkan hubungan percintaan dengan menggunakan profil palsu seperti gambar muka cantik dan menggoda. Scammer juga mempamerkan gambar studio yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan senario yang terbaik sehingga mampu memukau dan meluluhkah hati seseorang melalui laman sosial (Rege, 2009). Scammer akan menjerat mangsa untuk berkomunikasi melalui telefon dan laman sosial sehingga perbualan mereka semakin rapat dan sangat kerap. Setelah mendapat rapport (keakraban), scammer akan cuba memasang perangkap dengan meminta hadiah kecil daripada mangsa seperti telefon. Sekiranya mangsa menurut kehendak scammer, kebarangkalian untuk meminta jumlah yang besar akan meningkat dari semasa ke semasa.

Pelbagai jenis laman sosial yang tersedia dalam internet seperti facebook, twitter, myspace, yahoo,love apps spt omi, messenger,tagged dan sebagainya adalah medium yang digunakan oleh pelaku.Modus operandi love scam yang sering digunakan oleh sindiket untuk menipu mangsa seperti menggunakan identiti palsu, laman sosial untuk menjerat mangsa, memperdayakan mangsa dengan janji palsu, meminta mangsa memasukkan sejumlah wang dalam akaun bank mereka, transaksi akaun bank rakyat tempatan, menghilangkan diri selepas transaksi wang dilakukan dan tempoh menjalinkan cinta sekurang-kurangnya 3 bulan

Dalam facebook dan intagram bolih tahu fake facebook

1. Hari dan tarikh hampir sama upload gambar pada tempat yang jauh antara satu dgn lain.mustahil pergi sesuatu tempat yang jauh pada masa yang singkat.

2. Bermula buat profil dan upload dalam tempoh yang singkat dan baru. Hanya upload gambar pekerjaan atau pergi ,melancung, tiada upload gambar pada 10 tahun tahun sebelumnya spt gambar disekolah atau universiti

3. Upload gambar seorang, tidak banyak upload gambar beramai.

4. Tidak ramai rakan dalam profile.

5. Janji nak jumpa , tapi tangguh berbagai alasan bila tiba tarikh yang dijanjikan.

5. Mula minta wang bermacam alasan. Prefer stop ,Jika ia mula minta wang.

6. Bank akaun bukan namanya. Dapatkan no bank acount report terus pada polis no 997.

Taktik Scammer


D. Penipuan bank

Penipuan bank melalui phone call scam

Scam perasugut

Scammer call mengatakan ada bungkusan dari courier spt poslaju j&t. .Penipuan panggilan telefon Pos Laju j& t biasanya bermula apabila seseorang menerima panggilan daripada nombor telefon peribadi yang tidak dikenali. Penipu akan mengaku bahawa mereka adalah wakil dari Pos Laju atau j&t dan memberitahu mangsa bahawa terdapat bungkusan yang belum diambil di pejabat Pos Laju atau j&t. Mereka akan mengarahkan mangsa untuk menekan sekian sekian atau “0” untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selepas itu, seorang individu yang mengaku sebagai wakil Pos Laju atau j&t akan muncul dan meminta maklumat peribadi mangsa, termasuk nombor kad pengenalan, maklumat bank atau sebagainya.Tambahnya, mangsa telah diminta untuk memberikan maklumat perbankan selain diminta untuk memindahkan wang bagi mengelakkan mangsa ditangkap.Lepas tu melalut dgn mengatakan bungkusan ada dadah,barang terlarang, akta anti money laundering. Duit ditahan, kena masuk pada akaun tertentu untuk dibekukan.tidak bolih beritahahu sesiapa sebab rahsia

Apa apa rancangan yang melibatkan terpaksa beri duit baru dapat untung yang tak logik maka ia adalah scam.


E. Pinjaman

Jika ia minta duit dulu, jangan buat, elak kena scam.pastikan perjanjian dibuat lengkap spt atas nama syarikat, bukan individu,dan syarikat itu mempunyai lesen sebagai pemberi pinjaman.dalam perjanjian dinyatakan jumlah pinjaman, tempoh, bayaran bulanan, faedah, penalti dikenakan lambat bayar, dan discount jika langsaikan hutang dgn cepat,

Jika bolih jumpa terus ambil gambarnya,dapatkan maklumat spt lesen sebagai agent pemberi pinjaman.Elakan  berhubung melalui video call,whatapps,facebook dan lain lain.

Jika ia minta wang lebih dari sepatutnya, dapatkan no account bank dan bank  dan  call no 997


No comments: